Proses Ambil Tanah Projek Ecrl Siap 93


 
CHEC, anak syarikat China Communications Construction Company Ltd (CCCC), ialah syarikat kontraktor pembinaan yang menerajui projek ECRL. (Gambar Bernama)BEIJING: Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km telah siap 93%, kata Pengurus Besar Unit Perniagaan Kereta Api China Harbour Engineering Company Ltd (CHEC), Zhang Wenfeng.
Beliau berkata, syarikat itu masih menunggu proses pengambilan tanah di Seksyen C projek berkenaan, yang melibatkan kawasan Selangor, mewakili 7% jajaran rel.
“Tujuh peratus (belum siap) bukanlah jumlah yang besar, namun jika berlaku kelewatan (pengambilan tanah), ia mungkin boleh menjejaskan tempoh penyiapannya, tetapi jika tiada masalah, kami amat yakin pembinaannya dapat berjalan lancar, dan projek boleh disiapkan tepat pada waktu yang disasarkan.
“Sekarang ini kita dapati pengambilan tanah di Selangor sedikit tertangguh. Jadi saya harap kerajaan (Malaysia) mendapat sokongan ramai untuk menyiapkan projek ini, dan dapat menyelesaikan isu pengambilan tanah lebih awal,” katanya kepada wartawan Malaysian dalam temu bual khas baru-baru ini.
CHEC, anak syarikat China Communications Construction Company Ltd (CCCC), ialah syarikat kontraktor pembinaan yang menerajui projek ECRL.
Zhang berkata, pembinaan keseluruhan projek itu telah mencapai kemajuan 50.29% sehingga pertengahan Ogos lepas dan prosesnya dilihat berada di landasan yang betul untuk disiapkan menjelang akhir 2027.
“Projek dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian A, B dan C. Kami telah menyiapkan kebanyakan kerja-kerja awam di bahagian A dan B. Secara kasar, projek ini sudah separuh siap,” katanya.
Beliau berkata, projek itu dijangka menyediakan sehingga 18,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sepanjang tempoh pembinaannya.
Katanya, selain itu pelaksanaan projek berkenaan juga akan menyaksikan lebih 5,000 juruteknik dilatih dalam aspek pembinaan dan operasi kereta api.
Zhang berkata, mereka juga telah melaksanakan perlindungan alam sekitar termasuk mengubah reka bentuk penjajaran, di samping menggunakan peralatan TBM (Mesin Pengorek Terowong) tercanggih untuk menggantikan kaedah pengorekan tradisional seperti letupan dan penggalian untuk pembinaan terowong, bagi meminimumkan kesan projek terhadap alam sekitar.
Katanya, projek itu boleh merangsang pembangunan ekonomi, dan amat penting bagi meningkatkan jalinan ketersambungan antara negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan Negeri-negeri di pantai barat.
Menurutnya, projek yang merupakan bahagian penting dalam Inisiatif Jalur dan Jalan China (BRI) di Malaysia itu juga akan dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
ECRL ialah projek infrastruktur kereta api yang dibangunkan untuk meningkatkan ketersambungan antara negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu, dan Pahang) dan negeri-negeri Pantai Barat (Negeri Sembilan, Selangor, dan Putrajaya), yang pada masa ini hanya sebahagiannya dihubungkan oleh perkhidmatan kereta api. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/proses-ambil-tanah-projek-ecrl-siap-93.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siap Pakai Headphone Tengok Youtube Pemandu E Hailing Leka Sampai Tersilap Jalan

Siap Pakai Headphone Tengok Youtube Pemandu E Hailing Leka Sampai Tersilap Jalan

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 278 hits
PETALING JAYA Seorang pemandu e hailing didakwa menggunakan telefon bimbit termasuk melayari laman media sosial ketika memandu sekali gus dikecam orang ramai apabila perbuatan tersebut membahayakan nyawa penumpang termasuk pengguna kenderaa...
Pensiun Jadi Bupati Tangerang Zaki Iskandar Siap Nyagub Di Jakarta

Pensiun Jadi Bupati Tangerang Zaki Iskandar Siap Nyagub Di Jakarta

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 134 hits
Setelah berhenti menjadi Bupati Kabupaten Tangerang yang telah dijabatnya selama dua periode Zaki tidak maju di perhelatan Pileg 2024
Video Demokrat Gelar Rapimnas Ahy Siap Blak Blakan Soal Capres Prabowo

Video Demokrat Gelar Rapimnas Ahy Siap Blak Blakan Soal Capres Prabowo

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 170 hits
Ketum Demokrat Agus Harimurti Yudhoyono bakal blak blakan soal Capres Prabowo Subianto
Resipi Aiskrim Kesukaan Anak Anak Siap Ada Filling Cream Cheese Sekali Buat Dapat 60 Batang

Resipi Aiskrim Kesukaan Anak Anak Siap Ada Filling Cream Cheese Sekali Buat Dapat 60 Batang

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 293 hits
Sebut sahaja tentang Aiskrim Malaysia tentu ada yang terus terkenang memori ketika zaman kanak kanak Memang boleh dikatakan hari hari akan makan aiskrim selepas pulang dari sekolah Maklumlah harganya murah 20 sen sahaja Namun jika ingin leb...
Baby Shima Buat Video Parodi Mondy Siap Conteng Muka Biar Tatu Nampak Real

Baby Shima Buat Video Parodi Mondy Siap Conteng Muka Biar Tatu Nampak Real

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 186 hits
Penyanyi dangdut kontroversi Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli 31 nampaknya tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuri perhatian dengan menjadikan isu TikToker Indonesia Mondy Tatto sebagai konten di media sosial miliknya Ba...
Henti Projek Kasta Sekolah Pensyarah

Henti Projek Kasta Sekolah Pensyarah

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 283 hits
PETALING JAYA Seorang ahli akademik mendakwa sistem kasta diperkenal Kementerian Pendidikan menyebabkan ada sekolah harian biasa sukar mendapat peruntukan membaiki kemudahan uzur dan tenaga pengajar berkualiti Merujuk kepada projek seperti ...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan