Projek Langsir Almari Buku
Assalamualaikum semua :)
Sebagai seorang ulat buku, hobi nia adalah mengumpul pelbagai jenis buku. Tak kiralah daripada kategori yang mana satu. Novel, cerpen, bukan fiksyen, fiksyen, buku mewarna, buku nota, komik, dsb. Semuanya nia akan kumpul untuk dijadikan koleksi. Prinsip nia ketika mengumpul buku hanyalah satu; beli dahulu kemudian baru digunakan. HAHAHAHAH
Kadang - kadang buku yang dah beli bertahun lamanya, hanya terletak cantik dekat almari buku. Langsung tak berusik. Langsung tak dibaca. Kadang tu, masih berbalut kemas lagi. Tapi satu masalah pulak timbul apabila nia terlalu seronok sangat mengumpul buku untuk dijadikan koleksi - ALMARI BUKU DAH PENUH. Gaaaaaaah! Mana nak letak buku nia yang bertimbun - timbun ni?!
Jadinya nia ajak abah pergi ke pasaraya yang berdekatan untuk membeli almari buku. Cari punya cari, nia jumpa dengan almari yang berkenan di hati. Beli dan terus pasang dekat rumah dengan bantuan abah.
Bila dah siap dipasang, abah pun bagi cadangan suruh buat langsir untuk almari buku tu supaya habuk tak terlalu banyak. Bila dengar perkataan langsir tu, terus rasa malas datang dalam hati. Nia kalau disuruh menjahit ni sangat berchenta betul jadinya. Orang lain ambil masa seminggu, nia ambil masa setahun. Punya malasnya nak menjahit.
Tapi dalam malas - malas tu, nia gagahkan juga menjahit langsir almari buku sebab abah hari - hari dok meratib dekat telinga nia tanya dah siap ke belum langsirnya, dah siap ke belum?
Kat bawah ni, nia ada sertakan sekali gambar sebelum dan selepas dipasangkan langsir.
Excuse me for the mess you see here :)
Macam - macam barang diletaknya dekat almari buku tu, ingatkan buku semata je, KAH!
Lawa tak? KEKEKEKEKE
Senget benget pun nia tetap dengan bangganya mengaku, langsir ini adalah hasil kerja tangan saya!
Bahan yang nia gunakan hanyalah kain perca dan juga manik. Barang - barang tu memang dah ada lama dalam simpanan nia. Daripada dibiarkan menjadi makanan lipas, baiklah nia gunakan untuk sesuatu yang berguna.
Mulanya ingat nak tambah sekali perkataan macam dalam gambar tu dekat langsir dengan menggunakan kain felt. Tapi tak rajin pulak nak menggunting huruf. Sudahnya nia biarkan kosong begitu sahaja :D
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://nia-emkay.blogspot.com/2021/05/projek-langsir-almari-buku.html