Program Umno Pkr Bertembung Dalam Kawasan Sama


PROGRAM UMNO, PKR BERTEMBUNG DALAM KAWASAN SAMA
PASIR GUDANG 291120 – Program anjuran Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang bertembung dengan program Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang kebetulan kedua-duanya diadakan di Kampung Sungai Rinting D, di sini hari ini.
Program Pemuda Bantu Rakyat anjuran pemuda bahagian itu adalah bagi memberikan bantuan kepada mangsa banjir di kampung tersebut, manakala program Hassan pula meninjau kawasan banjir yang juga di kawasan berkenaan.
Jarak kedua-dua program yang diadakan pada pukul 9.30 pagi hanya kira-kira 100 meter, pertembungan pemuda UMNO dan ahli PKR Bahagian Pasir Gudang itu berjalan dalam suasana harmoni dengan masing-masing bersalaman serta beramah mesra.
Menurut Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Noor Azleen Ambros, program tersebut melibatkan 150 keluarga dari kawasan Pasir Gudang dan Johor Jaya yang terjejas akibat banjir minggu lalu menerima bantuan sumbangan mereka.
Jelasnya, seramai 30 sukarelawan menyertai Program Pemuda Bantu Rakyat di Kampung Sungai Rinting, Kampung Sepakat, Taman Kota Puteri dan Jalan Cenderai Taman Megah Ria pada hari ini.
“Menerusi aktiviti ziarah ini, kita dapat mendengar sendiri suara masyarakat dalam mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian yang boleh difikirkan bagi meletakkan penamat bagi kejadian banjir yang kerap berulang.
“Kita kena tengok balik soal sistem saliran, sistem perparitan dan perangkap sampah yang boleh menjadi faktor pemangkin isu ini. Itu semua perlu diambil kira bagi mencari penyelesaian secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui.
Noor Azleen berkata, Program Pemuda Bantu Rakyat itu akan diteruskan esok dengan mengadakan ziarah di kawasan Johor Jaya melibatkan Kampung Saujana Baru, Taman Seri Pandan dan beberapa kawasan lain.
Katanya, sumbangan yang diberikan berupa makanan kering serta wang tunai sebanyak tambahan belanja untuk mencuci rumah dan sebagainya.
Beliau berkata, sudah tiba masanya Pasir Gudang meningkatkan kualiti pentadbiran mereka agar selari dengan status Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang dinaik taraf pada 22 November lalu.
“Harapan saya agar Pasir Gudang yang berstatus Majlis Bandaraya pada hari ini dapat melihat isu terbabit dengan lebih serius.
“Isu banjir kilat itu tidak seharusnya terus membelenggu penduduk setempat hingga ke hari ini. Saya rasa ini bukanlah satu ciri sebuah bandar raya yang maju dan mampan,” katanya. – JT
https://www.youtube.com/watch?v=r6vX38l81PE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/11/program-umno-pkr-bertembung-dalam-kawasan-sama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Bertembung Dengan Bersatu Di Selangor

Umno Akan Bertembung Dengan Bersatu Di Selangor

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 334 hits
Umno Selangor bersedia bertembung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata pertembungan itu tidak dapat dielak sekiranya Bersatu meletakkan calon mereka di kerusi di...
Broker Blok Besar Utama Adalah Sama Ada Umno Atau Dap

Broker Blok Besar Utama Adalah Sama Ada Umno Atau Dap

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 488 hits
Pas dah umum takkan sertai kerajaan baru Perak Keseluruhan dun di perak 59 Untuk bentuk kerajaan perlukan sekurang kurangnya 30 kerusi Kita andaikan UMNO sekarang punyai upperhand untuk bentuk kerajaan maka mereka perlukan lagi 5 kerusi unt...
Selepas Kartel Pkr Kini Wujud Kartel Umno

Selepas Kartel Pkr Kini Wujud Kartel Umno

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 294 hits
NORMAN RADZUAN MAHATHIR KACAU PH AZMIN KACAU UMNO UMNO kini diambang perpecahan kali kedua sama apa yg berlaku kpd PH Modus operandi kerajaan PN terhadap UMNO sama digunakan terhadap PKR Mari kita lihat bagaimana ia berlaku 1 Seperti dibica...
Nazri Aziz Cadang Umno Amanah Dan Pkr Tubuh Kerajaan Di Perak

Nazri Aziz Cadang Umno Amanah Dan Pkr Tubuh Kerajaan Di Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri negeri itu ...
Umno Tiada Kudrat Lawan Muhyiddin Kecuali Bergabung Dengan Pkr Tanpa Dap

Umno Tiada Kudrat Lawan Muhyiddin Kecuali Bergabung Dengan Pkr Tanpa Dap

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 562 hits
UMNO dan PKR saling memerlukan Strategi nya selepas menang barulah bergabung dengan DAP untuk membentuk kerajaan Tanpa DAP sekadar pemanis awal pancing undi kencing penyokong
Jangan Serang Sangat Pkr Nanti Bertanding Semua Kawasan Baru Tahu

Jangan Serang Sangat Pkr Nanti Bertanding Semua Kawasan Baru Tahu

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 322 hits
Oleh Mohamad Saja Saya tengok orang muda Amanah galak nak serang PKR Depa tak baca yang ada move dalam PKR nak bertanding di semua kawasan Dan untuk PRU 16 Memang PKR yakin mereka boleh menang 55 peratus kerusi Tak mustahil kalau invoke dig...
Umno Dap Pkr New Government Alliance After Pru15

Umno Dap Pkr New Government Alliance After Pru15

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 397 hits
The Art of Politics never fails to disappoint us As even we try to settle with the Perikatan Nasional Government there was already talks within the elitist in the hierarchy circles that a New Alliance might emerge after GE15 Any Possibility...
Nazri Cadang Umno Bentuk Kerajaan Perak Dengan Pkr Dan Pan Tolak Pas

Nazri Cadang Umno Bentuk Kerajaan Perak Dengan Pkr Dan Pan Tolak Pas

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 385 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri negeri itu Nazri juga me...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba