Program Team Malaysia Dua Benua Satu Matlamat
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk hadir ke Majlis Penganugerahan Program TEAM Malaysia yang
bertempat di Sunway Putra Hotel, KL. Majlis penganugerahan ini turut
disempurnakan oleh DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA SELANGOR, TENGKU AMIR
SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ.
SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY)
di bawah naungan DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA SELANGOR telah
bekerjasama dengan PRINCE'S TRUST INTERNATIONAL, sebuah organisasi
global yang diasaskan oleh YANG MULIA RAJA CHARLES III. Kerjasama ini
telah menyaksikan satu inisiatif iaitu Program TEAM yang dilaksanakan bagi
menyokong para belia Malaysia melalui modul-modul perkembangan peribadi dan
profesional selama 9 minggu.
Kisah perjalanan hidup Hairul
dalam usaha mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian dan bagaimana beliau
bangkit semula melalui PROGRAM TEAM telah membuka mata ramai mengenai
kepentingan program seumpama itu.
Antara penerima anugerah &
anugerah yg diterima adalah:
PRINCE’S TRUST SUSTAINABILITY
AWARD
Hairul Mafahir Abdullah
PERSONAL GROWTH AWARD
Teffanie Arputheraj
PERSEVERANCE AWARD
Duwan Abdullah
MOST SUPPORTIVE COMMUNITY
PARTNER
Arus Academy
MOST SUPPORTIVE WORK PLACEMENT
PROVIDER
Tropical Rainforest Conservation
and Research Centre (TRCRC)
Hairul, salah seorang peserta
dalam program ini telah dinobatkan sebagai penerima anugerah 2022 PRINCE’S
TRUST SUSTAINABILITY AWARD FOR ASIA. Anugerah ini mengiktiraf penglibatan
dan perkembangan golongan belia yang cemerlang dalam program Prince's Trust di
seluruh dunia. Bagi meraikan pencapaian Hairul, satu majlis eksklusif telah
dilaksanakan bersama golongan belia, penyokong serta semua pihak berkepentingan
yang terlibat dalam menjayakan inisiatif PROGRAM TEAM.
Hairul turut berkongsi cabaran
yang sama dengan jutaan golongan belia yang lain iaitu kehilangan pekerjaan
semasa pandemik wabak Covid 19. Namun begitu, Hairul tidak berputus asa dan
nekad untuk menjadikan halangan tersebut sebagai pembakar semangat beliau.
Beliau yang sebelum ini merupakan juruteknik kejuruteraan bertekad untuk
mencari peluang pekerjaan baharu dan mendaftar untuk program TEAM.
Dalam majlis tersebut Wasim
Malik, Ketua Wakil untuk Asia di Prince's Trust International, mengulas:
"Sungguh mengagumkan untuk
mendengar daripada begitu ramai anak muda hari ini yang telah mendapat manfaat
daripada program kami dan kini membuat perubahan dalam komuniti mereka. Di
Prince's Trust International, dengan kerjasama rakan kongsi kami yang dihargai
seperti Komuniti Belia Selangor, kami memperkasakan golongan muda untuk
merealisasikan impian mereka dengan menyediakan peluang transformatif untuk
membangunkan kemahiran dan memupuk keyakinan yang diperlukan untuk kerjaya yang
mampan. Kami komited untuk menyediakan peluang yang tidak ternilai untuk
golongan muda di Malaysia dan saya berharap untuk melihat lebih ramai lagi
golongan muda disokong pada masa hadapan”.
Sepanjang PROGRAM TEAM,
Hairul merupakan peserta yang proaktif dan sentiasa bersedia mencuba aktiviti
baharu. Hairul juga telah ditempatkan di PUSAT PEMULIHARAAN &
PENYELIDIKAN HUTAN HUJAN TROPIKA (TRCRC) bagi melaksanakan latihan
pekerjaan selama 2 minggu. Kagum dengan prestasi beliau, pusat itu menawarkan
beliau pekerjaan sebagai penolong penyelidik selepas beliau menamatkan program
TEAM.
Hairul bersama Ibu dan Ayah
Kini, sebagai Penyelaras
Biodiversiti & Pemulihan, Hairul meluangkan harinya bekerja di hutan, menjaga
anak pokok asli dan memantau hidupan liar. Beliau telah menemui tujuan yang
lebih bermakna dalam hidupnya, yang memberi tumpuan bukan sahaja kepada dirinya
sendiri tetapi juga masyarakat sekeliling dan alam semula jadi.
Dalam ucapannya, Hairul berkata
bahawa nilai-nilai yang diperolehi daripada PROGRAM TEAM telah membantu
beliau dalam menetapkan laluan dan matlamat hidup serta memulakan kerjayanya.
“Saya percaya ini hanyalah permulaan untuk saya mencapai tahap yang lebih tinggi
mulai hari ini dan hari-hari seterusnya. Saya berharap PROGRAM TEAM dapat
kekal maju di masa hadapan untuk memberi peluang kepada lebih ramai belia untuk
berjaya.”
Duli Yang Teramat Mulia Tengku
Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor bertitah
“Beta amat berbangga dengan Hairul dan pencapaiannya. Perjalanannya menjadi
inspirasi kepada ramai anak muda yang sedang berjuang di luar sana. Beta turut berbangga
dengan semua anak muda yang telah menyertai program ini. Beta harap kita dapat terus
membantu lebih ramai anak muda di luar sana dan memberi inspirasi kepada perkembangan
mereka.”
KATA ALONGMURNI
Secara peribadi AM sangat
menyokong usaha dan inisiatif SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY) dan PRINCE’S
TRUST INTERNATIONAL dalam memperkasakan golongan belia untuk belajar,
memperoleh pendapatan dan berkembang maju di masa hadapan. Di samping komited
dałam menyediakan peluang bagi golongan belia mengembangkan kemahiran peribadi
dan professional untuk memberikan impak positif kepada masyarakat program ini
juga membawa suara golongan belia di pentas global dan meletakkan keperluan
mereka sebagai garis panduan dalam pelaksanaan kerja. Semoga lebih ramai lagi
golongan belia yang tampil menyerlah dengan wawasan dan berdaya maju dapat
digilap dalam program ini. Syabas dan tahniah buat POGRAM TEAM MALAYSIA atas pencapaian cemerlang dalam pelaksanaan.
AM bersama dengan Hairul (Penerima Anugerah PRINCE’S TRUST SUSTAINABILITY AWARD)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/06/Program-TEAM-Malaysia-Dua-Benua-Satu-Matlamat.html