Program Sekolah Amanah Ada Impak Atau Tidak


Salam dears…Macam mana nak bagi anak anak suka pergi sekolah dan minat belajar? Mama yakin, ini adalah salah satu persoalan yang sering kali bermain difikiran ramai ibu bapa dan juga guru guru!
Tambah plak dalam zaman yang semakin berubah ni, adakah cukup sekadar belajar menghafal daripada buku dan boleh jawab soalan peperiksaan je? Mama rasa tidak! Education is more than just that!
Adakah pencapaian akademik saja yang Mama nak untuk si kembar tiga ni? Ya, bila hantar ke sekolah tu tentulah kita nak anak anak belajar daripada segi akademik. Nak diorang pandai membaca, menulis, mengira dan sebagainya kan?
Tapi bagi Mama, bila ke sekolah tu penting juga untuk anak anak mendapat pendidikan yang menyeluruh dan holistik.
Maksudnya, selain daripada akademik, Mama nak si kembar ni belajar tentang kemahiran hidup (life skills) seperti keyakinan diri, kebolehan berkomunikasi, critical thinking, kreativiti, kebolehan untuk bekerja dalam kumpulan (team work), adab sopan dan macam macam skills lagi lah. Omputeh kata ‘street smart’ gitu.
Dan bagi Mama bila zaman semakin berubah, cara belajar dan mengajar juga perlu mengikut peredaran zaman.
Sebab tu lah Mama rasa teruja sangat bila dapat hadiri sesi perbincangan ‘Education Transformation in Malaysia: A Dialogue Session + Survey Findings Presentation’ baru baru ni dimana Mama dapat tahu lebih lanjut tentang Program Sekolah Amanah atau ‘Trust Schools Programme (TSP 1.0)’.
Teruja dapat hadiri sesi pembentangan Hasil Kajian Impak Program Sekolah Amanah Apa Itu Program Sekolah Amanah atau Trust Schools? Sebelum ni Mama pernah dengar gitu gitu je pasal Sekolah Amanah atau ‘Trust Schools Programme (TSP 1.0)’ ni, tapi tak tahu apa benda sebenarnya dan apa impaknya? Korang pun mesti ada yang macam Mama gak kan, kan? Mengaku je lah hehehe. Okeh.meh nak cerita…
Secara ringkasnya, program Sekolah Amanah ni adalah satu program transformasi sekolah awam (sekolah kerajaan) yang diuruskan secara bersama oleh pihak swasta dan pihak kepimpinan sekolah awam tu, dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Program Sekolah Amanah (TSP 1.0) ni merupakan program utama LeapEd Services Sdn Bhd (subsidiari Khazanah Nasional Berhad) yang direka untuk membangunkan para pelajar secara holistik dengan keupayaan abad ke-21.
Diantara ‘orang kuat’ LeapEd (dari kiri): Dr. Suseela Balakrishnan, Pn. Nina Adlan, En. Zulhaimi Othman dan Mr. Brian John Amborsio Melalui kerjasama dengan Yayasan AMIR dan Kementerian Pendidikan, program ni dicipta khusus untuk memastikan kemampanan dengan sekolah-sekolah di Malaysia. Matlamat strategik utama yang difokuskan adalah:
Membangunkan kepimpinan berkualiti tinggi Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran Memaksimumkan potensi dan pencapaian murid Memperkukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan yang lain Program TSP ni akan dijalankan selama tiga tahun di sekolah yang terpilih. Sekolah rendah ada, sekolah menengah pun ada juga.
Kos untuk program ni plak ditaja oleh pihak syarikat korporat (corporate sponsorship) yang bekerjasama dengan LeapEd.
Sejak dilancarkan pada tahun 2011, TSP 1.0 telah memberi kesan kepada lebih 5,300 ibu bapa dan 65,000 pelajar di 83 buah sekolah meliputi 12 buah negeri di Malaysia.
Fuhh banyak gak sekolah yang terlibat tu kan? Tapi Mama harap lebih banyak sekolah akan dapat sertai program ni. Kenapa? Sebab daripada kajian yang dijalankan, program ni memang ada impak yang positif!
Apa Impak Program Sekolah Amanah? Untuk mengetahui hasil daripada fasa pertama Program Sekolah Amanah (TSP 1.0) dan menambahbaik program tu untuk TSP 2.0 yang akan datang, LeapEd telah menjalankan Kajian Impak TSP 1.0.
Kajian tu telah dibuat menggunakan kaedah campuran yang melibatkan tinjauan, temubual dan pemerhatian daripada lebih 3,000 responden termasuk kakitangan sekolah, pelajar dan ibu bapa.
Di antara impak positif utama TSP 1.0 dapat dilihat daripada segi peningkatan kecekapan professional dan pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi
Peningkatan Kecekapan Professional: 66% Kepimpinan Kanan dan 49% daripada Kepimpinan Pertengahan di sekolah menunjukkan mereka telah mencapai peningkatan 1 tahap dalam skala kecekapan professional.61% Guru telah mencapai kemajuan minimum peningkatan 1 tahap, manakala 25% mencapai peningkatan 2-3 tahap dalam skala kecekapan professional. Pembelajaran Berkualiti Tinggi dan Persekitaran Positif: 91% pelajar sekolah rendah dan 88% pelajar sekolah menengah mengatakan diorang rasa ada peningkatan dalam kualiti pengajaran dan pembelajaran.79.5% bersetuju bahawa ada peningkatan dalam persekitaran sekolah yang positif.65.5% mengatakan ada peningkatan dalam kesejahteraan hidup. 89.5% mengatakan ada hasil pembelajaran positif para pelajar. Peningkatan tahap skala tu maksudnya ada anjakan paradigma dalam tahap pengetahuan, kemahiran, pemikiran, pedagogi (sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah) dan amalan.
Hmm Mama rasa bukan mudah ye nak dapatkan peningkatan tu, sebab biasalah bila ada apa apa perubahan atau benda baru ni tak semua orang yang boleh terima dengan terbuka kan? Nak ubah ‘mind set’ dan sikap bukan senang. So…good job TSP 1.0, tahniah! Hehe
Kenapa Program Sekolah Amanah Berkesan? Pada pendapat Mama, Sekolah Amanah ni berkesan sebab fokusnya bukan pada pendidikan akademik semata mata. TSP menitik beratkan pada cara pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan juga. Bila anak anak rasa seronok belajar, seronok pergi sekolah, tentu diorang akan lebih involved dalam sesi pembelajaran tu gak kan?
Dan lagi satu, bak kata Pn. Nina Adlan, General Manager, Education Development dari LeapEd, program ni lebih menekankan kepada pembangunan ‘software’ (guru guru, kakitangan dan pentadbir sekolah dan pelajar) berbanding ‘hardware’ (peralatan dan infrastruktur).
Jadi bila semua pihak dilibatkan dalam program transformasi tu, tentu lah rasa tanggungjawab dan komitmen tu juga lebih tinggi.
TSP 2.0 Sedang Dilaksanakan Lepas hadiri sesi pembentangan tu kan…Mama asyik terfikir bestnya lah kalau sekolah si kembar tiga ni pun dapat jadi Sekolah Amanah gak, tentu lagi seronok diorang ke sekolah. Errr ada mana mana syarikat korporat yang nak jadi sponsor tak? Kalau ada, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan hehehe
Sebab TSP 2.0 pun sedang dilaksanakan ni, jadi memang peluang baik untuk ibu bapa, pihak sekolah dan pihak syarikat korporat juga untuk bekerja sama membangunkan modal insan.
Bak kata En. Zulhaimi, “pelaburan dalam pendidikan merupakan keputusan yang paling bijak yang boleh dibuat oleh seseorang!”.
Tenaga kerja pada masa hadapan akan memerlukan lebih banyak kemampuan kognitif, bersediakah anak anak kita? Hmm bukan semua pelajar mampu untuk jadi bijak pandai daripada segi akademik, tetapi setiap pelajar tu ada potensi dan kebolehannya tersendiri. Jadi pendidikan di sekolah dan juga di rumah, sepatutnya membantu anak anak untuk mencapai potensi tersebut!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal program Sekolah Amanah ni, korang boleh tengok di laman web www.leapedservices.com.
24 total views, 15 views today
The post Program Sekolah Amanah: Ada Impak Atau Tidak? appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2019/07/program-sekolah-amanah-ada-impak-atau-tidak.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Sumbangan Kepada Warga Sekolah Di Bawah Ppwbp

Program Sumbangan Kepada Warga Sekolah Di Bawah Ppwbp

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 374 hits
Program Sumbangan Kepada Warga Sekolah Di Bawah PPW Bangsar Pudu sepanjang Februari dan Mac 2018
Lepas Suntik Bcg Memang Boleh Bernanah Tak Payahlah Letak Minyak Angin Atau Plaster

Lepas Suntik Bcg Memang Boleh Bernanah Tak Payahlah Letak Minyak Angin Atau Plaster

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 513 hits
Suntikan vaksin Bacillus Calmette Gu rin atau BCG akan diberikan kepada semua bayi Ekoran tularnya isu luka suntikan vaksin BCG penjelasan daripada doktor ini boleh dijadikan panduan Tular gambar tentang luka BCG ini Saya cuma berminat nak ...
4 Punca Terjadinya Renjatan Eletrik Kecil Pada Pc Atau Laptop

4 Punca Terjadinya Renjatan Eletrik Kecil Pada Pc Atau Laptop

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 293 hits
Renjatan Elektrik kecil pada laptop atau komputerSudah tentu ada yang pernah mengalami situasi ini dimana anda pernah menerima kejutan kecil ibarat gigitan semut apabila menyentuh laptop atau pc anda Hal ini berlaku kerana terdapatnya arus ...
Video Semburit Akhirnya Mahathir Pilih Azmin Atau Anwar

Video Semburit Akhirnya Mahathir Pilih Azmin Atau Anwar

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 594 hits
Apabila Dr Mahathir keluarkan statement terbaru tentu ramai yang bertanya apakah Mahathir sudah lupa dengan segala yang beliau kata tentang isu liwat 1 2 serta video pelacur China Doll yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim Statement terbaru M...
Nak Tahu Diri Kita Disantau Atau Tidak Tidak Perlu Upah Orang Tengok Amalkan Ini Insyallah Anda Boleh Tahu Sendiri

Nak Tahu Diri Kita Disantau Atau Tidak Tidak Perlu Upah Orang Tengok Amalkan Ini Insyallah Anda Boleh Tahu Sendiri

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 322 hits
TAK PERLU NAK SURUH ORANG TENGOKKAN DIRI KITA DARI JAUH MELALUI GAMBAR ATAU NAMA JOM CEK SENDIRI BETUL KE TUBUH KITA ADA SANTAU SIHIR IKUT SAYA AJAR Santau sihir memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kenser ketumbuhan...
Apa Pandangan Tun Sekiranya Kedudukan Azmin Sekarang Berlaku Ke Atas Anwar Atau Najib Atau Zahid

Apa Pandangan Tun Sekiranya Kedudukan Azmin Sekarang Berlaku Ke Atas Anwar Atau Najib Atau Zahid

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 433 hits
Apakah pandangan Tun masih sama Apakah cybersecurity masih blur Apakah IGP masih minat pada dalang dan pengedar Tanya je Sudah tentu lokman adam akan menjerit KONSPIRASI sepanjang jalan seperti pecacai dan balaci lain
Kopi Hitam Atau Cappuccino Kopi Favoritmu Tunjukkan Kepribadianmu

Kopi Hitam Atau Cappuccino Kopi Favoritmu Tunjukkan Kepribadianmu

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 161 hits
Pilih kopi hitam atau cappuccino Berikut ini analisis kepribadian berdasar kopi favorit
Keluar Atau Masuk Gua Telinga

Keluar Atau Masuk Gua Telinga

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 416 hits
Bahawasanya orang Melayu bersatu hati bangkit menentang Malayan Union pada tahun 1946 yang sekali gus menyelamatkan institusi raja daripada menjadi hamba British hanya separuh cerita sahaja Raja Melayu telah pun setuju dan menandatangani pe...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner