Program Pure Heart Mvm Hulurkan Sumbangan Ringankan Beban


Siapa kat sini suka jadi sukarelawan atau volunteer? Tak kira untuk aktiviti bersama anak yatim, aktiviti di rumah orang-orang tua, bagi makanan untuk gelandangan, turut serta dalam misi bantuan banjir atau bencana alam, jadi tenaga pengajar di kelas-kelas rakyat dan macam-macam lagi. Aku pun pernah join aktiviti-aktiviti sukarelawan yang disebutkan tadi. Perasaan “happy” dan “beryukur” automatik kita dapat bila kita join aktiviti macam ni. Penat lelah terus hilang bila kita tengok riak wajah dan senyuman kegembiraan mereka yang kita bantu. Self-satisfaction! 
Untuk perkongsian kali ini, aku nak berkongsi tentang salah satu badan NGO yang cukup terkenal di Malaysia dalam bidang sukarelawan. Siapa tak kenal kan tentang Muslim Volunteer Malaysia (MVM)? Kalau korang rajin buka social media, mesti dapat tengok macam-macam aktiviti yang telah mereka laksanakan. Aku tertarik dengan salah satu program yang diajurkan oleh MVM yang bagi aku sangat menarik. Konsepnya menyeluruh untuk membantu mereka yang memerlukan. Program ini dinamakan Pure Heart. Nak tahu lebih lanjut, jom aku kongsikan info untuk manfaat bersama. 


PURE HEART 
Program Pure Heart adalah salah satu program berfasa yang dikelola khas oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Objektif utama program seumpama ini adalah untuk memberi bantuan kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan RM1,500 ke bawah seisi keluarga agar dapat meringankan beban dalam meneruskan kehidupan seharian. Bantuan yang dihulurkan merangkumi barangan asas dapur dan latihan kemahiran seperti menjahit dan memasak.


Program Pure Heart MVM bermula sejak tahun 2016. Program ini telah mengharumkan nama MVM yang telah tersenarai antara 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NG0) terbaik di Malaysia oleh pihak IM4U dalam Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri. Kini, program ini telah memasuki tahun ke-4 penganjurannya. Pure Heart akan berlangsung selama 10 bulan bermula Februari sehingga November setiap tahun.


Mesti ada tertanya-tanya kan, “Siapa penerima yang layak menerima bantuan Pure Heart ni?”. Untuk pengetahuan semua, semua Warganegara Malaysia layak menerima bantuan Pure Heart dengan syarat keluarga tergolong dalam kategori asnaf yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan. 

3790 ORANG DALAM MASA 4 TAHUN 
Kejayaan MVM dalam menganjurkan program Pure Heart ini adalah bukti kejayaan kolaborasi bersama pihak sekolah kebangsaan di sekitar Selangor dan pihak Zakat Selangor. Mereka telah mengenalpasti keluarga asnaf yang layak untuk menerima bantuan sepanjang program Pure Heart ini berlangsung. 
Antara sekolah yang telah menajalinkan usaha kerjasama bersama pihak MVM untuk program Pure Heart adalah seperti berikut: 
1) 2016 – Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (88 keluarga) 
2) 2017 – Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (200 keluarga) 
3) 2018 – Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (220 keluarga) 
4) 2019 – Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (250 keluarga) 
Pendek kata, dengan adanya program Pure Heart ini, sebanyak 758 keluarga meliputi 3,790 orang isi rumah telah berjaya dibantu oleh MVM.



3 FASA UTAMA PURE HEART 
Memandangkan program Pure Heart Muslim Volunteer Malaysia ini besar impaknya dan telah terbukti berjaya membantu ramai orang susah di luar sana, aku terpanggil untuk baca dan kaji dengan lebih lanjut tentang program Pure Heart ini. Berdasarkan pembacaan aku, Program Pure Heart ini dibahagikan kepada 3 fasa utama iaitu (1) Bantuan Barangan Asas (2) Bantuan Kemahiran dan (3) Bantuan Komitmen. 
(1) Bantuan Barangan Asas 
Antara barangan asas yang dihulurkan kepada keluarga asnaf terpilih adalah kota Pure Heart yang mengandungi barangan asas untuk keperluan mereka selama sebulan. Selain itu, anak-anak mereka juga akan menerima bantuan zakat sekolah rendah dan bantuan pek permulaan sekolah (Asnaf zakat pelajar).



(2) Bantuan Kemahiran 
Untuk memastikan keluarga asnaf yang terpilih mampu meningkatkan pendapatan mereka, MVM telah mengambil inisiatif dengan menawarkan latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit. Selain itu, MVM menganjurkan sesi pengisian rohani dan emosi, pengurusan kewangan dan keselamatan. Dengan bantuan kemahiran seumpama ini, mereka akan melengkapkan diri dengan skill dan menjadi lebih berdaya saing untuk memajukan ekonomi diri dan keluarga.



(3) Bantuan Komitmen 
MVM juga telah menawarkan bantuan untuk mereka yang komited untuk memulakan perniagaan dengan skill dan kemahiran yang mereka ada. Paling menarik, mereka berpeluang untuk menenuaikan ibadah umrah secara percuma. MVM akan memilih keluarga asnaf bertuah yang paling komited dan berjaya sepanjang program Pure Heart berlangsung. Untuk tahun 2019, MVM akan memilih satu pasangan dari keluarga asnaf yang bertuah untuk mengerjakan ibadah umrah. 
INISIATIF BARU PURE HEART 2019 
Walaupun program Pure Heart telah memasuki tahun ke-4, namun pihak MVM sentiasa tampil dengan idea-idea kreatif dan inovatif dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Untuk Pure Heart 2019, beberapa inisiatif baru telahpun diperkenalkan. Nak tahu apa? Jom, check it out! 
(1) Kempen Lunch Box Junior 
Antara inisiatif baru MVM untuk Pure Heart 2019 adalah tajaan kelas tambahan, bekas makanan dan minuman yang diberi nama Lunch Box Junior 
(2) Kempen Dapur Berasap, Keluarga Bahagia 
MVM juga telah membuka pusat khas untuk orang awam menghulurkan bantuan dari segi barangan asas dan keperluan dapur untuk keluarga asnaf. Korang boleh kunjungi Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Lama (berdekatan Stesen LRT Puchong Prima) untuk menghantar barangan untuk disumbangkan kepada kelaurga asnaf.



(3) Kempen Wakaf Buku Si Cilik 
Untuk mereka yang ingin membuat sumbangan pelbagai jenis buku, MVM mengalu-alukan sumbangan buku terpakai terutamanya untuk pelajar sekolah rendah seperti buku latihan, kamus, buku agama, buku cerita, muqaddam ataupun al-Quran. Usaha ini untuk memupuk anak-anak asnaf untuk suka budaya membaca. Korang boleh hantar atau pos buku-buku untuk disumbangkan untuk kempen Wakaf Buku Si Cilik ni ke alamat berikut: 
HQ Muslim Volunteer Malaysia, 12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor 

HULURKAN BANTUAN, RINGANKAN BEBAN! 
Untuk korang yang berminat untuk turut serta menjayakan program Pure Heart ini, korang pun boleh turut serta. Walaupun masing-masing sibuk dengan pekerjaan harian, tetapi kita masih lagi boleh hulurkan bantuan untuk ringankan beban keluarga asnaf. Masih ada jalan untuk kita teruskan minat dalam aktiviti sukarelawan. Pihak MVM membuka peluang untuk semua yang berminat nak jadi penaja barangan asas dapur dan keperluan harian bagi merealisasikan program Pure Heart. Semua barangan yang disumbangkan akan dibungkus dalam kotak Pure Heart khas dan diagihkan kepada kelaurga asnaf terpilih. 

Kalau korang berminat untuk memberi sumbangan, antara jenis barangan yang diperlukan adalah seperti berikut: 
(1) Barangan asas dapur 
Beras, Minyak masak, Gula, Kicap, Sos cili / Sos tomato 
(2) Barangan memasak 
Rempah-ratus, Jus cordial, perisa dan lain-lain



(3) Kit kebersihan 
Sabun, shamp00, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain



Ataupun, korang boleh memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit untuk pihak MVM sediakan Kotak Pure Heart. Tajaan 1 Kota Pure Heart untuk 1 keluarga bernilai RM80. Untuk tahun 2019, pihak MVM mensasarkan untuk membantu 250 keluarga sebulan. Jadi, kalau korang berminat nak salurkan sumbangan tidak kira atas kapasiti individu ataupun syarikat, boleh rujuk maklumat kat bawah ni: 
Tajaan Barangan Asas Sebulan 
1) RM80 – 1 keluarga 
2) RM240 – 3 keluarga 
3) RM480 – 6 keluarga 
4) RM800 – 10 keluarga 
Tajaan Barangan Asas Setahun (10 bulan) 
1) RM800 – 1 keluarga 
2) RM2400 – 3 keluarga 
3) RM4800 – 6 keluarga 
4) RM8000 – 10 keluarga 

Anda juga boleh menyumbang terus ke website donation MVM : www.donation.mvm.org.my

Untuk penajaan korporat atau tajaan-tajaan lain, boleh hubungi wakil MVM (012-235 6854) atau email kepada [email protected] Kalau korang berminat nak jadi sukarelawan atau sebahagian daripada keluarga volunteer Malaysia, boleh hubungi MVM untuk pendaftaran sukarelawan NGO.


Untuk tahu lebih lanjut mengenai MVM dan aktiviti semasa MVM, korang boleh follow mereka di laman media sosial 
Website:
https://www.mvm.org.my
Facebook:
https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram:
https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter:
https://twitter.com/volunteermvm 
Telefon:
+603-8074 0434 / 012-235 6854

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/eBUqd/~3/w6VSAG4UjDY/program-pure-heart-mvm-hulurkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pure Heart Program By Muslim Volunteer Malaysia

Pure Heart Program By Muslim Volunteer Malaysia

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 478 hits
Apabila bercakap tentang Pertubuhan Sukarelawan di Malaysia pasti panjang senarai The post appeared first on
Program Pure Heart Bantu Golongan Keluarga Berpendapatan Rm 1500 Ke Bawah

Program Pure Heart Bantu Golongan Keluarga Berpendapatan Rm 1500 Ke Bawah

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 483 hits
Assalamualaikum Malam ni sambung menaip lagi Demi nak berkongsi apa yang terbuku di hati dengan para pembaca blog Amni Sebenarnya dua tiga hari ni kerap sangat Amni baca kes keluarga susah Yang terbaru paling sedih kanak kanak berumur dua t...
Pure Heart Bukti Masih Ada Yang Sayang

Pure Heart Bukti Masih Ada Yang Sayang

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 359 hits
Assalamualaikum dan salam sayang Alhamdulillah masih diberikan peluang dariNYA untuk ciktom terus menulis di blog ciktom Sejak akhir akhir ini banyak pula berita kematian dikalangan saudara mara terdekat ciktom Apa yang
Pure Heart Anjuran Muslim Volunteer Membantu Warganegara Berpendapatan Rm1500 Kebawah

Pure Heart Anjuran Muslim Volunteer Membantu Warganegara Berpendapatan Rm1500 Kebawah

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 220 hits
Pernah tak anda terbaca atau ternampak di media social terutama facebook tentang sebuah NGO yang menggunakan nama pertubuhan mereka Muslim Volunteer Malaysia Saya selalu juga ternampak dekat news feed facebook saya tentang pertubuhan ini me...
Program Happy Meal Readers Mcdonalds Erat Hubungan Keluarga

Program Happy Meal Readers Mcdonalds Erat Hubungan Keluarga

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 468 hits
Happy Meal Readers adalah program terbaru yang dilancarkan oleh McDonalds Setiap bulan jutaan keluarga yang pergi ke restoran McDonald s di Malaysia untuk menikmati hidangan bergelak ketawa beramah mesra dan sama sama berkongsi kegembiraan ...
Mendes Pdtt 85 Persen Masyarakat Puas Dengan Program Dana Desa

Mendes Pdtt 85 Persen Masyarakat Puas Dengan Program Dana Desa

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 220 hits
Mendes mengungkapkan dana desa sejak tahun 2015 2018 telah berhasil membangun sepanjang 191 600 Kilometer jalan desa
Ikbn Dinaik Taraf Untuk Menawarkan Program Diploma

Ikbn Dinaik Taraf Untuk Menawarkan Program Diploma

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 306 hits
Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kenyataannya memaklumkan bahawa kementeriannya kini sedang mengenal pasti beberapa Institusi Kemahiran Belia Negara untuk dinaik taraf Naik tarif itu turut termasuk dari segi penaw...
Mikrofon Impian Bukan Sekadar Program Nyanyian Semata Mata

Mikrofon Impian Bukan Sekadar Program Nyanyian Semata Mata

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 384 hits
KEMUNCULAN rancangan realiti baharu Mikrofon Impian mendapat respons positif daripada kalangan masyarakat Malaysia Mereka memuji rancangan tersebut kerana ia bukan sekadar program nyanyian semata mata malah ia membantu peserta dalam menyele...
Dr Beau Pure Natural Skin Oil

Dr Beau Pure Natural Skin Oil

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 383 hits
Dr Beau Pure Natural Skin Oil Salam Sejujurnya kan sekarang ni kulit muka uzu masih lagi ada masalah yang tak pernah selesai Kulit uzu jenis berminyak dalam aircon pon masih ada minyak yang keluar Puncanya apa haaa skincare tak betul yang p...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya