Program Pengekalan Pekerjaan Subsidi Upah Perkeso


Bagi mengurangkan impak ekonomi akibat wabak COVID-19, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan  Pakej Prihatin PKS yang mana memperkenalkan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program, ERP) dan juga Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP) yang mana akan dikendalikan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO.
Kedua-dua program ini adalah untuk membantu majikan, terutama dalam sektor perusahaan kecil sederhana PKS (small medium enterprise, SME) supaya mereka boleh terus beroperasi dan juga golongan pekerja supaya mereka terus mempunyai sumber pendapatan dan juga dikekalkan pekerjaan mereka.
Jadi, apa perbezaan kedua-dua program ini?
Bagaimana nak mohon?
Jom, kita dapatkan maklumat seterusnya.
Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP)
Apakah itu Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP)?
ERP adalah bantuan kewangan segera (immediate financial assistance) sebanyak RM 600 sebulan kepada pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji.
Program ini adalah untuk membantu pekerja yang diberikan notis cuti tanpa gaji (CTG) oleh majikan mereka yang terpaksa mengurangkan kos operasi akibat perniagaan yang terjejas kerana COVID-19.
Program ini telah bermula pada 1 Mac 2020 sehingga ke tarikh yang akan ditentukan oleh kerajaan/PERKESO kelak.
Tempoh bantuan yang diberikan adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh notis CTG daripada majikan.
Apakah syarat kelayakan menerima Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP)?
Semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP (Sistem Insurans Pekerjaan), termasuk pekerja sambilan Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM 4,000 dan ke bawah sahaja. Majikan yang melaksanakan CTG (minimum 30 hari) bagi tempoh 1 hingga 6 bulan (notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020) Bagaimana cara mohon Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP)?
Permohonan hendaklah dikemukan oleh pihak majikan bagi pekerja mereka.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian menggunakan Borang Permohonan ERPC-19 yang boleh didapati melalui laman web PERKESO.
Borang ini, berserta surat notis CTG yang dikeluarkan bagi setiap pekerja hendaklah dihantar melalui emel ke [email protected] atau melalui sistem online yang dibangunkan PERKESO (akan diumumkan kemudian jika ada)
Permohonan boleh dihantar bermula 20 Mac 2020
Bagaimana bayaran Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP) akan dilakukan?
Selepas permohonan diluluskan, bayaran akan dikreditkan kepada akaun majikan secara bulanan.
Majikan pula, dalam tempoh 7 hari daripada bayaran diterima, wajib mengkreditkan bayaran kepada akaun pekerja yang disenaraikan.
Jika ada sebarang keraguan dan unsur penipuan, pekerja boleh membuat aduan terus kepada PERKESO.
Majikan yang mengemukakan apa-apa maklumat palsu, tidak benar atau mengelirukan kepada PERKESO atau majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja, boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.
Jadi, para pekerja tidak perlu risau walaupun permohonan dibuat oleh majikan dan bayaran diterima oleh majikan.
Itulah serba sedikit maklumat berkaitan Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP)
Maklumat secara ringkas ini lebih mudah difahami dengan merujuk infografik di bawah:
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk ke laman web PERKESO atau soalan lazim (FAQ) ini.
Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)
Apakah yang dimaksudkan dengan Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)
Program ini adalah satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan ke atas setiap pekerja tempatan yang berpendapatan RM 4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja (atau tertakluk kepada tempoh yang akan diumumkan kemudian jika ada)
Jumlah subsidi adalah antara RM 600 hingga RM 1,200 bagi setiap pekerja bergantung kepada saiz perusahaan majikan.
Tujuan program ini adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan.
Bilakah Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP) mula berkuatkuasa dan bila ia berakhir?
Program ini mula berkuatkuasa pada 1 April 2020 dan tempohnya adalah selama 3 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.
Contoh, jika permohonan mula dibuat pada bulan Jun 2020, maka subsidi akan diberikan bagi tempoh 3 bulan bermula Julai 2020 (atau Jun 2020 bergantung kepada bila permohonan diluluskan)
Tarikh akhir permohonan untuk program ini adalah pada 15 September 2020 atau tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan oleh Kerajaan.
Apakah syarat-syarat untuk memohon Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)?
Secara ringkasnya, boleh dirujuk kepada jadual yang berikut:

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)?
Dokumen yang diperlukan adalah:
Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan) Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan Penyata Bank sahaja) Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 5 (ii) di atas (sila rujuk pihak bank) Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa Perkhidmatan Profesional, Saintifik atau Teknikal / Lesen Perniagaan Akuan Pengisytiharan PSU50 Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen berkaitan (bagi perusahaan bersaiz SEDERHANA dan BESAR sahaja) Bagaimana cara mohon Program Subsidi Gaji (Wage Subsidy Program, WSP)?
Permohonan boleh dilakukan bermula 9 April 2020 menerusi laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my
Permohonan hanya perlu dibuat sekali sehaja.
Bagi bulan-bulan seterusnya, majikan hanya perlu mengemaskini perubahan maklumat sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada status perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem.
Bagaimana bayaran Program Subsidi Gaji (Wage Subsidy Program, WSP) akan dilakukan?
Bayaran subsidi akan dikreditkan kepada akaun majikan dalam tempoh 7-14 hari dari tarikh kelulusan.
Majikan perlu membayar gaji pekerja yang terlibat seperti biasa.
Jika pekerja tidak menerima gaji walaupun majikan menerima subsidi, maka pekerja boleh membuat aduan kepada pihak PERKESO.
Itulah sahaja maklumat ringkas berkenaan Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)
Untuk maklumat lebih ringkas, boleh rujuk di laman web PERKESO atau rujuk soalan lazim (FAQ) ini.
Apa beza antara Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP) dan Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)?
Secara ringkas, boleh rujuk infografik di bawah:
*Pembetulan bagi definisi Program Subsidi Upah: Subsidi adalah antara RM 600 hingga RM 1,200 sebulan bagi setiap pekerja (bergantung kepada saiz perusahaan)
Bolehkah majikan mohon kedua-dua Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP) dan Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)?
Mengikut jawapan yang diberikan PERKESO, majikan boleh memohon kedua-dua program ini.
ERP adalah bayaran bagi pekerja yang diberikan notis CTG manakala WSP adalah subsisi gaji bagi pekerja yang masih bekerja.
Apa-apa pun, untuk maklumat yang lebih jitu, tepat dan padat, bolehlah merujuk kepada pihak PERKESO.
Sampai di sini sahaja kali ini.
Semoga bermanfaat.
p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.
The post Program Pengekalan Pekerjaan & Subsidi Upah PERKESO appeared first on Jom Urus Duit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jomurusduit.com/2020/04/program-pengekalan-pekerjaan-subsidi-upah-perkeso.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Subsidi Upah Perkeso Pakej Prihatin Pks

Program Subsidi Upah Perkeso Pakej Prihatin Pks

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 318 hits
Berikut maklumat tambahan Program Subsidi Upah PERKESO yg diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi melalui Pakej Prihatin PKS Program ini diperkenalkan sbg langkah Kerajaan membantu majikan mengekalkan pekerja sepanjang tempoh PKP Sebel...
Senarai Manfaat Program Subsidi Upah

Senarai Manfaat Program Subsidi Upah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 247 hits
SENARAI MANFAAT PROGRAM SUBSIDI UPAH juga akan memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja Dalam keadaan yang sukar ini kerajaan tidak mahu lihat Menerusi program ini Kerajaan akan menyediakan upah sebanya...
Semakan Dan Permohonan Program Subsidi Upah

Semakan Dan Permohonan Program Subsidi Upah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 454 hits
SEMAKAN DAN PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH APAKAH Program ini merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerja iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan melebihi 50 supaya dapat mengekal...
Prihatinrakyat Elak Pekerja Dibuang Kerajaan Perkenal Program Subsidi Upah

Prihatinrakyat Elak Pekerja Dibuang Kerajaan Perkenal Program Subsidi Upah

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 196 hits
Program Subsidi Upah akan diperkenalkan untuk membantu majikan mengekalkan pekerja yang mana kerajaan akan membayar upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pro...
Covid 19 Program Subsidi Upah

Covid 19 Program Subsidi Upah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 290 hits
Sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini majikan juga menghadapi kesukaran yang besar kerana terpaksa menghentikan operasi syarikat Lebih menjadi masalah pada masa yang sama majikan perlu memastikan pekerja mereka dibel...
Masih Ramai Majikan Tidak Peduli Tentang Subsidi Program Subsidi Upah Untuk Kebajikan Pekerja Mereka

Masih Ramai Majikan Tidak Peduli Tentang Subsidi Program Subsidi Upah Untuk Kebajikan Pekerja Mereka

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 655 hits
Masih ramai majikan tidak tahu atau tidak ingin ambil tahu tentang bantuan Program Subsidi Upah ini Melalui bantuan yang diperuntukkan Kerajaan Malaysia ini sekurangnya majikan dengan 75 orang pekerja dan ke bawah akan menerima bantuan sehi...
Kerajaan Digesa Naikkan Subsidi Upah Tangguh Sewa Untuk Sektor F Amp B

Kerajaan Digesa Naikkan Subsidi Upah Tangguh Sewa Untuk Sektor F Amp B

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 229 hits
Kerajaan digesa naikkan subsidi upah tangguh sewa untuk sektor F amp B Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Ap
Inisiatif Kerajaan Cukup Baik Namun Adalah Wajar Subsidi Upah Prihatin Perlu Ditingkatkan Norliza

Inisiatif Kerajaan Cukup Baik Namun Adalah Wajar Subsidi Upah Prihatin Perlu Ditingkatkan Norliza

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 267 hits
Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Norliza Abdul Rahim berpandangan masih terdapat ruang penambahbaikan berhubung inisiatif kerajaan berkaitan Subsidi Upah yang diumumkan oleh kerajaan baru baru ini Menurut beliau inisiatif yang diumumka...
Subsidi Upah Hampir Seganda Pm Bakal Umum Bantuan Rm10 Bilion Untuk Pks

Subsidi Upah Hampir Seganda Pm Bakal Umum Bantuan Rm10 Bilion Untuk Pks

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 239 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini akan mengumumkan bantuan RM10 bilion bagi membantu pekerja di perusahaan kecil dan sederhana yang terkesan dengan penutupan perniagaan bawah perintah kawalan pergerakan Perkembangan ini tambahan kep...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Bertolak Ansurlah

Loyalty

Lava789