Program Berani Semuka Pertemukan Mujahid Abdul Azeez


SHAH ALAM – Program Berani Semuka anjuran Sinar Harian bakal merungkai polemik berhubung isu Lembaga Tabung Haji (TH) apabila dua bekas tokoh penting yang pernah menerajui dan memantau institusi kewangan Islam itu bertemu Jumaat ini.
Program julung kali diadakan itu menampilkan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Ia akan dikendalikan oleh moderator, Tan Sri Johan Jaaffar iaitu Tokoh Wartawan Negara.
Menurut Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin, sebagai sebuah media yang bebas daripada sebarang pengaruh politik, Sinar Harian amat berbesar hati apabila kedua-dua tokoh itu bersetuju untuk menjadikan platform Berani Semuka sebagai medan ilmu dan pencerahan untuk rakyat Malaysia.
“Program ini akan menggunakan format diskusi ala pemilihan presiden Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kami membuat sedikit pengubahsuaian agar sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.
“Ini adalah pendekatan terbaharu Sinar Harian bagi memberi peluang kepada ahli politik, tokoh korporat termasuk menteri-menteri untuk menjelaskan isu berbangkit kepada rakyat dalam suasana harmoni dan ilmiah,” katanya.
Berani Semuka akan berlangsung selama satu jam di semua platform digital Sinar Harian iaitu portal www.sinarharian.com.my, Facebook Sinar Harian, YouTube Sinar Harian dan Twitter@SinarOnline pada jam 8.30 malam, Jumaat 14 Ogos ini.
Baharom berkata, program tersebut tidak dibuka kepada orang ramai sebaliknya hanya tetamu jemputan daripada kedua-dua belah pihak akan menghadirinya di Kompleks Karangkraf di sini.
“Ia tidak dapat dielakkan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi.
“Hanya 30 orang penyokong dibenarkan untuk memasuki Studio F, Kumpulan Karangkraf iaitu 15 penyokong Mujahid dan 15 lagi daripada Abdul Azeez.
“Kita perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah penjarakkan fizikal,” katanya.
Sementara itu, Mujahid ketika dihubungi berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sinar Harian yang bersedia menyediakan platform untuk menyelesaikan kemelut tersebut.
“Semoga majlis ini berjalan lancar,” katanya.
Bagi Abdul Azeez pula, usaha tersebut merupakan jalan terbaik untuk menjelaskan polemik yang menyentuh agensi pengurusan dana umat Islam itu.
“Saya akan bersemuka dengan Mujahid bagi menjelaskan apa yang didakwa,” katanya.
The post Program “Berani Semuka” pertemukan Mujahid, Abdul Azeez appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/12/program-berani-semuka-pertemukan-mujahid-abdul-azeez/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunggu Masa Sesuai Abdul Azeez Sedia Debat Dengan Mujahid Isu Th

Tunggu Masa Sesuai Abdul Azeez Sedia Debat Dengan Mujahid Isu Th

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 326 hits
OLEH HANS YUSOFFRabu 05 Ogos 2020Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan pihaknya sedang mencari tarikh sesuai bagi mengadakan sesi debat bersama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof ...
Debat Mujahid Dan Azeez Rahim Jumaat Ini

Debat Mujahid Dan Azeez Rahim Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 388 hits
Akhirnya debat antara bekas Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim akan berjalan secara langsung Jumaat ini yang dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian Bagaimanapun program ini ti...
Abdul Azeez Dedah Pasal Surat Lim Guan Eng

Abdul Azeez Dedah Pasal Surat Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 398 hits
Pertemuan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dengan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim pada 14 Ogos 2020 Abdul Azeez dedah pasal surat Lim Guan Eng Mujahil guna skill muka nampak konfi...
Yang Utama Segerakan Rci Debat Mujahid Azeez Tak Selesai Masalah Th Kata Pemuda Pas

Yang Utama Segerakan Rci Debat Mujahid Azeez Tak Selesai Masalah Th Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 298 hits
Pemuda PAS memberi penegasan betapa debat seperti yang berlangsung antara bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof dan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Rahim pada Sabtu lalu tidak menyelesaikan kemelut agensi kewanga...
Pertembungan Mujahid Azeez Malam Ini Ala Debat Presiden Amerika

Pertembungan Mujahid Azeez Malam Ini Ala Debat Presiden Amerika

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 281 hits
Debat antara bekas Menteri Agama Datuk Seri Mujahid Yusof dengan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Azeez Rahim malam ini akan berlangsung menggunakan format debat bakal Presiden Amerika Debat yang dinamakan Berani Bersemuka itu akan di...
Debat Azeez Mujahid Tetap Diteruskan

Debat Azeez Mujahid Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR Debat berkaitan isu isu yang dibangitkan dalam Tabung Haji antara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dengan bekas Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tetap diteruskan Menerusi hanta...
Pro Canselor Uitm Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad Meninggal Dunia

Pro Canselor Uitm Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 616 hits
91 total views 91 views today Pro Canselor Universiti Teknologi Mara Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad meninggal dunia pagi tadi pada usia 83 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Taman Ampang Utama Ampang dekat sini Universiti itu dalam ke...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord