Program Beauty Behind The Wall Melengkapkan Penghuni Penjara Dengan Kemahiran Memasak
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam penjara adalah sesuatu yang memang tidak diingini oleh semua orang. Tapi kekadang kekilafan membuatkan kita rasa memberontak dan melakukan sesuatu yang melanggari undang-undang. Namun kesilapan ini pasti akan ada kemaafan dan juga keinsafan dalam diri orang yang pernah melakukan kesalahan
Tiba-tiba pula Maha berfalsafah kat sini hehehe tapi bukan apa nak kongsi dengan korang tentang pengalaman Maha masuk penjara. Bukan masuk penjara sebab kena tangkap buat salah tau tapi kerana program 'Beauty Behing The Wall'. Program ini adalah inisiatif oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj dan disokong oleh Penjara Bentong serta Resort World Genting
Bila Maha masuk dalam pekarangan penjara itu satu aura yang berlainan dan membawa kepada keinsafan bahawa beruntungnya kita yang berada diluar ini. Bukan nak kata mereka semua ini jahat selamanya namun mereka juga harus diberikan peluang kedua untuk membaiki diri bila keluar daripada penjara itu. Cukuplah hukuman yang mereka terima didalam tu dan memberi keinsafan dalam diri mereka
Masyarakat luar ini kena terima mereka dengan identiti yang baru untuk berubah dan menjadi pemangkin semangat mereka untuk berubah. Itu yang cuba diterapkan dalam usaha program ini dimana matlamat utama adalah untuk memberi latihan dan juga kemahiran kulinari yang cekap dan mahir kepada banduan wanita dalam penjara ini. Dengan segala ilmu dan kemahiran ini akan memberi mereka peluang untuk membuat perusahaan peniagaan makanan apabila keluar dari penjara nanti
Program ini memfokuskan kepada memberi latihan kepada banduan wanita dan pekerja wanita Penjara Bentong yang meliputi perkara seperti kebersihan makanan, pengurusan dapur, teknologi masakan, pemakanan diet, pengkomersialan resipi dan peluang industri makanan. Bertempat di Bengkel Pastry Penjara Bentong, Chef Alex Vitalise mengadakan demonstrasi memasak bersama dengan Tengku Puan Pahang yang merupakan seorang yang memang suka memasak
Pada hari tersebut Tengku Puan bersama chef memberi ilmu dalam menyediakan beberapa hidangan masakan barat yang diolah untuk sesuai dengan citarasa tempatan. Menariknya resipi masakan menggunakan bahan asas membuat pes rendang dan juga asam pedas boleh menghasilkan beberapa makanan antarabangsa yang jauh lebih sedap dan menarik. Hari tu ada lapan resipi yang dihasilkan iaitu seperti Pasta Asam Pedas, Burger Daging Rendang, Kambing Grill Rendang, Quesadilla Rendang dan Asam Pedas dan beberapa yang ada seperti dalam gambar ini
Resepi ini kebanyakannya datang dari buku masakan yang dihasilkan Tengku Puan sendiri seperti buku 'Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang' dan 'Air Tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang'. Ini adalah selaras dengan harapan Tengku Puan untuk melengkapkan penghuni dengan kemampuan untuk memasak masakan Barat yang lazim digunakan dikebanyakkan kedai makanan di Malaysia yang boleh disesuaikan dan diubah suai untuk pelbagai citarasa Asia. Sembilan belas penghuni mengambil bahagian dalam program ini dan diakhir acara mereka dianugerakan sijil latihan yang disediakan.
Moga usaha murni ini dapat memberi lebih pendedahan kepada mereka agar lebih yakin untuk menempuh dunia luar dan mencari pendapatan sendiri. Pengalaman Maha satu hari program ini sangat seronok kerana Tengku Puan Pahang ini seorang yang peramah dan ceria tidak loket untuk berkongsi kemahiran masakan beliau. Korang juga boleh dapatkan hasil produk masakan seperti biskut dan kuih raya yang dijual di sekitar penjara ini. Sambil korang membeli sebenarnya korang menyokong kerja dan hasil penghuni penjara untuk yakin dan berani berniaga di luar sana nanti
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2018/11/program-beauty-behind-the-wall-melengkapkan-penghuni-penjara-bentong.html