Program Bayar Cukai Pengakuan Sukarela Dilanjut Hingga Jun


Bernama Setakat 31 Mac, pihak LHDN menerima sebanyak 381,979 pengakuan  sukarela berkenaan. PUTRAJAYA: Tempoh fasa pertama Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) dengan kadar penalti 10% daripada jumlah cukai yang dikenakan, akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2019.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jemaah menteri bersetuju untuk melanjutkan tempoh tersebut susulan sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan pembayar cukai.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata bagi tempoh setakat 31 Mac lepas, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 381,979 pengakuan sukarela berkenaan.

Fasa ke-2 PKPS dengan kadar penalti 15% daripada jumlah cukai dikenakan pula akan bermula pada 1 Julai 2019 dan tamat pada 30 September 2019.
“Mulai 1 Oktober 2019, kadar penalti sebanyak 45% ke atas akan dikenakan bagi mana-mana kesalahan tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) serta bagi kesalahan melaporkan cukai pendapatan yang berkurangan.

“Kerajaan berharap dengan lanjutan tempoh yang diberikan ini, lebih ramai pembayar cukai akan tampil menyertai PKPS bagi membolehkan mereka menikmati kadar penalti rendah dan seterusnya dapat mengurangkan bebanan cukai masing-masing,” katanya.

Lim berkata PKPS memberi fokus utama kepada pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar negara serta mempunyai pendapatan yang dijana dari dalam Malaysia namun belum melaporkannya kepada LHDN.

Kerajaan turut mengalu-alukan mana-mana pembayar cukai tempatan yang tidak mempunyai akaun bank di luar negara untuk membuat apa juga pengakuan secara sukarela berhubung punca pendapatan dari dalam Malaysia dan masih belum dilaporkan.

Beliau berkata, pengakuan sukarela pembayar cukai kategori individu boleh dibuat sehingga pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 manakala bagi pembayar cukai kategori syarikat pula membabitkan pendapatan sehingga tempoh perakaunan 31 Mac 2018.

“LHDN juga akan menerima setiap pengakuan sukarela dengan suci hati dan tindakan audit serta siasatan tidak akan dilakukan terhadap pengakuan tersebut,” katanya.

LHDN akan turut mengeluarkan surat pengesahan bagi setiap pengakuan sukarela yang diterima.
Surat kesahihan pelaporan cukai secara sukarela juga akan diberikan setakat 2017 untuk individu manakala 31 Mac 2018 untuk syarikat, katanya.

Selain itu, Lim berkata, LHDN juga mematuhi arahan kerajaan pada tahun lepas agar sebarang siasatan dijalankan tanpa ugutan atau ancaman termasuk menghentikan semua serbuan ke atas rumah atau pejabat pembayar cukai dengan diiringi anggota bersenjata dan lengkap memakai topeng muka.

“Sekiranya ada mana-mana pihak mengingkari arahan ini, pihak yang terkesan diminta membuat aduan kepada pihak LHDN atau Kementerian Kewangan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/program-bayar-cukai-pengakuan-sukarela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sri Mulyani Agen Asuransi Hingga Youtuber Punya Penghasilan Wajib Bayar Pajak

Sri Mulyani Agen Asuransi Hingga Youtuber Punya Penghasilan Wajib Bayar Pajak

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 238 hits
Pemerintah sebenarnya mengeluarkan aturan ini untuk menegaskan pemajakan terhadap konvensional sama dengan e commerce Sebab seluruh masyarakat baik pelaku konvensional e commerce Cleaning Service hingga Youtuber yang memiliki penghasilan wa...
Kerajaan Negeri Pahang Naikkan Cukai Balak Mulai 1 Jun 2018

Kerajaan Negeri Pahang Naikkan Cukai Balak Mulai 1 Jun 2018

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 328 hits
LIPIS Kerajaan negeri Pahang menaikkan cukai balak berkuatkuasa 1 Jun tahun 2018 selepas lebih 31 tahun tidak berbuat demikian Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kenaikan itu dilakukan dalam kadar yang munasabah da...
Lhdn Minta Najib Bayar Cukai Rm1 5b

Lhdn Minta Najib Bayar Cukai Rm1 5b

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 302 hits
Dua hari menjelang perbicaraan mahkamahnya bekas perdana menteri Najib Razak diminta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membayar RM1 5 bilion The Edge Markets melaporkan bahawa bil untuk tempoh 2011 2017 itu merupakan jumlah lain dari cu...
Lhdn Kejar Bekas Menteri Menteri Sekarang Jika Tak Bayar Cukai Dr Mahathir

Lhdn Kejar Bekas Menteri Menteri Sekarang Jika Tak Bayar Cukai Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 348 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bukan sahaja bekas menteri kerajaan terdahulu sahaja yang akan dikejar Lembaga Hasil Dalam Negeri sekiranya tidak membayar cukai Perdana Menteri turut menegaskan barisan Menteri kabinet PH ...
Aplikasi Investasi Ajaib Berikan Bonus Investasi Gratis Hingga Rp 1 Juta

Aplikasi Investasi Ajaib Berikan Bonus Investasi Gratis Hingga Rp 1 Juta

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 272 hits
Setelah berhasil meraih ribuan pengguna di kuartal pertama tahun ini aplikasi investasi Ajaib resmi meluncurkan fitur referral dimana pengguna dapat memberikan teman temannya reksa dana gratis
Tempahan Blog Terbaru Hingga Feb 2019

Tempahan Blog Terbaru Hingga Feb 2019

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 393 hits
Assalamualaikum malam ni aku nak update tempahan blog terbaru setakat ini Harap korang boleh cuci mata dan kalau berminat dengan trademark design aku boleh cepat cepat what apps sebelum offer 2019 berakhir ya Harga insyaallah sangat mampu m...
Demo Tolak Pabrik Semen Di Samarinda Ricuh Batu Hingga Busur Beterbangan

Demo Tolak Pabrik Semen Di Samarinda Ricuh Batu Hingga Busur Beterbangan

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 205 hits
Demo mahasiswa di depan kantor Gubernur Kaltim Jalan Gadjah Mada Samarinda berujung ricuh Senin Sedikitnya tujuh mahasiswa polisi dan Satpol PP mengalami luka luka Para demonstran menolak pabrik semen di Kutai Timur
Guna Suhu Aircond 24 Hingga 26 Darjah Celcius Sahaja Nasihat Tnb

Guna Suhu Aircond 24 Hingga 26 Darjah Celcius Sahaja Nasihat Tnb

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 294 hits
Walaupun sudah ada beberapa tempat di landa hujan lebat pada sebelah tempat masih ada juga kawasan kawasan lain yang mengalami panas kering Cuaca panas tersebut membuatkan orang ramai terpaksa mencari tempat yang dingin dan memasang aircond...
Kerajaan Negeri Terengganu Beri Caj Percuma Wad Kelas Tiga Jun Ini

Kerajaan Negeri Terengganu Beri Caj Percuma Wad Kelas Tiga Jun Ini

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 316 hits
Gambar TeganukitaKerajaan Negeri Terengganu nampaknya meneruskan pemerintahan berkesan mereka di bawah PAS apabila pada Jun ini mereka akan melaksanakan caj percuma bagi wad kelas tiga di hospital kerajaan negeri Walaupun ia diakui ada sedi...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan