Program Bantuan Rawatan Kanser Nmcares



Hari ini, masyarakat sudah mula ambil berat tentang masalah kesihatan dan mula melakukan gaya hidup sihat. Tetapi, ilmu dan pengetahuan tentang kanser dan penyakit lain harus kita ambil peduli. Ini kerana, ilmu itu bukan sahaja untuk diri kita. Tetapi untuk ibu bapa, adik-beradik, anak-anak, kenalan terdekat dan masyarakat sekeliling kita. Apa yang paling merisaukan apabila mendengar kos-kos rawatan dan rawatan susulan yang perlu dihadiri mengikut tarikh serta masa janji temu. Ruby ingin berkongsi tentang program yang wajib kita semua tahu dan ada Pakej Pemeriksaan Kanser PERCUMA kepada 200 pesakit baru, berdasarkan siapa cepat dia dapat. Best kan? Terima kasih Nilai Medical Centre

Program Bantuan Rawatan Kanser NMCaresRuby masih ingat lagi ketika insan tersayang mengalami kanser. Ibu saudara, atok, saudara-mara, kenalan rapat dan berita dari masyarakat sekeliling melalui media semasa. Semuanya mengalami masalah emosi yang teruk disebabkan masalah kewangan dari kos rawatan kanser mereka. Apabila mereka stress, pasti mereka sukar untuk berfikiran positif dan sukar melakukan rawatan secara konsisten mengikut tarikh janji temu. Dari bab kewangan, peluang untuk mereka sembuh pun ambil masa yang lama. Mereka juga selalu dalam ketakutan, asyik memikirkan kesakitan. Ruby pun rasa simpati dengan keadaan mereka. Apa yang Ruby boleh lakukan adalah memberi sokongan moral, bertanya khabar dan bantu mana yang termampu. Walaupun tidak banyak. Tapi tetap ada.
Ruby ada terbaca tentang Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares baru-baru ini. Jadi, Ruby ingin kongsikan maklumat tersebut kepada anda semua. Semoga berita ini dapat dipanjangkan kepada mereka yang memerlukan. Ia adalah inisiatif yang bagus di antara Nilai Medical dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Nilai Medical telah melancarkan Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares dengan peruntukan RM8 juta yang akan disalurkan sepanjang tempoh lima tahun untuk mengurangkan kos rawatan pesakit kanser di Malaysia dan dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 
Ramai yang berasa khuatir lebih-lebih lagi dengan komitmen wang yang diperlukan untuk rawatan kanser. Oleh itu, bantuan ini dapat serba sedikit meringankan beban. Mereka tidak sepatutnya bersendirian dalam tempoh masa ini. Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares dibangunkan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan merupakan sebuah ekspresi legasi Nilai Medical selaku peneraju pusat rawatan kanser yang berdiri teguh sejak sekian lama. Sebelum ini, Nilai Medical dikenali sebagai Hospital Kanser NCI, ia kemudiannya telah dibangunkan sebagai hospital perubatan yang lengkap. Hari ini, Nilai Medical memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat secara menyeluruh dan bersama pasukan ahli onkologi yang berpengalaman, ia terus menawarkan penjagaan kesihatan berkualiti dan pilihan rawatan kanser yang terkini.


Jasmine Lau, Ketua Pegawai Eksekutif Nilai Medical dan Dr. Murallitharan Munisamy, Pengurus Besar & Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia ketika Pelancaran Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares oleh Pusat Perubatan Nilai, dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.
Pesakit kanser yang memenuhi syarat untuk menyertai Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares akan mendapat bantuan untuk menampung kos rawatan radioterapi mereka. Kerjasama Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dapat membantu pihak Nilai Medical untuk berhubung dengan pesakit kanser dari pelbagai latar belakang yang memerlukan bantuan kewangan. Inisiatif ini menyokong misi hospital untuk memberi pendidikan, penjagaan dan perkhidmatan sokongan kepada pesakit kanser dan juga penjaga mereka. 
Duta WeCare Sebagai Kaunselor Program
Duta WeCare NMCares dan Ahli Onkologi Nilai MedicalNilai Medical menyedari keperluan yang semakin meningkat untuk memastikan pengurusan rawatan sebaik mungkin bagi pesakit kanser dan penjaga mereka sepanjang menempuh perjalanan rawatan kanser yang amat mencabar emosi. Justeru, Nilai Medical telah menubuhkan pasukan Duta WeCare yang akan menjalankan peranan sebagai kaunselor program untuk membimbing pesakit yang memenuhi syarat ke dalam Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares. Mereka juga merupakan individu utama untuk dihubungi oleh pesakit kanser sepanjang mengikuti program rawatan. 
Perjalanan dalam menempuhi kanser tidak pernah mudah. Di Nilai Medical, selain memacu kecemerlangan onkologi, mereka ingin melengkapkan lagi proses rawatan kanser dengan penuh empati dan solidariti. Sedikit sebanyak, ini dapat memberi sokongan kepada pesakit yang sedang melalui keperitan derita kanser. Dengan memudahkan, melancarkan dan mengambil kira suara pesakit kanser. Semua ini akan dapat membantu mereka untuk fokus terhadap rawatan dan kekal positif. Pastinya, Nilai Medical mahu menawarkan penjagaan kesihatan berkualiti kepada sesiapa sahaja yang melangkahkan masuk.
Bagaimana Untuk Memohon Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares
🎉 Langkah 1:Bagi Pesakit BaruLengkapkan Borang Pendaftaran yang tersedia di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di Nilai Medical

ATAU
Bagi Pesakit Sedia AdaSila kongsi nama dan maklumat hubungan anda agar Nilai Medical dapat memproses langkah seterusnya

🎉 Langkah 2: Duta WeCare Nilai Medical yang berdedikasi akan menghubungi anda untuk membuat janji temu dengan Pakar Onkologi

🎉 Langkah 3: Lengkapkan borang permohonan rasmi dan hantarkan dengan dokumentasi sokongan berikut:
👉 Borang Permohonan yang telah diisi👉 Salinan Kad Pengenalan👉 Salinan Kad Pengenalan Keluarga / Pengasuh👉 Penyata KWSP terkini ATAU
👉 Penyata Cukai Pendapatan Terkini ATAU👉 Slip gaji 3 bulan terkini ATAU👉 Penyata Bank Terkini
🎉 Langkah 4: Duta WeCare Nilai Medical akan menghubungi anda untuk memberi nasihat mengenai status permohonan anda dalam masa 3-5 hari bekerja

Informasi Tentang Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares ✅ Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares ini hanya untuk pesakit yang menjalani rawatan radioterapi sahaja
✅ Ia untuk semua jenis kanser dan peringkat kanser.✅ Rawatan radioterapi yang akan diperuntukkan kepada pesakit adalah berbeza untuk setiap pesakit. Setelah berunding dengan Pakar Onkologi Nilai Medical, anda akan diberitahu mengenai rancangan rawatan peribadi anda. Semua rancangan rawatan, kos bertulis akan diberikan dan dijelaskan kepada anda. Selepas itu anda boleh mengemukakan permohonan bantuan kewangan di bawah Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares
✅ Pesakit dari hospital lain, dan baru sahaja selesai menjalani rawatan radioterapi perlu mengisi Borang Pendaftaran agar pihak Nilai Medical dapat mengetahui maklumat anda fan seterusnya memproses permohonan anda
✅ Pesakit dari hospital lain yang menjalani rawatan dari doktor terkenal untuk rawatan barah mereka tidak perlu khuatir dengan prestasi Nilai Medical. Di Pusat Perubatan Nilai, mereka memberi tumpuan kepada dua aktiviti utama: Rawatan Kanser dan Penyelidikan Klinikal. Pasukan Ahli Onkologi yang berpengalaman menawarkan rawatan berkualiti dan pilihan rawatan terkini kepada semua pesakit barah. Nilai Medical ditubuhkan pada tahun 1999 dan Pusat Perubatan Nilai telah membina warisannya sebagai kemudahan rawatan kanser
✅ Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares adalah untuk pesakit yang membayar sendiri. Jika pesakit kanser ingin membayar melalui tuntutan insurans perubatan mereka. Anda boleh menghubungi ejen insurans untuk mengetahui sama ada polisi insurans anda membenarkan atau tidak
✅ Bayaran untuk setiap rawatan radioterapi dibayar sebelum sesi rawatan dan tidak akan dikembalikan. Anda boleh memutuskan untuk menghentikan rawatan untuk sesi berikutnya atau susulan dan dengan itu, pembayaran tidak perlu dibuat
✅ Kerjasama dengan National Cancer Society Malaysia (NCSM) adalah inisiatif yang bertujuan menjangkau spektrum pesakit kanser yang lebih luas yang memerlukan bantuan kewangan. Pesakit baru, pesakit sedia ada atau pesakit yang dirujuk dari National Cancer Society Malaysia (NCSM) akan menjalani proses permohonan yang sama

Pakej Pemeriksaan Kanser PERCUMA
Sempena pelancaran program ini, Nilai Medical juga menawarkan Pakej Pemeriksaan Kanser PERCUMA kepada 200 pesakit baharu atas dasar “first-come, first-served”. Gunakan kod RUBYCS2020 semasa mendaftar. Pakej itu tersedia sehingga 30 Ogos 2020. Jangan lepaskan peluang!


Mengenai Nilai Medical CentreNilai Medical Centre (Nilai Medical) ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai institut kanser yang memberi keutamaan kepada penyelidikan klinikal. Pada tahun 2005, ia dinamakan sebagai NCI Cancer Hospital dan menjadi pusat pakar swasta pertama di Malaysia yang fokus pada rawatan kanser dan penyelidikan klinikal.
Selaras dengan pelan perkembangan, ia dinamakan semula sebagai NCI Hospital pada tahun 2009 dan Nilai Medical Centre pada tahun 2012. Kini, ia merupakan sebuah pusat perubatan yang manawarkan pelbagai disiplin dan rawatan seperti Kardiologi, Dermatologi, Ortopedik, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, ENT, Radiologi, Pembedahan Umum, Fisioterapi, Psikiatri dan sebagainya.
Nilai Medical amat menitik berat kesihatan dan kesejahteraan komunitinya. Melalui kepakaran perubatan, kecemerlangan kejururawatan dan perkhidmatan berorientasikan pelanggan, Nilai Medical memastikan pesakit menerima penjagaan profesional dan pemulihan segera, dikelilingi oleh suasana persekitaran yang mesra dan prihatin.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares, sila hubungi Duta WeCare di [email protected] / 010–219 9838 

Website | Facebook | Instagram



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2020/07/program-bantuan-rawatan-kanser-nmcares.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Pelawak Kumin Ku2 Diserang Angin Pasang Perlu Bantuan Bomba Untuk Dapatkan Rawatan Di Hospital

Hiburan Pelawak Kumin Ku2 Diserang Angin Pasang Perlu Bantuan Bomba Untuk Dapatkan Rawatan Di Hospital

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 384 hits
Pelawak dan bekas penyanyi duo Kumin KU2 baru baru ini dilaporkan telah digegaskan ke hospital akibat diserang angin pasang setelah mengadu kebas seluruh anggota badan Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail 49 dibawa ke Hospital Ampang ...
2190 Orang Sertai Program Rawatan Dan Pemulihan Kecelaruan Gender Sejak 2019 Jakim

2190 Orang Sertai Program Rawatan Dan Pemulihan Kecelaruan Gender Sejak 2019 Jakim

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 290 hits
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memandang serius usaha mereka untuk membendung dan membantu proses pemulihan golongan LGBT Hal ini dilihat melalui sebuah gerakan yang dirancang dengan pelbagai program dan modul yang telah dilakukan agar mer...
Emtek Peduli Corona Salurkan Bantuan Sembako Dan Masker Ke Pemkab Kuningan

Emtek Peduli Corona Salurkan Bantuan Sembako Dan Masker Ke Pemkab Kuningan

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 223 hits
Sebanyak 500 paket sembako dan 500 masker kain telah diterima langsung oleh Bupati Kuningan H Acep Purnama
Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Cara Permohonan Semakan

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Cara Permohonan Semakan

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 368 hits
SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR CARA PERMOHONAN SEMAKAN Melalui skim baru ini ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bula...
Ibu Dikarantina Sebulan 5 Anaknya Bertahan Hidup Dengan Uang Rp 500 000 Bantuan Datang Saat Kabarnya Viral

Ibu Dikarantina Sebulan 5 Anaknya Bertahan Hidup Dengan Uang Rp 500 000 Bantuan Datang Saat Kabarnya Viral

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 272 hits
Seorang ibu rumah tangga di Kabupaten Jombang Jawa Timur harus menjalani karantina di rumah karantina Lapangan Tenis Indoor Jombang Ibu rumah tangga bernama Zulfadli Mursidah warga Desa Kepuhkembeng Kecamatan Peterongan Kabupaten Jombang ha...
Hanya Disuruh Foto Telah Terima Bantuan Namun Saya Dan Istri Tak Terima Dananya

Hanya Disuruh Foto Telah Terima Bantuan Namun Saya Dan Istri Tak Terima Dananya

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 343 hits
Kinem ibu penderita kanker Kecamatan Wonosamudro Boyolali Jawa Tengah mengaku telah didatangi sejumlah donatur Hati Kinem sempat terbersit harapan ketika dirinya diminta untuk berfoto sambil memegang kertas bertuliskan bantuan uang senilai ...
Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Rm77 Dari Tnb

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Rm77 Dari Tnb

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 518 hits
Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Dari TNBAku terima notis dari TNB yang mengatakan aku bakal menerima bil Elektrik bulan Julai 2020 dan penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik yang akan dihantar kepada aku melalui pos dalam tempoh tu...
Kakitangan Awam Pahang Dapat Bantuan Khas Kewangan Rm500

Kakitangan Awam Pahang Dapat Bantuan Khas Kewangan Rm500

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 333 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang hari ini telah mengumumkan pembayaran Bantuan Khas kewangan sebanyak RM500 seorang kepada kira kira 8 000 penjawat awam di Pahang ianyanya merangkumi Gred JUSA hingga kebawah Pengumuman dibuat oleh Menteri Bes...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport