Program Bantuan Isejahtera Rm100 Rm200 Setahun


PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA UNTUK IBU TUNGGAL, WARGA EMAS, OKU, SURIRUMAH, PELAJAR DAN BAYI
Sukacita dimaklumkan, seramai 273,590 penerima program i-Sejahtera di Pulau Pinang bakal menerima pembayaran secara pemindahan dana elektronik (EFT) bagi Fasa 1/2025 mulai 12 Mac 2025.
Pembayaran ini melibatkan 205,042 penerima Program Penghargaan Warga Emas (PPWE), 10,298 Program Bantuan Ibu Tunggal (PBIT), 43,104 Program Suri Emas (PSE) dan 15,146 penerima program bantuan orang kurang upaya (OKU).
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Program Bantuan iSejahtera 2025.
Program Bantuan iSejahtera – Pengenalan Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.
Sistem iSejahtera ini digunakan oleh pelbagai pihak bagi urusan yang melibatkan permohonan, pendaftaran, pengemaskinian, pengesahan permohonan, dan pengurusan pembayaran. Pihak yang menggunakan sistem iSejahtera ini ialah:
Orang awam Pusat Khidmat (KADUN) dan Parlimen,Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) Selain itu, sistem ini juga akan diperluas lagi untuk sebarang program-program kebajikan negeri pada masa akan datang.
BACA JUGA: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan (BWE JKM)
Jenis Bantuan iSejahtera 2025 Terdapat beberapa jenis program bantuan yang boleh dimohon bagi tahun 2025 iaitu:
Program Penghargaan Warga Emas Program Bantuan Ibu Tunggal Program Suri Emas Program Bantuan OKU Program Anak Emas Program Bantuan Teksi & Bas Sekolah Syarat Bantuan iSejahtera Syarat utama program i-Sejahtera adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU).
Syarat-syarat lengkap bagi setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh rujuk di bawah:
1. PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS 1.Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN 
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Waris.
3.Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
2. PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
3.Bercerai atau kematian suami
4.Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
5.Tidak berkahwin semula.
6.Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
3. Sijil Kelahiran salah seorang anak.
4.Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
5.Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
6. Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
7.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
3. PROGRAM SURI EMAS SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia.
2.Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.
3.Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap.
4.Wanita masih berumahtangga.
5.Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN 
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Suami.
3.Salinan Sijil Perkahwinan.
4.Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
5.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
4. PROGRAM BANTUAN OKU SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia.
2.Menetap di Negeri Pulau Pinang.
3.Pemohon mestilah seorang OKU yang memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara tidak terhad kepada JKM Pulau Pinang sahaja)
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN 
1.Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.Salinan Kad Pengenalan Waris.
3.Salinan Kad Pendaftaran OKU.
4.Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon/waris. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
5. PROGRAM ANAK EMAS SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2. Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.
3. Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN 
1.Salinan Sijil Kelahiran anak.
2.Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
3.Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4.Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
6. PROGRAM BANTUAN TEKSI & BAS SEKOLAH SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF TEKSI:
Warganegara Malaysia Berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH. Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Memiliki Kad Pemandu (Teksi/Kereta Sewa/Teksi Lapangan Terbang/Limosin/Teksi Mewah) Menjalankan perkhidmatan teksi di Negeri Pulau Pinang sahaja Berdaftar dengan PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) KLIK UNTUK CONTOH DOKUMEN. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK BANTUAN INSENTIF TEKSI:
(Sila Muat Naik Dokumen secara atas talian)
Salinan Kad Pengenalan Pemohon Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Salinan Kad Pemandu (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan) Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif) Maklumat Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF BAS SEKOLAH:
Warganegara Malaysia Berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH. Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Memiliki Permit Bas Sekolah yang masih sah tempoh laku Menjalankan perkhidmatan bas sekolah di Negeri Pulau Pinang sahaja Pemohon individu/syarikat hanya layak memohon maksimum dua (2) permit bas sekolah sahaja. Berdaftar dengan PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) KLIK UNTUK CONTOH DOKUMEN. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK BANTUAN INSENTIF BAS SEKOLAH:
(Sila Muat Naik Dokumen secara atas talian)
Salinan Kad Pengenalan Pemohon Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Salinan Permit Bas Sekolah (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan) Salinan Lengkap Setiap Helaian Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. (Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif) Salinan dokumen sokongan sekiranya tidak menggunakan akaun bank syarikat. Maklumat Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan) Maklumat Caruman SOCSO (sekiranya pemilik atau bekerja dengan majikan) SEKIRANYA BUKAN PENGUNDI PULAU PINANG:
Ambil masa 1-2 bulan untuk pertukaran selesai. Semakan boleh dibuat dari masa ke semasa di LAMAN WEB RASMI SPR. Tukar Kad Pengenalan mengikut Alamat Pulau Pinang di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Setelah mendapat Kad Pengenalan yang baharu, terus ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri untuk pertukaran Alamat tempat mengundi Cara Pendaftaran iSejahtera Pemohon yang ingin memohon bantuan ini boleh mendaftar secara atas talian (online).
Permohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
Daftar secara atas talian (online):
Bagi permohonan online, sila daftar di https://isejahtera.penang.gov.my
Kemudian, sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.
Semak No Kad Pengenalan Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

Semakan Status Status pendaftaran boleh disemak melalui Portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status.
Selain itu, semakan juga boleh dilakukan dengan log in masuk ke akaun pemohon di butang Login Pemohon.
Pemohon juga boleh menghubungi Pejabat Daerah, Pusat Khidmat KADUN, Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program Bantuan OKU) untuk menyemak status pendaftaran.
Jumlah Bantuan BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN
Program Penghargaan Warga Emas : RM200.00 Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100.00 Program Suri Emas : RM100.00 Program Bantuan OKU : RM200.00 BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF
Program Anak Emas : RM200.00 Khairat Kematian : RM1,000.00 Tarikh Pembayaran Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.
Pembayaran Fasa 1/2025 bagi Program i-Sejahtera, iaitu Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal, Program Suri Emas, dan Program Bantuan OKU akan dilaksanakan mulai 12 Mac 2025.
Permohonan yang dikemukakan selepas 10 Feb akan menerima bantuan pada Fasa 2/2025.
Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.
Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
Cara Pembayaran Pembayaran i-Sejahtera dilakukan secara TUNAI dan Electronic Funds Transfer (EFT).
Sekiranya pemohon telah memilih kaedah TUNAI, pemohon boleh membuat pengemaskinian melalui memilih kaedah EFT dengan mengemukakan salinan dokumen akaun bank yang terkini melalui sistem.
Jika pemohon tidak mempunyai bank akaun, pemohon boleh membuat pilihan untuk mengemukakan akaun bank bersama waris (joint account) atau membuat perakuan bagi pembayaran ke atas akaun waris yang berumur 18 tahun dan ke atas.
BACA JUGA: Bantuan Khas Usahawan Ibu Tunggal Anggun Niaga
Maklumat Lanjut Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/app/panduan/panduan.pdf
Atau, layari: https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/program-bantuan-isejahtera/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-bantuan-isejahtera

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 177 hits
Program Sentuhan Kasih Rakyat Inisiatif Bantuan RM300 Untuk Golongan Miskin di Sabah Sabah adalah salah satu dari empat buah negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional Bilangan isi rumah di bawah mi...
Jadual Str 2025 Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1 2 3 4

Jadual Str 2025 Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1 2 3 4

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 155 hits
Kerajaan akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 mulai esok 22 Januari 2025 secara berperingkat Melalui Belanjawan 2025 Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2 3 bilion kepada 8 3 juta penerima yang layak Bagi penerima Sumbangan ...
Saya Tak Kaya Mana Tapi Elly Mazlein Sebak Terkenang Nasib Kanak Kanak Memerlukan Mahu Terus Hulur Bantuan

Saya Tak Kaya Mana Tapi Elly Mazlein Sebak Terkenang Nasib Kanak Kanak Memerlukan Mahu Terus Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 83 hits
Sering dilihat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya golongan kanak kanak pelakon dan penyanyi Elly Mazlein berkata usaha baiknya itu bermula apabila dia bertemu dengan penghidap kanser mata tahap empat arwah Alisa ...
Cikgu Dimarahi Bagi Bantuan Sekolah Tidak Mencukupi Rupanya Si Ayah Telah

Cikgu Dimarahi Bagi Bantuan Sekolah Tidak Mencukupi Rupanya Si Ayah Telah

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 111 hits
Ibu Bapa Terpaksa Gunakan Bantuan Persekolahan Untuk Keperluan Dapur Kuala Lumpur 18 Januari Bantuan awal persekolahan yang sepatutnya digunakan untuk keperluan pendidikan anak anak kini terpaksa digunakan oleh sebilangan ibu bapa untuk mem...
Majlis Serahan Bantuan Awal Persekolahan Di Smk Merotai Besar

Majlis Serahan Bantuan Awal Persekolahan Di Smk Merotai Besar

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 129 hits
Usai Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di SMK Merotai Besar Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi meneruskan lawatan ke SMK Kalabakan di Tawau Sabah Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat keper...
Kakitangan Kerajaan Perlis Didakwa Seleweng Bantuan Mualaf Lebih Rm100k

Kakitangan Kerajaan Perlis Didakwa Seleweng Bantuan Mualaf Lebih Rm100k

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 113 hits
SITI NUR ZAWANISeorang kakitangan jabatan kerajaan negeri Perlis didakwa menyeleweng wang bantuan untuk mualaf yang berjumlah RM132 000 Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata suspek berusia 28 tahun itu dipercayai sudah melak...
Ypkdt Permohonan Bantuan Peralatan Asas Perniagaan Kini Dibuka

Ypkdt Permohonan Bantuan Peralatan Asas Perniagaan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 109 hits
Permohonan Bantuan Peralatan Asas Perniagaan Oleh Yayasan Pembangunan Keluarg Darul Takzim kini DibukaSatu inisiatif Kerajaan Negeri Johor dibawah YPKDT bagi memperkasa ekonomi wanita dan golongan sasar yang telah dibentangkan oleh YAB Dato...
Bantuan Tunai Rahmah Kategori Bujang Keluarga

Bantuan Tunai Rahmah Kategori Bujang Keluarga

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 159 hits
BANTUAN TUNAI RAHMAH STR 2025 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH BPN BPR BTR dan BKM Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan dis...
Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Balik Asrama

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Limau Nipis Rebus Sembuhkan Kencinh Manis Kronik

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Day 1 Road Trip Ke Yala Narathiwat

Kota Para Dewa Rahsianya Masih Tersembunyi

Lotto888 Top 67 By Jonah Lot888 Net 3 25

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

Character Is The Final Judge Of Malaysians Irrespective Of Race Or Religion

Pointless To Argue Over Differences In Opinion