Dari Kedai Makan Ah Chew Banting Ke Food Festival Pantai Morib 14 Jun 2024 Hingga 23 Jun 2024
15 June 2024 Sabtu, Dalam kul 11 , "makcik cakap ngan Daus, jom keluar". "Daus balas , ekk? ingatkan hari ni mak nak duk umah je". Makcik tanya, "Daus ada nak buat apa-apa ke? Nak belajar ke? Atau ada tutor online ke? Daus cakap takde. Daus tanya, "Mak nak gi mana? "Makcik balas, "Adalah, ko siap cepat!" "Kalau boleh, mak nak sampai tempat tu sebelum kul 2."
Pukul 11.56, makcik gerak dari rumah. Makcik naik Indriver. Dalam keta, makcik bagitau Daus, "Dik, mak nak gi kedai Ah Chew nak makan mee hailam. Lama dah mak tak makan mee hailam, tiba-tiba teringin plak.
Terakhir mak makan mee hailam kedai Ah Chew, tahun 2010. Adik makan nasi goreng cina. Masa tu adik 5 tahun, sekarang adik dah 19 tahun. Maksudnya, dah 14 tahun mak tak gi kedai Ah Chew ."Sambil bercerita, makcik tunjuk kat Daus gambar dia tengah makan nasi goreng cina kat kedai Ah Chew. Bambam sungguh Daus pada masa tu, ha ha ha
Masa makcik kecil dulu, arwah ayah selalu bawak kami sekeluarga makan di sini. Sekitar tahun 70an dorang berniaga dalam Pasar Banting , kalau tak silap makcik
Sedang merenung masa depan.ha ha ha
Daus 2024.Abaikan acne patch Daus
Daus 2010, 14 tahun dulu, di tempat makan yg sama, cuma tahun, masa dan hari berbeza.
Kalau korang perasan , garpu ngan sudu direndam dlm air panas cam wajib ada kat kedai hailam kan
Kedai Hailam dan air barli berpisah tiada
Wajib order roti bakar majerin kaya
Daus makan nasi goreng ikan masin
Lamanya tak makan mee hailam daging. Oklah cuma rasa tak sama cam dulu
Memandangkan hari tu panaih lit lit, 2 gelas barli ais tak cukup, tambah lagi segelas
Dari kedai makan Ah chew, makcik ambik grab ke Dataran pantai morib, kat sana ada event Food Festival, berlangsung 10 hari dari 14 June 2024 hingga 23 June 2024. Jomlah pakat2 datang beramai2 memeriahkan event ni .Ada artis bandi amuk, chombi wat persembahan kat sini.
Banyak giler pilihan makanan, ada lebih kurang 70 vendor yg menjual makanan yg sedap2. Apa je korang nak, makanan viral, makanan tak viral semua ada. Berbagai jenis jeruk, desert, makanan berat2, makanan melayu, makanan thai, buahan segar,jeli ball, kambing gril, ayam spicy korea, chicken ice krim, makanan korea, air viral, penat makcik nak taip satu2, ada lebih kurang 100 jenis makanan dijual kat sini.
Masa makcik gi, org tak ramai. Makcik syak dorang datang malam, siang panas lit lit
Tangmo pernah makan sekali kat kedai kukus jalan tepi sungai klang. Rasa boleh tahan sedap.
Baguslah dorang rajin datang
Makcik beli buah potong kat sini. Sedap buah2 dia, manis.
Makcik perasan, ada banyak tong sampah disediakan. senang nak buang sampah. Bagus lah mcm tu takde pengunjung buang sampah merata-rata.
Daus terai samyang ayam cheese pedas
Makcik perasan, zaman sekarang ni,kebanyakan perniaga makanan memikat pengunjung dengan lagu2. Ha ha ha
Sedap, daging lembut, cukup semua rasa
Kambing gril ni Rm25 tuk 2 org makan. Sepanjang event kalau korang berbelanja lebih dari RM20 korang berpeluang memenangi kereta. Lepas makcik bayar kambing gril, owner port ratu kambing bagi makcik kupon cabutan bertuah, Makcik suruh Daus isi kupon dan masukkan dalam kotak cabutan bertuah. Mana tau ada rezeki dapat kereta. Insyaallah
Kat event ni ada juga taman Dinasour, mini zoo, rumah hantu, apa lagi ye, tak ingatlah. Korang gi jelah, sempat lagi. 23 Jun ni last.
Hamster, sugar glider
Kucing dikira haiwan eksotik ke. Ha ha ha
Macam2 haiwan eksotik ada cth ular sawa, sugar glider, hamster, kura, lipan, biar betul, lipan ke. Makcik agak je. Ha ha ha Korang datang sendirilah, tengok. Makcik tak boleh nak fokus dek kerana menahan nafas. Boleh tahan bau pering. Ha ha ha
Pestime makcik tengok iguana
Kambing pun ada ko. Ha ha hal
Bayaran masuk RM5, tahan nafas sikit, boleh ambil gambar, video, nak apa lagi kan.
Food Festival Pantai MoribDataran Pantai Morib
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2024/06/dari-kedai-makan-ah-chew-ke-food.html