Program Affiliate Klikjer
Apa Itu Program Affiliate Klikjer?
Kalau anda pernah dengar tentang affiliate marketing, anda juga mungkin pernah dengar tentang program Affiliate Klikjer.
Tapi sebelum kita nak terus bercerita mengenai program affiliate klikjer ni, mungkin ada baiknya kita sentuh serba sedikit, perkara asas mengenai program affiliate terlebih dahulu.
Apa itu program affiliate?
Program affiliate adalah suatu program yang anda boleh sertai sekiranya anda berhasrat untuk menjana pendapatan tambahan diinternet.
Dalam program ini, kita akan mendaftar untuk menjadi seorang ejen pemasaran bagi sebuah syarikat dalam talian.
Sebagai ejen pemasaran, tugas kita adalah mempromosikan produk yang dijual oleh syarikat tersebut, dan kita akan dibayar komisen sekiranya berjaya hasilkan jualan.
Bila sebut tentang affiliate marketing, lazimnya kerja-kerja pemasaran ini kita hanya perlu fokus secara online sahaja.
Manakala untuk platform pemasaran pula, kita boleh gunakan platform media sosial, blog, email, sistem mesengger seperti whatsapp dan telegram, dan sebagainya.
Kalau anda masih agak baru dengan konsep program dan pemasaran affiliate, anda boleh baca posting saya yang terdahulu.
Baca disini: Apa itu affiliate marketing
Apa Itu Program Affiliate Klikjer?
Sekarang kita akan masuk kepada pengenalan bagi program affiliate klikjer pula.
Program Affiliate Klikjer adalah salah satu daripada banyak program affiliate yang kita boleh sertai untuk menjana pendapatan tambahan secara online.
Dekat luar sana terdapat pelbagai program affiliate.
Klikjer ini adalah salah satu program yang anda boleh pertimbangkan.
Penyertaan adalah percuma.
Sebagai ejen affiliate Klikjer, kita boleh hasilkan komisen dengan mempromosikan pelbagai ebook berkualiti tinggi yang dijual menerusi platform tersebut.
Klikjer didaftarkan dibawah nama Klikjer Publishing (002746251-P).
Syarikat ini berpengkalan di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Produk yang dijual di platform ini adalah produk digital.

Ini bermakna, pihak klikjer, tidak mengenakan sebarang caj penghantaran yang akan menyebabkan jumlah yang perlu dibayar oleh pembeli menjadi lebih tinggi berbanding harga asal.
Kalau produk di platform Klikjer dijual dengan harga RM100, maka itu sahajalah yang perlu dibayar.
Tiada sebarang caj tambahan ataupun caj tersembunyi.
Berapa Komisen Yang Ditawarkan?
Untuk setiap jualan yang berjaya dihasilkan melalui link affiliate anda, anda akan menerima komisen sehingga 50% daripada harga jualan.
Sebagai contoh, kalau anda berjaya dapatkan jualan untuk ebook berharga RM100, maka anda boleh dapat komisen sebanyak RM50.
Senang nak kira, kan?
Tiada sebarang had, berapa banyak yang anda boleh hasilkan melalui program ini.
Lagi banyak jualan yang anda berjaya hasilkan, maka lagi besar potensi pendapatan yang bakal anda perolehi.
At the end of the day, usaha dan kerajinan kita yang akan jadi faktor penentu, berapa banyak yang kita bakal hasilkan menerusi program ini.
Apa Itu Konsep 1-Tier Affiliate?
Terdapat satu keunikan dalam program Klikjer yang anda patut tahu, iaitu mereka menawarkan konsep 1-Tier Affiliate.
Apa maksudnya?
Maksudnya, selain fokus untuk mendapatkan jualan produk, anda juga boleh rekrut orang lain sebagai ejen affiliate di bawah anda.
Setiap kali ejen bawah anda berjaya buat jualan, anda akan menerima komisen 5% sebagai “overriding”.
Contohnya:
Anda mengajak Azman untuk sertai Klikjer sebagai ejen affiliate.
Kemudian, Azman berjaya jual ebook berharga RM100. Komisen yang Azman akan dapat ialah sebanyak 50%, iaitu RM50.
Anda pula akan dapat 5% daripada jualan tersebut (iaitu RM5), walaupun bukan anda yang buat jualan.
Konsep ini membolehkan anda menikmati income tambahan dari usaha pemasaran yang dijalankan oleh ejen dibawah rangkaian anda.
Ya, konsep ini ada sedikit persamaan dengan konsep network marketing.

Kadang-kadang bila kita buat pemasaran secara online, kita tak kenal pun siapa yang daftar sebagai ejen menerusi link referal kita.
Tau-tau, bila kita semak senarai downline kita, ada ramai ejen yang dah berdaftar dibawah kita.
Cuba bayangkan, bila ada ramai orang yang kita sendiri tak kenal, mula daftar dan jadi ejen dibawah rangkaian kita.
Mereka ini pula sangat aktif menghasilkan jualan!
Bertambah-tambah best, kan?
Jadi dekat sini, terpulang pada anda, nak fokus kepada jual produk atau fokus untuk bina kumpulan.
Apa Yang Menarik Tentang Produk Klikjer?
Klikjer memang jaga kualiti produk mereka.
Semua ebook yang diterbitkan perlu melepasi piawaian dalaman yang mereka gelar sebagai piawaian “POWeR“.
Memandangkan saya sendiri biasa beli ebook yang diterbitkan oleh pihak Klikjer, saya boleh komen beberapa perkara mengenai produk yang dijual oleh pihak Klikjer.
(1) Produk yang menepati keperluan semasa
Klikjer adalah platform yang cukup pantas dalam mengeluarkan produk informasi yang menepati keperluan semasa.
Lazimnya, topik yang dipilih untuk dijadikan ebook adalah topik yang masih belum ada mana-mana syarikat yang terbitkan, tapi pihak Klikjer berjaya jadi yang terawal menerbitkan panduan tersebut.
Sebagai contoh, kalau anda berminat untuk menjana pendapatan menerusi bantuan teknologi Artificial Intelligence, saya percaya diluar sana tak banyak panduan yang anda boleh jadikan rujukan.
Kalau ada panduan sekalipun, ianya mungkin dikeluarkan oleh syarikat dari luar negara, ataupun panduan ringkas yang tak cukup lengkap untuk bantu anda bertindak sekarang juga.
Tapi pihak Klikjer berjaya terbitkan panduan yang cukup lengkap untuk anda.
Jika anda juga berminat, untuk mula buat duit menerusi artikel yang ditulis oleh perisian AI seperti ChatGPT, maka panduan ini memang sangat berguna untuk anda.
Saya percaya, panduan seperti ini memang agak mustahil untuk kita temui, sama ada di kedai buku ataupun di perpustakaan.
(2) Kandungan yang praktikal dan mudah diaplikasikan
Seterusnya adalah dari segi pengisian yang dimuatkan dalam ebook keluaran Klikjer.
Panduan yang diberikan memang mudah untuk difahami.
Anda boleh baca sambil praktikkan apa yang diajar.
Ianya memang ditulis supaya pembaca boleh terus praktikkan apa yang dibaca.
(3) Ditulis dengan bahasa yang mudah faham
Kebanyakkan ebook keluaran Klikjer ditulis dalam Bahasa Melayu.
Asalkan anda faham bahasa Melayu, anda pasti boleh faham kandungan ebook tersebut.
(4) Disusun dengan struktur yang kemas dan menarik
Ada editor yang peranannya untuk memastikan ebook tersebut menarik dan menggunakan kaedah penyampaian yang mudah difahami.
(5) Ditulis oleh penulis yang berpengalaman dalam bidang mereka
Penulis yang menulis ebook di klikjer adalah dalam kalangan mereka yang memang terlibat secara langsung dalam bidang yang dibincangkan.
Kalau ebook adalah tentang cara buat duit sebagai seorang Virtual Assistant atau VA, maka penulis ebook tersebut juga adalah seorang yang dah berjaya buat duit sebagai seorang VA.
(6) Mereka ini menulis berdasarkan kepada pengalaman sebenar.
Mereka kongsikan langkah demi langkah yang mereka sendiri lakukan sehinggalah mereka berjaya hasilkan kejayaan yang mereka kecapi.
(7) Memberi nilai sebenar kepada pembaca, bukan sekadar teori kosong
Anda tak perlu risau, sebabnya konten ebook ini adalah berdasarkan kepada pengalaman sebenar.
Bukan sekadar teori, ataupun kandungan yang diceduk dari pelbagai sumber lalu dikompilasikan untuk dijadikan sebuah ebook.
Kalau ebook yang macam ni, saya sendiri tak berminat nak baca.
Biasanya setiap ebook yang anda beli, akan didatangkan bersamanya dengan jaminan sokongan dari penulis ebook tu sendiri.
Kita andaikan yang anda dah beli ebook tersebut.
Anda dah baca dan cuba praktikkan.
Kemudian ada beberapa perkara yang anda kurang faham.
Anda boleh dapatkan khidmat sokongan dan bantuan dari penulis ebook tersebut.
Syaratnya ialah, anda perlu pastikan yang anda dah baca keseluruhan ebook tersebut.
Janganlah jadi macam sesetengah pembeli yang menyusahkan.
Dia beli ebook, tapi tak baca lagi.
Lepas tu banyak tanya pula, sedangkan jawapan bagi soalan yang ditanya tu semuanya dah ada dalam ebook.
(8) Ebook akan dikemaskini jika terdapat maklumat baru
Kebiasaannya, kalau terdapat maklumat baru, pihak klikjer akan kemaskini kandungan ebook dengan memasukkan maklumat-maklumat terbaru.
Sebagai pembeli versi yang terdahulu, mereka juga akan dapat edisi kemaskini secara percuma sahaja.
Dengan standard yang ada seperti ini, anda tak perlu risau nak promosikan ebook-ebook Klikjer.
Sebab anda tahu anda sedang promosikan produk yang berkualiti, yang boleh bantu pembeli dapatkan hasil yang mereka nak.
Ebook keluaran dari syarikat Klikjer, bukan macam sesetengah ebook lain yang dijual dipasaran.
Kadang-kadang syarikat lain, atau orang perseorangan ini, hasilkan ebook ibarat melepaskan batuk di tangga.
Ebook yang mereka hasilkan hanya sekadar alasan, untuk buat cukup syarat sebab nak jalankan program buat duit.
Pembeli yang beli ebook tersebut, akan rasa tertipu dan rasa tak puas hati.
Ini biasanya akan membuatkan pembeli bertindak menyebarkan cerita dan pengalaman buruk yang mereka lalui.
Pembeli juga mungkin akan minta wang dikembalikan, jika ebook yang dijual didatangkan bersamanya jaminan wang dikembalikan.
Tapi jangan risau.
Ebook keluaran Klikjer, semuanya berkualiti dan padan dengan harga yang dibayar.
Siapa Yang Sesuai Sertai Program Ini?
Pada asasnya, program affiliate Klikjer ini sesuai untuk semua orang.
Ya semua orang boleh sertai.
Tak ada sebarang halangan untuk anda mendaftar dan menyertai program ini.
Tapi jangan salah faham.
Boleh sertai tak bermakna anda boleh senang-senang buat duit melalui program ini.
Memang wujud individu yang join program ini, tapi langsung tak pernah merasa komisen dari program affiliate Klikjer.
Boleh jadi mereka ini sebenarnya tak tahu, apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja menyertai program ini.
Pada pandangan saya, individu seperti dibawah ini akan ada peluang yang lebih baik untuk menghasilkan komisen dari program ini.
(1) Blogger
Biasanya seorang blogger ini dah ada pengalaman dan kemahiran untuk hasilkan konten.
Kalau dia dah menulis agak lama, biasanya blognya sudah mempunyai trafik yang agak konsisten. Lazimnya, pembeli adalah dari kalangan pelawat dan pembaca setia blognya.
(2) Influencer
Atau sesiapa sahaja yang mempunyai pengikut di platform media sosial.
Seorang influencer ini, sudah memiliki audiens yang agak besar. Jadi, tak sukar untuk bercerita dihadapan audiens mereka dan cuba mengesyorkan mereka untuk beli ebook dari platform Klikjer.
(3) Freelance marketer
Individu yang memang bekerja dalam bidang pemasaran, tak kiralah sama ada secara sepenuh masa ataupun yang bekerja secara freelance, juga ada potensi untuk buat duit menerusi program affiliate ini.
Lazimnya individu seperti ini mempunyai kelebihan kerana mempunyai pengetahuan dan juga pengalaman yang banyak dalam bidang pemasaran.
(4) Sesiapa yang serius nak buat duit online
Kalau anda serius nak buat duit, anda pasti akan luangkan masa untuk belajar apa-apa kemahiran yang anda mungkin belum tahu.
Jadi saya beranggapan, individu seperti ini juga ada peluang untuk berjaya hasilkan pendapatan menerusi program affiliate.
Tapi sebelum nak sertai program ini, pastikan anda mempunyai peralatan dan peranti yang bersesuaian.
Kalau anda ada laptop, ia akan sangat memudahkan kerja anda.
Kalau guna smartphone pun masih boleh buat kerja-kerja pemasaran.
Tak ada masalah.
Macam Mana Nak Sertai?
Kita dah bercerita dengan agak panjang lebar mengenai program ini.
Mungkin ada antara anda yang masih lagi belum jelas, tentang cara untuk sertai program ini.
Untuk sertai program ini sebenarnya mudah sahaja.
Layari laman web rasmi Klikjer.

Klik pada pautan Affiliate.
Paparan seperti dibawah akan kelihatan.

Klik pada “Daftar Jadi Affiliate” dan isi maklumat yang diperlukan.
Sebaik sahaja pendaftaran anda berjaya, anda akan terus dapat akses ke halaman panel affiliate anda.
Dekat halaman inilah nanti anda boleh
i. Pilih produk yang anda berminat untuk promosikan.
ii. Dapatkan link affiliate anda.
iii. Dapatkan bahan promosi seperti banner, ayat copywriting, dan sebagainya.
Bila dah dapat semua tu, anda boleh terus mulakan buat kerja-kerja promosi.
Tak kiralah sama ada anda ingin gunakan platform media sosial, blog ataupun video sharing.
Pada saya, kalau dalam program ini kita tak perlu tunggu terlalu lama.
Asalkan kita dapat idea untuk hasilkan konten, terus buat.
Jangan tunggu dah sempurna.
Kalau rasa percubaan kali pertama kurang memuaskan, nanti boleh edit.
Oh ya, berita baiknya ialah, dekat ruangan ahli, pihak Klikjer juga ada memuatkan panduan melakukan aktiviti pemasaran kepada ahli baru.
Ada panduan dalam bentuk video dan ada juga dalam bentul file .pdf
Kesimpulan
Kalau anda mencari peluang untuk menjana pendapatan secara online, memang tak syak lagi, program Affiliate Klikjer adalah salah satu program affiliate yang anda patut pertimbangkan.
Dengan kadar komisen sebanyak 50% yang agak tinggi, ditambah pula dengan konsep 1-tier affiliate, ini menjadikan ahlinya mempunyai potensi yang agak cerah untuk menjana komisen yang lumayan menerusi program ini.
Kalau kita perhatikan, senarai produk yang dijual di platform ini juga sangat praktikal dan relevan dengan keperluan semasa.
Paling beruntung sekali adalah mereka yang baru nak bermula menceburkan diri dalam bidang pemasaran dan perniagaan online.
Anda boleh terus bermula, hari ini juga.
Anda tak perlu keluar modal permulaan yang besar.
Tak perlu pening kepala nak cari apa produk yang sesuai untuk dijual.
Tak perlu risau nak uruskan stok.
Menerusi program affiliate, fokus anda hanyalah kepada aktiviti promosi dan manfaatkan sistem Klikjer yang tersedia.
Jadi, tunggu apa lagi tu?
Daftarlah sekarang.
Mulakan perjalanan anda dalam bidang pemasaran affiliate dan mula jana pendapatan dari program ini hari ini juga.
Anda boleh daftar menerusi pautan ini.


The post Program Affiliate Klikjer appeared first on Blog Sabree Hussin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sabreehussin.com/program-affiliate-klikjer/