Nasib Rm 1 25 Billion Anak Tiri Najib Bakal Ditentukan 6 December


Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 6 Dis untuk pengurusan kes Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada bekas perdana menteri, Najib Razak yang didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu setelah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan masih belum melengkapkan beberapa dokumen yang berkaitan dengan kes itu.

Pihak pendakwa memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan beberapa dokumen yang berkaitan dengan kes itu. Semua dokumen akan selesai dalam masa terdekat dan dokumen lain telah dikemukakan kepada pembelaan, katanya ketika sebutan kes hari ini.
Peguam Hariharan Tara Singh yang mewakili Riza, 42, mengesahkan perkara itu.

Sri Ram juga memaklumkan mahkamah bahawa mahkamah tinggi semalam telah menolak permohonan pihak pembelaan untuk memindahkan kes itu dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi dan kes itu akan diteruskan di mahkamah ini.

Pada 9 Ogos, Rozina menetapkan 6 hingga 9 Jan dan 13 Jan untuk perbicaraan.


Pada 5 Julai lalu, Riza, pemilik syarikat Red Granite Pictures, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama,

Penerbit filem Wolf of The Wall Street itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah AS$1.173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 11116073 milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, AS bernombor 123248291 milik Red Granite Productions Inc.Wang berkenaan didakwa hasil daripada penyelewengan ke atas dana 1MDB.Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 April dan 12 Mei 2011 di City National Bank, Los Angeles Main, 525 South Flower Street, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Pertuduhan kedua pula, 

Riza dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan AS$9 juta melalui transaksi pemindahan wang dari akaun serupa pada 10 September, 2012 dan 10 Oktober 2012 di tempat sama.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat,

Riza didakwa melakukan perbuatan sama berjumlah AS$133 juta dan AS$60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 81134378 milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura bernombor 6C02250A milik Red Granite Capital Ltd.Dia dituduh melakukan kesalahan itu di BSI Ltd, 7 Temasek Boulevard, #32-01 Suntec Tower One, Singapura pada 18 Jun 2012 dan 23 Oktober 2012.

Mengikut pertuduhan kelima,

Riza didakwa melakukan kesalahan serupa berjumlah AS$45 juta di tempat sama pada 14 November 2012.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


MK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/09/nasib-rm-125-billion-anak-tiri-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Produksi Filem Anak Tiri Najib Terima Rm38 Juta Daripada Jho Low

Produksi Filem Anak Tiri Najib Terima Rm38 Juta Daripada Jho Low

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 337 hits
Red Granite Pictures syarikat produksi Hollywood yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street milik anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak Riza Shahriz Abdul Aziz menerima AS 9 juta sebagai pendahuluan untuk mengeluarkan filem daripada Good...
Rm36 6 Juta Dituntut Daripada Anak Najib Razak

Rm36 6 Juta Dituntut Daripada Anak Najib Razak

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 208 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 24 Okt untuk pengurusan kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri terhadap Mohd Nazifuddin yang menuntut anak bekas perdana menteri Najib Razak itu membayar cukai pendapatan berjumlah RM37 6 juta ...
Pengurusan Kes Cukai Pendapatan Anak Najib 24 Oktober

Pengurusan Kes Cukai Pendapatan Anak Najib 24 Oktober

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 257 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 24 Okt untuk pengurusan kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri terhadap Mohd Nazifuddin yang menuntut anak bekas perdana menteri Najib Razak itu membayar cukai pendapatan berjumlah RM37 6 juta ...
Hafiz Suip Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Hafiz Suip Isteri Bakal Timang Anak Kedua

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 258 hits
Tahniah buat penyanyi Hafiz Suip dan isteri Nureffy Jasreel Abdullah kerana bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi Berita gembira itu The post appeared first on
Ibu Di Bogor Tega Aniaya Anak Tiri Hingga Tewas

Ibu Di Bogor Tega Aniaya Anak Tiri Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 230 hits
Penganiayaan dilakukan setiap hari Namun puncaknya satu minggu sebelum kasus ini terungkap kata Hendri
Tiga Anak Najib Didakwa Lari Cukai Rm61 Juta

Tiga Anak Najib Didakwa Lari Cukai Rm61 Juta

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 296 hits
Sebelum tewas pilihan raya umum ke 14 tidak siapa menyangka anak anak bekas PM Najib Razak sama ada saudara kandung atau tiri mengumpul sedemikian banyak wang Namun kini terdedah anak anak beliau kaya raya daripada hasil yang meragukan Terb...
Baby Shower Kaka Azraff Meriah Bakal Timang Anak Lelaki

Baby Shower Kaka Azraff Meriah Bakal Timang Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 505 hits
Bakal bergelar ibu tidak lama lagi penyanyi dan juga pengacara Kaka Azraff baru baru ini telah membuat kejutan untuk peminatnya dengan mengumumkan jantina anak dalam kandungan Usia kandungan Kaka kini berusia lapan bulan nampaknya Kaka dapa...
Cegah Perceraian Dan Perkawinan Anak Batas Usia Nikah Cewek Bakal Naik Jadi 19 Tahun

Cegah Perceraian Dan Perkawinan Anak Batas Usia Nikah Cewek Bakal Naik Jadi 19 Tahun

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 479 hits
Tinggal selangkah lagi revisi undang undang ini diharapkan mampu menyejahterakan perempuan di Indonesia
Tinggal Anak Kebuluran 11 Hari Sedangkan Ibu Berseronok

Tinggal Anak Kebuluran 11 Hari Sedangkan Ibu Berseronok

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 800 hits
Pergi Berseronok Dgn BF Tinggal 2 Anak Kebuluran 11 Hari Makan Taik Sendiri Seorang MeninggalSeorang ibu muda di Ukraine tergamak meninggalkan dua anaknya yang masih kecil bersendirian untuk keluar berseronok dengan teman lelakinya lapor Da...
Larian Malaysia Sarong Music Run 2025 Dirasmikan Oleh Yab Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim

Lirik Lagu Nanti Pulangnya Ke Aku Ya Dalia Farhana

Zenqira Revolusi Infrastruktur Ai Berbasis Komputasi Terdesentralisasi

Pesawat Ringan Terhempas Berdentum Rempuh Bas 2 Terbunuh

Penang Pas Youth Defends Razman Against Pro Dap Faction In Party

Peguam Selar Hannah Yeoh Beri Alasan Kaitan Tugas Guna Aset Kerajaan Hadir Saman Fitnah

Selera Tekak Masing Masing

Menipu Polis Indonesia Untuk Konten Ini Teguran Aisar Khaled Untuk Ammar Nazhan Fikir Dulu Kalau Konten Itu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Mencapai Kesejahteraan Menerusi Sokongan Sosial

Cops Probing Sosma Detainees Families Gathering Outside Sg Buloh Prison

Better Chance At Tier Ii Seats With Bn Ph Alliance Says Umno Man

Heartless Moron Siti Kasim Enlightens Rais Hussin Why Palestinian Prisoners Ain T Welcome In Malaysia

Ramadan Buffet 2025 Johor Bahru Desaru Hotel Deals You Can T Miss

Inovasi Terbaru Dalam Teknologi Forklift Untuk Efisiensi Energi Di Industri