Produk Mandian Dan Penjagaan Rambut Summerie Membangkitkan Mood Ketika Me Mandi Time
Produk Mandian Dan Penjagaan Rambut Summerie Membangkitkan Mood Ketika Me-Mandi Time. | Assalammualaikum semua! Produk mandian apa kegemaran korang? Ruby suka produk yang ada fungsi antibacterial dan sesuai untuk kulit sensitif. Sebab keluarga Ruby sejenis mudah dihinggapi masalah kulit. Ruam la, merah-merah la, gatal la dan paling sedih bila kulit kering. Jadi, sebagai Ibu yang sentiasa cerewet. Memang kena mencari produk bersesuaian. Sebab nanti keluarga ku ada alahan kulit, ibu ini juga yang stress. Betul tak? Sekarang dah faham kenapa ibu-ibu cerewet kan? Faktor lain untuk pemilihan produk mandian dan penjagaan rambut adalah sudah pasti kuantiti dan wang. Jika kuantiti sedikit tetapi harga mahal dan produk dikongsi oleh seisi keluarga. Maka, ini boleh jadi perang bilik mandi. Kena catu satu kali pam untuk satu orang. Hahaha. Bertambah ibu stress nak kena kawal penggunaan syampu dan mandian. Oh nooooo!
Produk Mandian Dan Penjagaan Rambut Summerie Membangkitkan Mood Ketika Me-Mandi Time.
Ruby telah menggunakan 3 produk dari Summerie. Ia adalah Grapefruit Purifying Body Wash, Shampoo for Normal dan Conditioner for All Hair Types. Punca nak mencuba produk ni sebab tidak puas hati dengan hanya bau haruman sahaja ketika acara pelancaran yang berlangsung baru-baru ini. Ruby di beri botol untuk mengisi mandian Summerie berdasarkan haruman yang Ruby minat. Ketika itu, Ruby bau Ginger paling best gila lah. Kemudian adik di kaunter tu kata "Cuba Chamomile, bau dia sweet lain sikit dari rangkaian fruity". Ruby pun tergoda dengan haruman Chamomile. Bila masa nak pam, ehh bau Grapefruit yang influencers tu pam best lah. Tak lama lepas tu, ada rakan blogger pam Passion Fruit. Arggghhh mana satu mandian yang Ruby nak pilih ni? Buntu! Hahaha
Balik dari acara pelancaran Summerie terus Ruby cuba mandian dan syampu. Bila dah dicampur dengan air. MasyaAllah memang best la Summerie ni. Membangkitkan mood. Serius Ruby suka sebab rasa "me time" dan jadi "me-mandi time". Sebagai ibu, memang susah untuk ada masa bersendirian selain ketika solat dan mengaji. Tapi dengan Summerie, Ruby boleh ambil masa untuk mandi sebersihnya. Haruman dari Summerie buat Ruby rasa tenang dan release stress selepas sibuk menguruskan keluarga dan kerja.
Mandian Grapefruit memberi satu mood istimewa. Rasa sayang pada diri sendiri. Ruby sejenis mandi, akan melekat bau tu di kulit. Tapak tangan, pelipat dekat siku terutamanya masih ada bau Summerie Grapefruit. Manakala syampu dan perapi juga memberi kesegaran ketika menggunakannya. Haruman seperti bubblegum membuatkan Ruby teringat zaman kanak-kanak. Ahh bestnya zaman tu, tak banyak tanggungjawab. Enjoy main je. Memang betul lah "Every Shower, Every Bath Is a Summerie Escape".
94% Bahan-Bahan Dari Alam Semulajadi
Produk Summerie bebas dari SLS, SLES, Parabens, Alochol, Mineral Oil dan Pewarna Sintetik. Tiada MEA, DEA, TEA dan 100% tiada bahan yang berasal dari haiwan. Formulasi dengan wangian semulajadi dan bebas silikon memberikan ‘musim panas’ yang menyegarkan dalam setiap mandian. Kita beruntung kerana berada di Malaysia. Kita dapat Summerie hari-hari! Yayyy! Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berjemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan deruan angin tropika yang halus? Inilah janji jenama baru Summerie yang dinamakan dengan gabungan 'summer' dan 'reverie'. Summerie adalah rangkaian mandian dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan. Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit, penggunaan rangkaian baru ini boleh menghidupkan setiap mandian harian anda dengan rasa kemewahan dan ketenangan
Rangkaian produk Summerie dicipta di Malaysia dan direka khas untuk pengguna tempatan. Ia menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat yang mesra kulit dan rambut. Ia juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B. C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium; serta Omega-G.
Senarai Harga Dan Rangkaian Produk Summerie
Dapatkan rangkaian penuh produk Summerie yang merangkumi mandian, syampu dan pembersih tangan hanya di kedai-kedai Guardian di seluruh Malaysia. Mandian Summerie mempunyai 2 jenis saiz iaitu 325ML RM 10.90, manakala 650ML RM 17.90. Rangkaian syampu Summerie mempunyai 1 saiz sahaja iaitu 325ML dan bernilai RM 17.90. Perapi rambut Summerie bernilai RM 17.90 untuk 175ML. Pembersih tangan Summerie dalam bentuk spray bernilai RM 5.90 untuk 50ML dan dalam bentuk gel RM 4.90 untuk 50ML
🥳 Grapefruit Purifying Body Wash 🥳 Chamomile Purifying Body Wash
🥳 Passionfruit Refreshing Body Wash 🥳 Ginger Refreshing Body Wash
🥳 Shampoo for Normal🥳 Shampoo for Dry Hair
🥳 Shampoo for Oily Hair 🥳 Shampoo for Dandruff Care
🥳 Conditioner for All Hair Types 🥳 Instant Moisturising Hand Sanitiser Hair 🥳 Power Action Spray Sanitiser
Guardian All Bath Care & Hand Wash 40% Off 24 - 27 September 2020
Bermula 24 hingga 27 September 2020, anda boleh dapatkan produk mandian Summerie. Harga untuk 325ML RM 10.90, selepas diskaun RM 6.54 , manakala 650ML RM 17.90, selepas diskaun RM 10.74. Murah sangat kan? Boleh la beli semua haruman dan kemudian kita tentukan yang mana kegemaran. Hehehe.
Jom dapatkan Summerie di Guardian sekarang! Beli semua, boleh cuba haruman mandian berlainan. Let's "me-mandi time!"
www.summerie.my | www.instagram.com/summeriemy | www.facebook.com/summerieMY
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/09/summerie-membangkitkan-mood-ketika-me-mandi-time.html