Pro Dan Kontra Krisis Poitik 9801



Hikmah di sebalik krisis politik. 

Krisis politik kali ini mengingatkan kita, mengajar kita dan membuka mata banyak orang tentang peranan YDPA dan Sultan Negeri-negeri. (Negeri tidak bersultan dan Wilayah Persekutuan dinaungi YDPA) sebagai pengimbang kuasa politik. Kuasa politik dengan kata lain bukan mudah untuk memperkotak-katikkan rakyat Malaysia dengan adanya YDPA dan Sultan.

Krisis politik kali ini juga berjaya menutup mulut-mulut dan pemikiran-pemikiran yang biadap kurang ajar yang selama ini lantang menyanggah YDPA dan Sultan. Kita tahu sebab-sebab adanya suara mahukan Malaysia sebagai REPUBLIK. Kuasa politiklah yang telah menggadaikan wilayah asal Tanah Melayu di zaman selepas Merdeka.

Krisis politik ini juga mengajar kita untuk bermuhasabah diri tentang kesetiaan dalam persahabatan. Persahabatan boleh mengukuhkan kesetiaan grop dan juga boleh musnah akibat khianat dan tamak haloba serta tidak sedar diri diuntung. Persahabatan juga menghindar kita dari bersikap mementing diri, talam dua muka, gunting dalam lipatan, api dalam sekam, musang berbulu ayam, harapkan pagar - pagar makan padi, kaduk naik junjung dan sebagainya.

Antara adab dengan ilmu mana yang patut didahulukan. 

Orang berilmu yang beradab mengetahui bahawa tiada yang terlalu buruk untuk memulakan hal baik. Adab mengajar kita cara menyantuni orang lain. Adab melahirkan insan insani. Adab sebagai batas memuliakan peribadi orang berilmu. Adab mengajar kita ingat Allah dan pesan-pesan Nabi Muhammad ﷺ. Persahabatan juga mengajar betapa pentingnya adab mendahului ilmu. Ilmu tanpa adab akan menimbulkan krisis peribadi yang akan menyusahkan banyak orang bila orang berilmu tanpa adab membuat keputusan. Sifat dan sikap kasih sayang dalam persahabatan juga penting. Masing-masing lahir dari rasa kasih sayang antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bergelar bapa dan ibu.

Krisis politik kali ini telah menelangjangi keperibadian orang-orang politik yang selama ini Allah tutup aibnya. Ucapan-ucapan dan hujah-hujah mereka telah dengan tidak sengaja membuka ghaibah ahli politik yang selama ini memekung didalam dada mereka. Akhirnya rakyat pun tahu siapa punca sebenar krisis ini. Amalan doktrin yahudi dalam mengejar kuasa dan pengaruh. Al Maklum Melayu kan suku kaum yahudi yang hilang di timur. Tepuk dada tanya iman.

-peceq-
Tak Ada yang Terlalu Buruk untuk Memulai Hal Baik.
KEBAIKAN bisa dilakukan oleh siapa saja. Tanpa memandang orang itu bagaimana. Kebaikan bisa dilakukan kapan saja. Tanpa khawatir akan waktu yang tepat untuk melakukannya. Kebaikan bisa dilakukan di mana saja. Tanpa bimbang akan tempat yang bagus untuk mempertahankannya.
Tidak ada yang terlalu buruk tuk memulai hal baik. Sehingga seburuk apapun manusia, tetap berhak untuk melakukan perintah-Nya. Yaitu melakukan hal baik kepada sesama. Seburuk apapun keadaan, tetap berusaha untuk terus melakukan kebaikan. Karena sekecil apapun kebaikan, Allah pasti memberi ganjaran.
Tidak ada yang terlalu baik tuk berhenti dari berkebaikan. Karena kebaikan itu mulia. Dampaknya bisa selamanya. Membuat pelaku dan sekitarnya bahagia. Lalu mengapa berhenti darinya?
Jangan sampai pikiran ini terlintas pada kita. Semoga dalam hal kebaikan, kita senantiasa diberi semangat untuk berusaha. Karena kebaikan pula, berkah dan rahmat Allah turun tak terhingga.
[inspirasi-islami]INILAH MOZAIKPosted on February 27, 2020Sumber:
Tak Ada yang Terlalu Buruk untuk Memulai Hal Baik – Check Porsi Haji App.
Anwar dipercayai hadir mesyuarat tergempar PH
Ditemani isteri meninggalkan kediaman pada jam 8.40 malam
 Aqila 27/02/2020Send an email 27/02/2020

KUALA LUMPUR, 3 Rejab 1441H, Khamis – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya di Bukit Segambut Dalam, di sini pada jam 8.40 malam tadi dipercayai untuk menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). 

Sinar Harian melaporkan Anwar keluar ditemani isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Mereka menaiki kenderaan Lexus berwarna hitam dengan diiringi empat kenderaan.Usaha wartawan mendapatkan pengesahan lokasi mesyuarat itu daripada beliau gagal apabila Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan enggan bercakap dengan media. 

Namun berdasarkan maklumat yang diterima pihak media, mesyuarat itu diadakan di Hotel Eastin, Petaling Jaya iaitu lokasi sama beliau menghadiri mesyuarat bersama Ahli Parlimen PKR tengah hari tadi.

Sumber: 
Anwar dipercayai hadir mesyuarat tergempar PH - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

'Bersatu Johor kerjasama dengan Umno lepas bincang dengan Muhyiddin'
News  |  Diterbitkan Hari ini 9:01 malam  |  Dikemaskini Hari ini 9:04 malam 

Keputusan Bersatu Johor untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan negeri yang baru dibuat selepas perbincangan dengan presiden parti Muhyiddin Yassin, kata Dr Sahruddin Jamal. Menteri besar Johor itu berkata, gabungan baru itu merangkumi Bersatu, Umno, MCA, MIC, PAS dan "beberapa individu", tanpa menyatakan secara khusus individu yang dimaksudkannya. Ditanya mengapa Bersatu setuju untuk bekerjasama dengan Umno, beliau berkata perkara itu diputuskan pimpinan tertinggi. "Keputusan berdasarkan hasil perbincangan saya selaku menteri besar dengan pimpinan pusat parti," katanya berdasarkan rakaman yang diperoleh Malaysiakini. Ketika ditanya sama ada perkara itu turut dibincangkan dengan Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang, Shahruddin berkata" "Saya telah berbincang dengan presiden Muhyiddin Yassin." Keputusan itu berbeza dengan pendirian Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno di peringkat parti. 

Ia juga berbeza dengan langkah Bersatu Kedah yang kekal bersama PH dalam kerajaan negeri. "Kerajaan yang ada sama, cuma satu perbezaannya dulu kerajaan PH, tapi sekarang kerajaan PH campur Bersatu," kata Menteri Besar Mukhriz Mahathir. 

PRU14: Harapan memenangi Johor

DAP + PKR + Amanah + Bersatu = 39
Umno + PAS + MIC             = 17

Setelah Bersatu keluar dari Harapan: DUN Johor tergantung

Harapan        = 28
Bukan-Harapan  = 17 [Umno + PAS + MIC]
Bukan-Harapan  = 11 [Bersatu]

Selepas Adun mengadap Sultan: K'jaan Harapan Johor tumbang
Adun yang tidak hadir adalah Salahuddin Ayub (Amanah-Simpang Jeram) dan Mazlan Bujang (Bersatu-Puteri Wangsa). Namun begitu, Mazlan memberitahu Malaysiakini beliau masih belum membuat keputusan.

Sokong Harapan       = 26
Sokong gabungan baru = 28
Tidak hadir          =  2

Kedudukan parti dalam DUN Johor
Parti Jumlah kerusi
Umno     14
Bersatu     11
DAP     11
Amanah       9
PKR       5
PAS               2
MIC       1
Jumlah         56

Dalam satu kenyataan hari ini, Kata Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd Noah berkata, Sultan Ibrahim berpuas hati gabungan baru itu memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila 28 Adun memilih gabungan baru berbanding 26 PH. "Oleh yang demikian gabungan baru berhak memberikan cadangan nama calon menteri besar sebelum susunan barisan exco baru dilantik," katanya. Ia selepas Sultan Ibrahim menemu bual 54 daripada 56 Adun Johor semalam. Dua Adun yang tidak hadir dalam temu duga tersebut ialah Adun Jeram dari Amanah, Salahuddin Ayub, dan Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang. Salahuddin yang juga anggota parlimen Pontian berkata, beliau tidak dapat hadir kerana mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam. Mazlan yang juga pengerusi Bersatu Johor pula berkata beliau memerlukan masa bagi memantau situasi politik kerajaan pusat sebelum membuat keputusan. Ditanya berkenaan bilakah kerajaan baru akan dibentuk, Sahruddin berkata: "InsyaAllah, secepat mungkin." Ditanya sama ada perkara itu dibincangkan dengan Mahathir, beliau tidak menjawabnya dan sebaliknya menegakan keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor masa. "Kami di Johor berpandangan kami perlu percepatkan pembentukan kerajaan baru. Kami gunakan kaedah ini agar kerajaan negeri dapat ditubuhkan," katanya lagi.

Sumber: 
'Bersatu Johor kerjasama dengan Umno lepas bincang dengan Muhyiddin'

LANGSUNG: PH Johor sanggah 'gabungan baru' pegang majoriti di DUN
Wartawan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 8:36 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 10:09 malam

LANGSUNG | Kemelut penjajaran semula kuasa politik negara memasuki hari kelima. Ia bermula dengan cubaan mengalih kuasa yang gagal pada Ahad lalu. Semalam perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, membayangkan apa akan berlaku dalam tempoh sehari dua ini, iaitu membentuk kerajaan yang melangkaui sempadan parti. 

LANGSUNG 9 malam: Dalam sidang media di Johor malam ini, PH negeri itu berkata "gabungan baru" yang merangkumi Bersatu, Umno, MCA, MIC dan PAS gagal mendapat majoriti.

"PH Johor ingin menegaskan bahawa kami ada sokongan 28 adun - sembilan dari Amanah, 14 dari DAP dan lima dari PKR. Dan semua hadir malam ini. "Jadi gabungan baru itu tiada majoriti untuk tubuh kerajaan negeri," kata Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan. Semua wakil rakyat PH, termasuk Adun Pemanis Chong Fat Full dari PKR, dilihat mengangkat kertas yang memaparkan kod kerusi dun mereka.

Terdahulu, Chong dilaporkan menyokong gabungan baru itu, walaupun hari ini mengisytiharkan sokongannya terhadap PH. Hari ini, Istana Johor dan Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal mengisytiharkan gabungan baru itu mempunyai majoriti di DUN. Daripada jumlah 56 kerusi, gabungan baru itu kini memegang 27 kerusi manakala PH 28 kerusi. Satu-satunya adun yang belum mengisytiharkan sokongannya ialah Mazlan Bujang (Bersatu-Puteri Wangsa). Menurut laman Johorkini, beliau berkata mengambil sikap berkecuali buat masa ini dan sedang menunggu arahan dari pimpinan pusat. PH Johor berkata mereka akan mengadakan sidang media kedua dalam masa sejam. 

7.45 malam: Anggota Parlimen Padang Rengas dari Umno, Nazri Abdul Aziz sudah kembali ke Malaysia dan akan hadir ke Parlimen pada 2 Mac ini, untuk mengundi siapa yang akan menjadi perdana menteri. Ditanya berkenaan rancangan kerajaan perpaduan oleh Mahathir, Nazri berkata selaku anggota parti beliau akan menolaknya. "Kerajaan perpaduan bukan pertimbangan, sama ada anda bekerja dengan kami semua atau tidak," katanya kepada Malaysiakini. Nazri berkata beliau akan menyokong gesaan untuk pilihan raya diadakan. "Sejak dari awal, saya sudah berkata bahawa presiden Umno pada 2018 berkata pendirian parti adalah kita akan menjadi pembangkang sehingga PRU ke-15, dan kita bekerjasama dengan PAS untuk PRU ke-15," katanya. 

7.45 malam: Seorang anggota parlimen PH mempersoal sama ada perdana menteri sementara ada kuasa untuk memanggil sidang khas Dewan Rakyat. Enggan namanya didedahkan, beliau memberitahu Malaysiakini bahawa Perkara 11(3) Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hanya membenarkan "perdana menteri" untuk berbuat demikian, bukan perdana menteri sementara. Menurut Perkara 11(3), seorang perdana menteri boleh meminta yang dipertua untuk memanggil sidang demi kepentingan awam. Sementara itu, Naib Presiden PKR Chang Lih Kang bertanya mengapa Mahathir perlu memanggil sidang itu untuk memilih calon perdana menteri sedangkan Yang di-Pertuan Agong telah membuat perkara sama sepanjang dua hari ini. "Apa yang peling pelik ialah saya difahamkan Yang di-Pertuan Agong akan membincangkan perkara ini dengan Majlis Raja-raja Melayu esok. Jadi mengapa perlu buat keputusan hari ini? "Saya tidak boleh fikir sebab lain kecuali keputusan itu mungkin tidak berpihak kepadanya (Mahathir)," katanya. 

MP persoal hak Mahathir panggil sidang khas parlimen News  |  Diterbitkan Hari ini 10:52 malam  |  Dikemaskini Hari ini 11:12 malam 

Seorang anggota parlimen Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan hak Dr Mahathir Mohamad untuk memanggil sidang khas di Dewan Rakyat bagi menentukan kerajaan baru atas kapasiti beliau sebagai perdana menteri sementara. Ini kerana, beliau berkata, Perkara 11 (3) Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hanya membenarkan perdana menteri untuk berbuat demikian, dan bukan perdana menteri sementara. "Dia PM interim dan bukan perdana menteri, jadi Perkara 11 (3) tidak terpakai," kata ahli Parlimen itu yang memberitahu Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan. "Oleh itu, mengapa Perdana Menteri interim mahu memanggil sidang khas parlimen?" soalnya.Menurut Perkara 11(3), seorang perdana menteri boleh meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memanggil sidang khas demi kepentingan awam. 

Speaker kemudian perlu segera mengeluarkan notis kepada ahli-ahli Dewan beberapa hari sebelum sidang khas berlangsung. Perkara 11 (3) juga membenarkan perdana menteri untuk menetapkan agenda mesyuarat itu. 

Mahathir yang mengadap Yang di-Pertuan Agong awal hari ini, pada sidang akhbar kemudiannya mengatakan sidang khas parlimen itu akan diadakan pada 2 Mac bagi menentukan kerajaan baru. Beliau berkata Agong mendapati tiada ada seorang pemimpin pun mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan, dan oleh sebab itu forum yang tepat adalah Dewan Rakyat. "Jadi parlimen akan bersidang pada 2 Mac (Isnin depan)... siapa yang ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan menjadi perdana menteri seterusnya," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Chang Lih Kang juga mempersoalkan mengapa Mahathir perlu memanggil sidang itu untuk memilih calon perdana menteri sedangkan Yang di-Pertuan Agong telah membuat perkara sama sepanjang dua hari ini. "Apa yang peling pelik ialah saya difahamkan Yang di-Pertuan Agong akan membincangkan perkara ini dengan Majlis Raja-raja Melayu esok. Jadi mengapa perlu buat keputusan hari ini? "Saya tidak boleh fikir sebab lain kecuali keputusan itu mungkin tidak berpihak kepadanya (Mahathir)," katanya. 

Begitu juga Pengerusi DAP Kelantan, Zaid Ibrahim juga mempersoalkan motif Mahathir mengumumkan sidang khas berkenaan. "Jika tidak ada majoriti jelas selepas dua hari kerja yang teliti, perdana menteri sementara harus menasihatkan Agong untuk membubarkan parlimen. "Tapi dia tak buat. Kenapa?" soalnya di Twitter. 

Sementara itu, Adun DAP, Lee Chin Chen memberi amaran bahawa perkara itu mungkin akan mencetuskan krisis perlembagaan. "Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan semua anggota parlimen dan Raja-raja Melayu akan bertemu Yang di-Pertuan Agong esok. Nampaknya belum ada keputusan akhir. "Tidak jelas siapa yang memperoleh majoriti dan mereka akan memilih perdana menteri. Adakah ini dilakukan menurut Perlembagaan Persekutuan?". "Adakah akan ada satu lagi krisis perlembagaan?" soalnya. Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Selasa dan Rabu lalu menemuduga anggota parlimen untuk menentukan siapa mempunyai sokongan mencukupi bagi membentuk kerajaan. Berikutan temu duga itu, BN dan PAS berkata mereka telah menarik balik sokongan kepada Mahathir, manakala PH berkata mereka memilih Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru. [MP persoal hak Mahathir panggil sidang khas parlimen] 

Annuar enggan ulas sidang khas parlimen, tunggu kenyataan Istana.
B Nantha Kumar Diterbitkan Hari ini 10:18 malam  |  Dikemaskini Hari ini 10:39 malam 

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa enggan mengulas kenyataan Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan sidang khas parlimen akan diadakan Isnin depan bagi menentukan bakal perdana menteri baru. Sebaliknya, parti itu akan menunggu titah rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. "Umno akan tetap menunggu kenyataan rasmi daripada Istana Negara sahaja. Jadi tidak ada komen."

"Sebab, (Umno) tidak boleh mengambil kenyataan dari Tun (Mahathir). Saya rasa tidak masalah. Tun berhak untuk nyatakan pandangan sendiri beliau. Kami hormati itu," katanya di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, petang tadi. Terdahulu, pada sidang media selepas ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi hari ini, Dr Mahathir berkata Yang di-Pertuan Agong mendapati tidak ada seorang pemimpin yang mempunyai majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan. Oleh sebab itu katanya, parlimen akan mengadakan sidang khas untuk mengetahui sokongan majoriti di Dewan Rakyat. "Bagaimanapun, jika Dewan Rakyat gagal mendapat seorang yang ada majoriti, kita perlu lalui pilihan raya," katanya. Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menjelaskan sekiranya Agong menitahkan beliau untuk menjelaskan perkara tersebut kepada umum. Ini kerana, Majlis Raja-raja Melayu dijadualkan akan bersidang esok. Mahathir pagi tadi mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pada Selasa dan Rabu, Yang di-Pertuan Agong menemuduga semua ahli parlimen secara individu bagi mengetahui sokongan terhadap calon perdana menteri pilihan mereka. 

Baginda berbuat demikian bagi mendengar sendiri pandangan mereka dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut politik yang berlaku kini. Sementara itu, Annuar berkata Umno menghormati pengumuman yang dibuat Sultan Johor mengenai pembentukan kerajaan baru di negeri itu. "Kita mesti menghormati proses yang harus dilakukan di Johor terutama sekali menghormati istana Johor, proses ini berlaku mengikut saluran-saluran tertentu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas kerjasama Bersatu dan Umno menubuhkan kerajaan perpaduan. Dalam pada itu beliau mengesahkan tidak ada pemimpin Umno keluar dari parti ketika ditanya khabar angin beberapa ahli parlimen Umno sedia menyertai Bersatu. "Tidak ada keluar, alhamdilullah, Umno semakin kuat dan lebih perpaduan," katanya. [Annuar enggan ulas sidang khas parlimen, tunggu kenyataan Istana]

28 February 2020
PM interim bikin kalut dah nyanyok kot... 
1. Sebagai Perdana Menteri interim, Tun tidak layak sama sekali untuk menentukan bagaimana PM ke-8 dipilih dari kalangan mereka yang punya sokongan.
2. Perdana Menteri interim hanya bertindak sebagai pelaksana sahaja dengan kuasa yang terhad di bawah perkenan DYMM YDP Agong.
3. Adakah kerana gagalnya pelan Kerajaan Perpaduan (UG) yang dibentang oleh Tun di Istana pagi tadi, lantas Tun bergegas menyertai semula Bersatu dan cuba pula laksana 'pelan 2 Mac' di Parlimen?
4. Persidangan Majlis Raja² yang pada mulanya dimaklumkan bersidang esok selepas solat Jumaat, telah pun diawalkan ke sebelah pagi.
5. Adakah kerana Tun menghidu sesuatu bakal berlaku di istana pada sebelah petang, maka Tun terus sailang dengan meminta supaya keputusan PM ditentukan di Parlimen?6. Perkara paling lucu ialah Tun telah mempromosi Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dipilih menjadi PM8 melalui Parlimen pada 2 Mac nanti. Ini bukan rancangan realiti wahai Tun, ini soal tanahair tercinta yang sedang dalam kehancuran dek pengkhianatan.
7. Menjadi persoalan, di manakah janji² manis Tun yang berpuluh kali menyebut peralihan kuasa hanya akan berlaku dari Tun kepada Anwar Ibrahim? Adakah Tun mudah lupa?
8. Cukup-cukuplah Tun. Kalau pun benar Tun memang tidak pernah terniat untuk bersetuju jadikan Anwar Ibrahim PM ke-8, janganlah hingga tergamak sailang kuasa YDP Agong.
9. Berilah ruang kepada Majlis Raja-Raja bersidang terlebih dahulu, dan biarlah YDP Agong yang selesaikan kemelut ini.
10. Atau adakah sesuatu yang Tun risaukan akan berlaku pada petang Jumaat ini, hinggakan Tun dilihat cuba membeli masa sehingga Isnin
- Edy Noor ReduanTak gentleman macam iblis...Dr.M cuba bermain politik dan membuat provokasi sampai ke akhir. Sekejap tadi dia kata ada tiga kemungkinan ke arah penyelesaian kemelut dan krisis yang berlaku kini. Salah satu ialah terpaksa dibawa ke parlimen.
Katanya, perkara itu sudah dibincangkan dengan Yang diPertuan Agong. Kenyataan itu boleh dipersoalkan dan dianggap cuba mendahului Yang diPertuan Agong. Sepatutnya Agong yang menjelaskan apa-apa butiran rasmi hasil pertemuan itu bukan perdana menteri interim.
Di sini kita nampak dia terus buat psywar bagi mencapai matlamatnya. Tadi juga dia kata yang Bersatu boleh cadangkan Udin anak Yassin sebagai perdana menteri. Kalau betul apa yang dikata itu bermakna dia sudah tidak nak jadi PM, ataupun dia pusing kepada Udin anak Yassin kerana dia tak cukup nombor. Dua dah kalah dalam pengundian semalam.
Dia pergi ke jamban mulanya nak berak, kemudian keluar kerana tak ada air. Akhirnya dia kemut punggung kerana simpan tahi. Barang kali begitulah.Apabila projek rampasan kuasa yang dikoordinatorkan oleh Azmin Ali gagal, dia koner cara lain. Dia bawa keluar PBBM daripada kerajaan PH menyebabkan kerajaan hilang kuasa dan tumbang.
Selepas itu dia mengharap penubuhan kerajaan baru dengan menanti pengundian di Istana Negara. Dia dan kumpulannya juga tidak cukup nombor, maka dia ubah ke cara lain pula.
Kaedah atau taktik terbaru yang hendak digunakan, bawa ke parlimen, 2 Mach ni biar parlimen menentukan. Dia kata Udin anak Yassin akan dicalonkan. Sekiranya Udin menang dia akan sailang Udin anak Yassin.
Sebaliknya sekiranya di parlimen itu dia tetap juga gagal, maka dia mahukan parlimen dibubarkan. Biar sama saja.
Lihat dan nilai betapa licit alias jahatnya dia. Kalau dia beritahu awal-awal dia akan melakukan khianat secara nyata dan bukan berselindung seperti Iblis mudah untuk kita hadapinya. Penipuan iblis dan syaitan sangat bahaya. Tetapi syaitan lebih gentleman sebab dia berjanji dengan Tuhan akan mengkhianati bani Adam sampai ke hari kiamat bukannya bersembunyi. - msoTindakan PM INTERIM mendahului pengumuman YDPA akan menjadi penilaian penting Raja² Melayu dalam mesyuarat khas nanti. Tunggulah mesyuarat Majlis Raja2, pasai apa kalut sangat...
Esok ada majlis mesyuarat Raja Raja di Kuala Lumpur.. aku berdoa dan mengharapkan, Majlis Raja Raja mendapatkan nasihat dari Kebijaksanaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dalam memberikan pandangan dan Penyelesaian Politik sebagaimana yang baginda lakukan di Negeri Perak..
Baginda Sultan Perak adalah rujukan yang tepat bagi Majlis Raja Raja memandangkan Baginda boleh dikatakan seorang Ulama' atau mereka yang Faqih dalam Bidang Undang2 dan Politik.. kalau kita dengar setiap titah ucapan baginda berkenaan Politik semasa.. Sultan Nazrin sebenarnya lebih dekat dan faham tentang Politik dan Rakyat.
Apakah Mesyuarat Majlis Raja Raja esok satu permintaan khas YDP Agong bagi menyelesaikan konflik Politik hari ini.. Melihatkan peristiwa dan reaksi Tun Mahathir hari ini..sehingga 2-3 kali pergi ke Istana.. Jelas ada kebuntuan dari Istana.. mungkin dari sikap Tun sendiri yang tidak dapat menerima hakikat bahawa Tun sepatutnya berundur...
Malah kenyataan Tun Mahathir hari ini mendahului titah dan kenyataan dari Istana.. bagi aku ianya sebagai tindakan terdesak seorang perdana menteri sementara.. Boleh jadi sikap Mahathir yang tak menghormati Istana itu, menyebabkan ada keperluan Mesyuarat esok membuat keputusan..Tidak ada keperluan memilih Perdana Menteri melalui dewan Rakyat.. Sebab hak melantik Pedana Menteri itu ditafsirkan dalam perlembagaan "seseorang yang pada hemat Baginda YDP Agong/ Sultan.. jelas mendapat kepercayaan majoriti ahli dan Rakyat.." apakah Tun nak menafikan usaha Istana dan YDP agong semalam..
Kalau lah dengan mengadakan sidang khas memilih Perdana Menteri dibenarkan.. apakah esok lusa, mereka yg dapat kepercayaan majoriti hanya perlu mengadakan sidang Khas tanpa merujuk kepada Istana.. ? kalau ini berlaku ia adalah duluan Undang2 yang tidak baik bagi sistem Raja berpelembagaan.. kaedah yang tepat penyelesaian yang dilakukan Sultan Nazrin di Perak.. walapun PH kerajaan minoriti..
Sudah masanya Tun Mahathir berundur untuk memberi laluan kepada kepimpinan yang baru.. kerosakan yang berlaku hari ini adalah dari apa yang Tun sendiri izinkan ianya berlaku. - Ipohmali The King Apparently Did Not ComplyParti Warisan dan GPS wajar sokong kerajaan PH...
Setakat ini, Tun M masih PM sementara sehingga YDA memutuskan siapa PM ke 8. Kita tahu, PH yang mencalonkan Anwar sebagai PM telah mengatasi calon lain yang dipilih oleh semua MP.
Ini satu kelebihan buat Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi PM. Tun M pula lebih awal meletakkan jawatan PM dan perletakannya diterima oleh YDA. Beliau cuma diminta oleh YDA untuk menjadi PM sementara sehingga YDA membuat keputusan.
Parti GPS di Sarawak menyatakan bahawa 18 MP dari parti berkenaan akan menyokong mana-mana pilihan dari YDA. Sekarang ini, kita tidak tahu keputusan YDA, maka pendirian GPS itu masih tergantung.Dr.M sedia beri sokongan kepada Muhyiddin sebagai PM...
Saya melihat hari ini, YDA cuma ada dua pilihan sahaja. Pertama, Tuanku bersetuju untuk melantik Anwar Ibrahim (PH) bagi menjadi PM, bukan sahaja Anwar Ibrahim mendapat pilihan tertinggi, tetapi lebih baik kerajaan PH yakni kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU14 yang lalu dikembalikan semula kepada rakyat. Rakyat tentu tidak mahu kerajaan selepas ini adalah kerajaan "pintu belakang". Pelabur mana yang boleh percaya kepada "kerajaan kudeta"?
Pilihan kedua, Tuanku akan bersetuju dengan idea Tun M iaitu beliau terus menjadi PM tanpa terikat dengan mana2 parti. Jika ini berlaku, saya tidak boleh bayangkan Tun M memiliki "senjata" yang lebih ampuh. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana seseorang ahli politik yang menang di dalam pilihanraya, tetapi menjadi PM yang kemudiannya mentadbir tanpa mahu ada kaitan dengan politik? Bukankah PM itu sendiri orang politik dan naik pun kerana politik? Lebih banyak mudharatnya memilih kaedah ini bagi menentukan jawatan PM. Rakyat tidak boleh dipaksa untuk menerima ksedah yang langsung membelakangkan hak mereka.Bersatu sokong Muhyiddin sebagai PM 100% ...
Ada yang berpendapat YDA akan bertindak membubarkan Parlimen. Saya tidak percaya ini berlaku walaupun Umno dan Pas memilih kaedah ini setelah mereka sedar mereka tidak boleh mengatasi Anwar di dalam mendapatkan sokongan. Di dalam keadaan kewangan dan ekonomi negara sekarang, tambahan pula kita cuma ada separuh sahaja lagi untuk menghabiskan penggal PRU, membubarkan parlimen adalah langkah yang mungkin tiada dalam pemikiran YDA.
GPS Sarawak dan Warisan di Sabah, dua negeri yang sering disebut oleh Anwar Ibrahim sebagai negeri yang berpotensi untuk dimajukan lagi. Alangkah bertuahnya rakyat di negeri tersebut sekiranya kerajaan negeri sekarang memberikan kepercayaan kepada Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kewangan Terbaik Asia itu untuk menjadi pemimpin di negara ini. Anwar adalah satu2nya pemimpin yang paling lantang menyuarakan hak negeri Sabah dan Sarawak.
InsyaAllah, hari ini YDA akan membuat pilihan terbaik setelah memohon pertunjuk melalui solat "Istikhorah" nya. Apa pun, rakyat perlu diutamakan bukannya kehendak pemimpin yang tidak boleh menunggu mandat PRU. - Wfauzdin NsDr.M derhaka kepada YDPAgong... RM 8OO juta terpaksa duit rakyat dihabiskan jika SNAP election diadakan demi memuaskan hati AZMIN pengkhianat negara!...Mahathir, a crisis of his own making...
What a mess we are in – no prime minister, a deeply divided parliament, a highly polarized populace and an economy on the edge of recession. How did we go from dancing in the streets in joyous celebration over the rebirth of our democracy to facing the possibility of a new kind of dictatorship? In a word: Mahathir. This was a crisis entirely of his making.
He could have built a strong, stable and workable coalition after GE14. He had the numbers on his side; he had unparalleled goodwill and support; he had the most multiracial coalition that was ever elected to office.
There was general consensus and popular support too for the kind of policies that should be pursued (the reformasi agenda). It was a solid foundation to build that Malaysia Baru we all so desperately wanted and voted for. But Mahathir being Mahathir, he played his games and wove his web of political intrigue.
To the chagrin of his partners, he stacked the cabinet with members of his own party. He brought Azmin into the cabinet over the objections of Anwar, empowered him and turned him loose to harass and harangue Anwar. He cast doubts about the succession plan and acquiesced to the campaign – including Hadi’s recent confidence motion – for him to complete his full term.
He unashamedly courted the very UMNO politicians that so many despised in a bid to outflank PKR and DAP. And when that failed, he played the race card against his own coalition partners, sponsoring the Malay Dignity Congress, endorsing all the asinine talk that the Malays had lost power, that Malay disunity had allowed the DAP to become powerful.
Why would a prime minister with a comfortable majority in parliament, with a multiracial, multiparty coalition behind him see the need to play such invidious games unless he had other ambitions?
As a direct consequence of these constant political intrigues, the Pakatan Harapan coalition became gradually unstable. PKR, DAP and Amanah, worried about what he was up to, became increasingly uncomfortable with his leadership though right to the end, they were extremely wary of openly challenging him in order to preserve the coalition.
Even when things reached a climax at last Friday’s PH council meeting, his coalition partners bowed to his will and allowed him to set his own departure date, but even that was apparently not enough to stop the intrigues.It looked like we were heading towards a Malay unity government last weekend. The sudden gathering of PPBM, UMNO, PAS, Warisan and GPS leaders in Kuala Lumpur was not just happenstance; someone with great authority must have summoned them.
But it fell apart at the last moment reportedly because UMNO MPs would not abandon their party to join PPBM. While Azmin and Muhyiddin were apparently ready to accept UMNO – tainted leadership and all – Mahathir was adamantly opposed to the “crooks and kleptocrats” (as one of Mahathir’s men put it) joining the unity government. In the end, Sabah and Sarawak leaders too got cold feet.
When it became clear that things were spinning out of control, Mahathir hastily withdrew and subsequently resigned though not apparently with the intention of departing.
Whichever way you look at it, Mahathir doesn’t come out smelling sweet. He plotted against his own coalition and is now distancing himself from the plot after it went awry. And now, ever the consummate politician, he is trying to profit from the chaos he created by calling for a non-party government under his leadership.
Having failed to build a new coalition, he is now asking (going by his address to the nation last night) for the right to rule unhindered by coalition politics and without obligation to the elected representatives of the people in parliament assembled. And with a government entirely of his choosing and completely beholden to him.
More than that, he is demanding that he alone be allowed to determine what’s best for the nation and govern accordingly. It is in effect, a demand to cede power to him at least till the next election. He calculates he can survive because parliament is too divided to stand up to him.
He should not be allowed to get away with it. It is undemocratic. It is unprincipled. And it puts too much power in the hands of a man with a terrible record of abusing it. He returned to power in May 2018 on the promise of change and reform and as part of a team.  If he cannot remain committed to both, he should resign.With him out of the way, Anwar might well have an opportunity to cobble together a majority in parliament and form a government. Anwar will, of course, have to prove that he has the smarts to negotiate and convince other parties (especially Warisan and GPS) that he is the right man for the job.
It won’t be easy. He is himself a divisive figure. His support not just among the majority Malay population but across all racial lines is mixed at best. However, if he has the numbers going for him, he should be given the opportunity to form the government.
If not, another general election with all the uncertainty and nightmare scenarios that it might entail will be unavoidable.
Our democracy is once again at a crossroads. Many will, no doubt, be tempted to accede to Mahathir’s demand for one-man rule for the sake of security, stability and a return to economic growth. The possibility of UMNO-PAS coming back to power through fresh elections and perhaps reprieving the crooks and kleptocrats might also be just too much to countenance.
Anwar might provide a middle path between the two extremes of one-man rule or rule by kleptocrats. He is certainly not perfect (neither is Mahathir) but he represents a democratic option that might give the nation the time it needs to take a step back, to refocus, to recalibrate.
Ben Franklin, one of the fathers of American independence once noted that those who would give up essential liberty to purchase a little temporary safety deserve neither liberty nor safety.
We should all think carefully about the choices before us and find a way to make our views known. - Dennis IgnatiusWhat has triggered political turmoil in Malaysia?Isu Jawatan PM...Asal bertiga Balik bertiga Pendatang hanya menumpang nama Sudah kaya kita dilupa Lebihlah baik kita bertiga Dari bermain kayu tiga..-f/bkPosted by ali allah ditta at 12:12:00 AM Sumber: tumpang sekole...?: PM interim bikin kalut dah nyanyok kot...

7.30 malam: Pimpinan tertinggi Umno telah mengarahkan jentera parti itu untuk bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya. "Adalah wajar bagi kita untuk membuat perisapan ke arah itu walapun kita tidak tahu apakah keputusan nantinya dibuat oleh istana negara," kata Setiausaha Agong Umno Annuar Musa.


LANGSUNG: Bersatu mungkin calonkan Muhyiddin sebagai PM, kata Dr M
Wartawan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 8:36 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 6:38 petang



LANGSUNG | Kemelut penjajaran semula kuasa politik negara memasuki hari kelima. Ia bermula dengan cubaan mengalih kuasa yang gagal pada Ahad lalu. Semalam perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, membayangkan apa akan berlaku dalam tempoh sehari dua ini, iaitu membentuk kerajaan yang melangkaui sempadan parti.

LANGSUNG 6.30 petang: Pengamal media tidak seharusnya mejadi "ejen publisiti murahan", katan Gerakan Media Merdeka (Geramm) yang menggesa organisasi media mengamalkan dasar menolak pemberian. Ia selepas pelbagai entiti komersial dan swasta yang memberikan pelbagai barangan kepada wartawan yang berkampung di pintu masuk Istana Negara sejak beberapa hari ini. "Amalan ini diterapkan bagi memastikan kebebasan media tetap terjaga daripada dipengaruhi unsur-unsur komersial. "Kami percaya amalan serupa turut diterapkan oleh agensi media tempatan, sama ada di peringkat organisasi atau atas kesedaran peribadi masing-masing pengamal media," katanya dalam kenyataan di Facebook. Geramm turut mengecam seorang personaliti Youtube yang cuba mengagihkan wang RM1 berjumlah RM10,000 kepada wartawan di Istana Negara semalam. Ia menyifatkan tindakan itu hanyalah percubaan meraih populariti segera dan telah menghina kerjaya kewartawanan. Tindakan personaliti itu semalam terhenti selepas dihalang polis. 

5.50 petang: Perdana Menteri sementara Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tengah hari tadi. Bercakap dalam sidang media, Mahathir berkata perbincangan termasuklah kemungkinan Muhyiddin menjadi calon perdana menteri dari Bersatu. "Jika semua orang pilih dia, saya okey," katanya.
Ditanya sama ada ia bermakna parti itu akan menamakan dua calon, termasuk dirinya, Mahathir berkata Bersatu masih belum membuat sebarang keputusan.

Beliau berkata mereka ada pandangan berbeza dalam soal kerjasama dengan Umno. "Pendirian saya, tentunya, tidak menerima Umno sebagai parti komponen. "Tetapi Muhyiddin lebih longgar (relaxed), agak sedia untuk menerima mereka en bloc (secara keseluruhan)," katanya lagi. Beliau juga mengesahkan setuju untuk kembali menjadi pengerusi Bersatu. Menurutnya, Bersatu memintanya untuk kembali pada tiga hari lalu, tetapi beliau meminta diberi masa untuk memikirkannya. Ditanya sama ada beliau akan menimbang untuk Bersatu kembali menyertai PH, Mahathir berkata parti itu perlu membincangkannya dahulu. 

5.40 petang: Beberapa anggota parlimen dan pemimpin Bersatu dilihat tiba di kediaman Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Antara yang dilihat ialah Hamzah Zainuddin, Radzi Jidin, Maszlee Malik. Turut kelihatan ialah bekas anggota parlimen PKR Kamaruddin Jaafar. Mereka tidak memberi sebarang komen apabila ditanya tujuan kehadiran mereka di situ. Difahamkan pertemuan itu diadakan selepas Muhyiddin berjumpa Mahathir di Putrajaya.

5.30 petang: Putrajaya - Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana individu yang "memiliki majoriti jelas", kata Dr Mahathir Mohamad. "Dan kerana tiada yang ada majoriti jelas, (Tuanku) kata ruang yang sesuai adalah Dewan Rakyat. "Maka Parlimen akan bersidang pada Dua Mac...Siapa yang ada sokongan majoriti di Parlimen akan menjadi perdana menteri. "Bagaimanapun jika Dewan Rakyat gagal mendapat seorang yang ada majoriti, kita perlu lalui pilihan raya," katanya lagi.

5.18 petang: Pilihan raya umum baru boleh menelan belanja antara RM700 juta hingga RM800 juta, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengerusinya Azhar Azizan Harun memberitahu Malaysiakini kadar itu hanyalah anggaran, jika pilihan raya diadakan susulan krisis politik yang sedang berlaku. Azhar diminta mejelaskan ciapan bekas pengerusi Bersih S Ambiga yang mendakwa beliau memberitahu bahawa belanja untuk perkara itu mungkin antara "RM750 hingga RM800 juta."

5.08 petang: PAS menegaskan parti itu kekal komited dengan kerjasama Muafakat Nasional dengan Umno, tanpa mengira siapa yang akan menjadi perdana menteri. Perkara itu dinyatakan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin seperti dilaporkan BH Online, hari ini. Hashim berkata, PAS juga boleh bersetuju dengan cadangan oleh mana-mana pihak politik, selagi ia tidak membabitkan DAP. "Pada mesyuarat Majlis Syura lalu, kita memutuskan Umno dan PAS perlu menepati perjanjian (kerjasama) dan setakat ini kedua parti tidak melanggar perjanjian, malah teguh dengan perjanjian itu. "Apa jua cadangan yang dikemukakan antara kedua pihak kita boleh bersetuju, selagi tidak bercanggah dengan syariat serta tanpa perlu membabitkan DAP," katanya seperti dipetik. 

5 petang: Putrajaya - Kereta yang membawa Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilihat memasuki banguna Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri. Abdul Hamid mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad selama kira-kira sejam, iaitu pada 3.45 petang hingga 4.57 petang. Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen berhubung pertemuan itu kepada media yang berkampung di sini.

Sumber:
LANGSUNG: PH Johor sanggah 'gabungan baru' pegang majoriti di DUN


Pilihan untuk PH - terima tawaran di depan, atau tak dapat apa-apa
Wartawan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 9:46 malam  |  Dikemaskini Hari ini 9:56 malam 

ANALISIS | Langkah mengejutkan terbaru daripada Dr Mahathir Mohamad berhubung sidang khas Parlimen pada 2 Mac ini mungkin akan membuka jalan kepada Umno untuk kembali berkuasa. Dalam sidang media pertama sejak krisis politik yang bermula Ahad lalu, Mahathir dengan jelas menyatakan jika PH tidak menyertai kerajaan perpaduannya, maka Bersatu akan mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Beliau berkata Muhyiddin mempunyai sikap terbuka untuk menerima Umno secara keseluruhan (en bloc) dalam kerajaannya. Ini bermakna pentadbiran Muhyiddin akan menyaksikan semua anggota parlimen Umno, termasuk yang kini berdepan dakwaan jenayah seperti Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi, menjadi sebahagian daripada kerajaan. Bertentangan dengan kerajaan perpaduan Mahathir yang, menurutnya, hanya akan menerima anggota parlimen terpilih daripada Umno. Secara taktikal, Mahathir telah mendapat tiga kemenangan utama. Pertama, Mahathir telah mengelakkan risiko Yang di-Pertuan Agong melantik Anwar Ibrahim selaku perdana menteri untuk kerajaan minoriti. Sebagai pemimpin blok terbesar di Parlimen, Anwar boleh dilantik Agong untuk memegang jawatan itu, dan membolehkannya untuk menubuhkan kerajaan yang mampan. Kedua, Mahathir mengelakkan keperluan mengadakan pilihan raya dan maka menjamin kedudukan 26 anggota parlimen partinya.

Kemengan terakhir ialah PH terpaksa menimbang semula keputusannya untuk menolak undangan menyertai kerajaan perpaduan yang diketuainya. Sejak semalam, tokoh PH telah mengkritik cadangan itu atas dasar ia akan memberikan kuasa terlalu besar kepada perdana menteri, tanpa kebertanggungjawaban kepada parti mahupun panduan daripada manifesto pilihan raya. Mereka juga berkata dengan menyertai kerajaan itu, mereka boleh dianggap melanggar persetujuan dengan pengundi, yang boleh membawa kesan untuk jangka masa panjang. Dengan perkembangan terbaru, Majlis Presiden PH malam ini perlu memikirkan apa yang digelarkan sebagai pilihan Hobson - iaitu pilihan untuk menerima apa yang ada, atau langsung tidak mendapat apa-apa. Pertama, PH boleh bersetuju untuk menyertai kerajaan perpaduan untuk mencapai satu-satunya matlamat bersama mereka, mengelakkan Umno daripada kembali berkuasa sehinggalah perbicaraan di mahkamah melibatkan pemimpinnya selesai. Ini bermakna PH perlu mengabaikan manifesto pilihan raya dan membuat permulaan baru, dengan termanya ditentukan Mahathir.

Menurut salah seorang pakar strategi Azmin, Mahathir dan kalangan yang keluar PH awal minggu ini merasakan manifesto PH sebagai "tidak dapat dilaksanakan". "Mereka hanya perlu bersetuju secara prinsip dengan kami, dan dari situ kita boleh melihat perinciannya. "Tidak akan ada lagi politiking yang tidak perlu dan tumpuan kepada, misalnya, sepuluh matlamat realistik untuk dua tahun ini," katanya. Seorang ahli strategi PH pula memberitahu pilihan itu tidak boleh dipertimbangkan kerana banyak janji PH sudah tertanam dalam minda penyokong mereka. "Kami akan dimarah penyokong dan tidak boleh berbuat apa-apa tentangnya," katanya. Ataupun PH boleh memilih untuk tidak berbuat apa-apa, membiarkan Muhyiddin naik menjadi perdana menteri dan kerajaan ditubuhkan dengan Umno. Ada pilihan ketiga, walaupun amat sukar, iaitu PH menambah sokongan sekurang-kurangnya 20 anggota parlimen lagi dalam masa tiga hari, sebelum sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini.

Sumber:
Pilihan untuk PH - terima tawaran di depan, atau tak dapat apa-apa

Dewan Rakyat tunggu surat dari Dr Mahathir: Speaker
Persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac depan
 Aqila 27/02/2020
Send an email
KUALA LUMPUR, 3 Rejab 1441H, Khamis – Semua proses berkaitan pemilihan perdana menteri baharu pada persidangan khas Dewan Rakyat pada 2 Mac depan akan diumumkan kemudian, maklum Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. Beliau berkata, urusan itu akan ditentukan selepas menerima surat yang lengkap daripada Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad. 

“Apabila saya terima surat yang lengkap daripada PM (Perdana Menteri) berserta dengan usulnya, saya akan keluarkan kenyataan,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini. Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan Dewan Rakyat akan mengadakan persidangan khas pada Isnin depan (2 Mac) untuk menentukan pemimpin manakah yang mempunyai majoriti untuk dipilih sebagai perdana menteri kelapan Malaysia. 

Negarawan berusia 94 tahun itu juga berkata, jika sesi persidangan khas Dewan Rakyat itu gagal mencapai majoriti sewajarnya untuk memilih perdana menteri, maka Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya mengejut. Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin lepas susulan kemelut politik yang tercetus apabila pihak-pihak tertentu cuba wujudkan pengaturan semula landskap politik negara yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa. 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim.-Bernama

Sumber:
Dewan Rakyat tunggu surat dari Dr Mahathir: Speaker - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

Friday, July 30, 2010
M'sia-S'pura Bincang Penempatan KTMB -Bernama

KL.JUL 30 10: Pegawai-pegawai kanan Malaysia dan Singapura bertemu di Kuala Lumpur pada hari Selasa dan Rabu bagi membincangkan dengan lebih lanjut Perkara-perkara Yang Dipersetujui (PoA) berhubung tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik itu.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Wisma Putra semalam, Menteri Luar Datuk Sri Anifah Aman dan rakan sejawatannya George Yeo berkata pertemuan itu adalah yang pertama selepas persetujuan mengenai perkara itu dicapai kedua-dua pemimpin negara Mei lepas.Semasa Permukiman Pemimpin di Singapura pada 24 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong bersetuju mengambil langkah bagi menggerakkan isu-isu dalam PoA berhubung tanah milik KTMB itu.

Delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa manakala Singapura oleh Setiausaha Tetap Kementerian Luarnya Peter Ho.

Susulan pertemuan itu, dua jawatankuasa kecil ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kecil mengenai Penempatan Semula Stesen Kereta Api KTMB dan Jawatankuasa Kecil

Penubuhan M-S Pte Ltd.

Kedua-dua pihak mengulangi komitmen masing-masing bagi melaksanakan sepenuhnya persetujuan yang dicapai dalam Kenyataan Bersama pada 24 Mei, iaitu penempatan semula stesen kereta api KTMB dari Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP), penempatan kemudahan bersama kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP, dan penubuhan M-S Pte Ltd.

Menurut kenyataan itu kedua-dua pihak gembira dengan kemajuan yang dicapai Pasukan Pelaksanaan Bersama dan bersetuju bahawa pertemuan seterusnya akan diadakan hujung Ogos ini di Singapura.

Kedua-dua negara juga berbincang mengenai pelaksanaan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Ini merupakan pertemuan keempat membabitkan Jawatankuasa Teknikal Bersama yang menyaksikan kedua-dua pihak mengulangi komitmen masing-masing untuk menghormati serta mematuhi keputusan ICJ selain melaksanakan keputusannya. 

Jawatankuasa bersama itu menyemak kerja Jawatankuasa Kecil megenai Kerja-Kerja Ukur Bersama dan Jawatankuasa Kecil mengenai Maritim dan Pengurusan Angkasa Lepas serta Perikanan.

Ia turut memuji Jawatankuasa Kecil mengenai Kerja Ukur Bersama yang selesai merangka memorandum persefahaman mengenai ukur hidrografi bersama di dalam dan di sekitar Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, yang perlu melalui proses kelulusan dalaman kedua-dua negara.

Pada Mei 2008, ICJ di The Hague, Belanda menganugerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura, manakala Batuan Tengah dan Tubir Selatan diberikan kepada Malaysia.  Bernama

Anda mungkin juga meminati:

Caj Tanah KTMB: M'sia Ikut Telunjuk S'pura?Hubungan M'sia-S'pura Memanas?KTMB: Nilai 400 Jual 50 & 7 Perkara - N/Izzah AnwarM'sia Tidak Pernah Berlembut Dg Indo, Tetapi Dg S'pura
LinkwithinSumber:
Ibnu Hasyim: M'sia-S'pura Bincang Penempatan KTMB -Bernama

NAJIB & ZAHID BREATHE AGAIN – AGONG ORDERS SNAP POLLS IF EMERGENCY PARLIAMENT SESSION CAN’T DETERMINE WHICH LEADER HAS THE MAJORITY TO FORM NEW GOVTemily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang laluPARLIAMENT will be summoned on Monday to find a leader who has the majority support, said interim prime minister Dr Mahahtir Mohamad. He said this is being done as the Yang di-Pertuan Agong has not been able to find any MP who commands a majority in the 222-seat Dewan Rakyat. “And because there is no distinct majority, he (the King) says the right forum is the Dewan Rakyat. “So, Parliament will be called on the second of next month… whoever has majority support in Parliament will become prime minister. “However, if the Dewan Rakyat fails to find a person with a majority, we will have... lagi »

IN DIRTY POLITICS – 4 DAYS ARE 4 LIFETIMES – MALAYSIA’S FATE SECOND, WILD CASH & HORSE-TRADING FIRST: MAHATHIR PRE-EMPTS AGONG, RETAINS HIMSELF AS ‘INTERIM PM’ UNTIL PARLIAMENT CONVENES ON MAR 2 – ‘THE KING CANNOT FIND ANYONE WITH A DISTINCT MAJORITY … HE IS NOT SURE, SO HE WANTS THEM TO MAKE ANOTHER STATEMENT’emily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang laluPUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad today said the next prime minister may have to be decided when the Dewan Rakyat convenes next month, as there is no clear majority established on the formation of the next government. “The king has asked all MPs. They have made statutory declarations but he is not sure, so he wants them to make another statement. “He cannot find anyone with a distinct majority,” he told reporters today after announcing the economic stimulus package at the Prime Minister’s Office here. -FREE MALAYSIA TODAY Dr M: No one has clear majority, King leaves matter to Parliamen... lagi »

BOMBSHELL – UMNO SPLITS IN TWO – BETWEEN 17 TO 26 MPs TO FLEE PARTY – AMID RUMORS OF HUGE CASH OFFERS WITH THE DEFECTIONS AIMED TO HELP MAHATHIR MAKE BERSATU THE LARGEST BLOC – ALLOWING IT TO BE FRONTRUNNER TO FORM NEW GOVTemily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang laluPETALING JAYA: Umno is having a pow-wow, with its leadership convening an emergency meeting with all division leaders. The invite for the meeting, which was sent out late last night and early this morning, was silent on the agenda, a source revealed. “We were told to be at Umno headquarters at the Putra World Trade Centre (PWTC) at 3pm,” said the source. A top Umno leader, when asked if the meeting would be a long one, said,”No, it is quite straightforward, we know what to do.” Speculation of possible defections of between 17 and 26 Umno MPs to another party has gone viral. “It is j... lagi »

DESPERATE TO STAY PM, ‘U-TUN’ MAHATHIR TO SWING BACK TO ‘BACKDOOR GOVT’ AFTER RECEIVING ROYAL TORPEDO TO HIS DICTATOR-STYLE ‘UNITY GOVT’? IF SO, THEN NAJIB, ZAHID & OTHER CRIMINALLY CHARGED UMNO WARLORDS, PAS & AZMIN CARTEL – ARE BACK IN THE GAME. ALL IS FORGIVEN & MALAYSIA SET TO RETURN TO KLEPTOCRACY & CRONY CAPITALISMemily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang laluIN a week of constantly changing political scenarios, Dr Mahathir Mohamad’s return as Bersatu chairman today hints that he is building support to form his own government. The interim prime minister left Istana Negara at noon after an hour-long meeting with the Yang di-Pertuan Agong. He only waved to reporters camped outside the palace. Moments later, Bersatu said Dr Mahathir is back as its chairman – after relinquishing the post this week – and to wait for further announcements. Meanwhile, PKR president Anwar Ibrahim is with other party leaders at a Petaling Jaya hotel, and is expec... lagi »

ANWAR SAYS IT: NO MORE MAHATHIR AS PM IF HARAPAN RETAKES GOVT – HE HAS BETRAYED VOTERS AS MUCH AS AZMIN CARTEL & MUHYIDDIN: BUT STILL POSSIBLE FOR BERSATU TO REJOIN COALITION IF NEW CONDITIONS, RULES ARE METemily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang laluPAKATAN Harapan will not approach Dr Mahathir Mohamad again following his rejection of an offer to work once more with the pact, said Anwar Ibrahim. The PKR president, who is now the de facto PH leader, said the question of approaching Dr Mahathir does not arise at all. Asked if PH had officially split with Dr Mahathir, Anwar said: “No, we’re Harapan. He has left Harapan.” The Port Dickson MP said Dr Mahathir has made a choice to return to Bersatu as its chairman. Anwar said this to reporters at a hotel in Petaling Jaya where he and other party leaders are gathered. He said, however... lagi »

BOMBSHELL – IN NEW TWIST TO STAY PM, MAHATHIR RETURNS AS BERSATU CHAIRMAN AFTER HIS ‘DICTATOR-STYLE UNITY GOVT’ PLAN TRIGGERS MASS PUBLIC OUTRAGE: BUT WHY SHOULD PAKATAN NOMINATE HIM AS PM EVER AGAIN – EVEN AS ROGUE BERSATU & AZMIN CARTEL START TO HINT THEY WANT TO RETURN TO THE PAKATAN FOLD AFTER PULLING A SHOCK COUP D’ETAT FOR THEIR OWN SELFISH MOTIVESemily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang laluKUALA LUMPUR ― Tun Dr Mahathir Mohamad has resumed his post as Parti Pribumi Bersatu Malaysia chairman, days after vacating the post. Bersatu Supreme Council member Datuk Rais Hussin Mohamed Arif confirmed the matter to Malay Mail when contacted. “True,” he told Malay Mail when asked for confirmation. Bersatu secretary-general Datuk Marzuki Yahya also has confirmed the news to state news agency Bernama. – MALAY MAIL Harapan leaders hold impromptu meet at Eastin hotel 1.40pm: Pakatan Harapan leaders are holding an impromptu meeting at Eastin hotel in Petaling Jaya. It is learned that... lagi »‘GUINNESS BOOK OF WORLD RECORDS’ FOR MAHATHIR – THE MOST SELFISH & POLITICALLY TOXIC MAN IN MALAYSIA – THIS WILL BE HIS FINAL LEGACYemily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang laluPolitics is the art of making selfish desires seem like national interests. Thomas Sowell wrote this many years ago, but it is so true as we have witnessed with the political drama in the last week. From what has happened, it is my considered opinion that Dr Mahathir Mohamed is indeed a selfish man, unmatched in the history of the country. Why did he resign as prime minister? Not because he has decided, at long last, that he no longer wants to be a prime minister, but because that’s the way to remove all the ministers in the cabinet in one swoop. When a prime minister resigns, then ... lagi »MAHATHIR’S BERSATU CAUGHT IN A HELL OF THEIR OWN MAKING: IN HEIGHT OF HYPOCRISY, DR M TOO PROUD TO WORK WITH HARAPAN AT FEDERAL LEVEL – YET HE LETS HIS SON MUKHRIZ CLING ONTO KEDAH MB POST, WHICH IS PURELY BY THE GRACE OF HARAPAN REPSemily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang laluPETALING JAYA: PPBM is seen as trapped in a predicament of its own making, with one political analyst saying its only chance of survival lies in reuniting with Pakatan Harapan and another saying it has probably doomed itself to political worthlessness. Both Awang Azman Pawi of Universiti Malaya and Aziz Hassan of Universiti Teknologi Malaysia said they believed PPBM was fast losing public support. When news broke last Sunday of a plot to overthrow the Pakatan Harapan government by PPBM, Umno, PAS and PKR rebels led by Azmin Ali, it was widely believed that Dr Mahathir Mohamad was on... lagi »

AGONG TO MEET MALAYS RULERS TOMORROW BEFORE FRIDAY PRAYERS – SAD TO SAY, THE HORSE-TRADING WILL ONLY INTENSIFY IN THE MEANTIME – EVEN AS UMNO CALLS EMERGENCY MEETING FOR ALL ITS CHIEFS & OPENLY ATTACKS PAS’ CLAIM THEY NAMED MUHYIDDIN & NOT MAHATHIR AS CHOICE OF PM IN SDs TO THE AGONGemily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang laluPETALING JAYA: The Malay Rulers will be meeting with Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amidst the political uncertainty. The Rulers are expected to meet the King tomorrow (Feb 28) before Friday prayers. An aide from the Istana Negara, when contacted, said they had yet to get any confirmation on the meeting. The Agong has already met with interim Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, leaders of political parties including Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR, DAP, as well as those from the Opposition parties earlier this week. The King want... lagi »MAHATHIR LEAVES PALACE BUT TIGHT-LIPPED – FOR NOW, MALAYSIANS HEAVE A SIGH OF RELIEF WITH BETS ON HE WAS NOT SWORN IN AS 8TH PM AS HE WAS NOT WEARING THE PROTOCOL ‘BAJU MELAYU’ – WHILE ANWAR & HARAPAN TOP LEADERS DUE TO MEET AT 1PMemily mc pada Malaysia Chronicle - Sejam yang laluKUALA LUMPUR: 12.00pm: Dr Mahathir leaves palace after an hour-long audience with the Agong. 11.15am: There have been conflicting claims on who has the majority, with Anwar Ibrahim’s supporters saying the PKR leader is set to be sworn-in as PM. Pakatan Harapan top leaders are meeting at 1pm today. 11.10am: Dr Mahathir may not be sworn in as he is not wearing the Baju Melayu, which is a required palace protocol during a swearing-in ceremony. 11.00am: Dr Mahathir Mohamad, wearing a suit and a songkok, enters the palace grounds, ahead of his audience with the Yang di-Pertuan Agong. It ... lagi »Hamid Bador tells Mahathir ‘temperature is rising’Raggie Jessy pada The Third Force - Sejam yang laluحميد بادور بريتاهو محضير ءسواسان ماكين تڬڠء Inspector-General of Police Tan Sri Abdul Hamid Bador was seen entering the Prime [...]Langkah Mahathir: Terlalu banyak andaian palsu banjiri media sosialRaggie Jessy pada The Third Force - Sejam yang lalu“Tafsiran-tafsiran yang dibuat kerap bergantung kepada “siapa sokong siapa” dan bersandar kepada andaian semata-mata, bukannya fakta” Raggie Jessy Rithaudeen لڠكه [...]Sahruddin: Pembentukan kerajaan PPBM, UMNO, PAS di Johor dibincang dahulu dengan MuhyiddinRaggie Jessy pada The Third Force - Sejam yang laluسهروددين: ڤمبنتوقن كراجأن ڤڤبم، امنو، ڤاس د جوهر دبينچڠ دهولو دڠن محي الدين Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan [...]Special parliament sitting ‘a third platform’ to decide on premiershipRaggie Jessy pada The Third Force - Sejam yang laluسيدڠ ڤرليمين خاص ءڤلاتفورم كتيڬء تنتوكن جاوتن ڤردان منتري The Star Online reports that a special Dewan Rakyat sitting will [...]Lim Guan Eng kantoi tipu isu manifesto Pakatan Harapan (Wajib Baca)Raggie Jessy pada The Third Force - Sejam yang laluليم ڬ

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/pro-dan-kontra-krisis-poitik-9801.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pro Dan Kontra Yang Xbest Langgar Peradaban 9826

Pro Dan Kontra Yang Xbest Langgar Peradaban 9826

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 278 hits
Sunday March 01 2020Kerajaan Perikatan Nasional Boleh Bertahan Sehingga 1 Sekarang Anwar Ibrahim dakwa PH ada 112 ahli parlimen yang menyokong PH 2 Kurang daripada 24 jam yang lepas Mahathir dakwa ada 114 ahli parlimen 3 Jelas bahwa PH tela...
Menjawab Tuduhan Mp Pkr Kononnya Negara Bakal Berhadapan Dengan Krisis Fiskal Kader

Menjawab Tuduhan Mp Pkr Kononnya Negara Bakal Berhadapan Dengan Krisis Fiskal Kader

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 284 hits
ADAKAH negara kita bakal menghadapi krisis fiskal seperti yang dituduh oleh YB Amin Ahmad Ahli Parlimen Kangar dari PKR Atau dalam bahasa mudahnya adakah kerajaan Malaysia bakal berhadapan dengan masalah untuk berbelanja defisit bagi melaks...
Perbandingan Xiaomi Mi 10 5g Samsung Galaxy S20 Dan Oneplus 7t Pro

Perbandingan Xiaomi Mi 10 5g Samsung Galaxy S20 Dan Oneplus 7t Pro

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 310 hits
dilancarkan bersama dengan Mi 10 Pro Kedua duanya menggunakan pemproses Snapdragon 865 tetapi Mi 10 dilengkapi kamera dengan spesifikasi yang lebih rendah Oleh sebab itu kami merasakan ia layak dibandingkan dan
Sri Mulyani Dampak Virus Corona Lebih Rumit Dibanding Krisis Ekonomi 2008

Sri Mulyani Dampak Virus Corona Lebih Rumit Dibanding Krisis Ekonomi 2008

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 201 hits
Tekanan langsung terhadap individu itu membuat kegiatan ekonomi dan kegiatan masyarakat lainnya terhambat seperti sekolah yang diliburkan hingga pabrik yang ditutup Hal itu menimbulkan tertundanya kegiatan masyarakat termasuk produksi
Tun Mahathir Dakwa Dia Tak Tahu Bila Krisis Ini Akan Tamat

Tun Mahathir Dakwa Dia Tak Tahu Bila Krisis Ini Akan Tamat

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan krisis politik yang melanda negara bermula apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Dr Mahathir merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa krisis ...
Dampak Virus Corona Ekonomi Dunia Melambat Seperti Krisis Keuangan 2008

Dampak Virus Corona Ekonomi Dunia Melambat Seperti Krisis Keuangan 2008

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 167 hits
Memburuknya kondisi perekonomian global tentu akan mempengaruhi perekonomian Indonesia Oleh karena itu untuk meminimalisir dampak tersebut pemerintah akan terus melakukan berbagai bauran kebijakan bersama otoritas moneter baik di OJK dan di...
Krisis Politik

Krisis Politik

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 451 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Perdana Menteri mendakwa krisis politik bermula apabila saya Mahathir Mohamad letak jawatan sebagai Perdana Menteri 2 Benarkah tiba tiba tanpa sebab saya letak jawatan Saya yang kononnya disokong oleh parti Ker...
Tindakan Agung Selesaikan Krisis Politik Negara Termaktub Perkara 43 Prof Madya Dr Shamrahayu

Tindakan Agung Selesaikan Krisis Politik Negara Termaktub Perkara 43 Prof Madya Dr Shamrahayu

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 339 hits
Gambar fail Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz Foto Mohd Fadli HamzahDakwaan royal coup hina institusi dirajaKUALA LUMPUR Dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan digulingkan secara royal coup disifatkan melampau dan me...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord