Prn Sarawak Keadilan Akan Selesaikan Isu Hak Tanah Adat Rakyat Sarawak





KEADILAN berjanji akan menyelesaikan isu hak tanah adat (native customary right) yang dihadapi rakyat Sarawak sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi KEADILAN Sarawak, Larry Sng menganggap kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan dan melindungi hak undang-undang rakyat Sarawak ke atas tanah adat.

Malah, Larry mendakwa banyak tanah adat rakyat Sarawak telah dijual mahupun disewa kepada pengusaha ladang kelapa sawit dan syarikat balak komersial.

"GPS dan komponennya telah berkuasa selama 57 tahun dan mempunyai peluang untuk melaksanakan segala perubahan ini, tetapi sebaliknya GPS gagal dan terus mengabaikan hak dan kesejahteraan rakyat Sarawak," katanya dalam kenyataan.

Justeru, Larry memberi jaminan bahawa kerajaan Sarawak yang diterajui KEADILAN akan memastikan tanah adat negeri diuruskan dengan segera dan teratur.

"Kerajaan negeri yang dipimpin oleh KEADILAN akan meningkatkan peranan dan fungsi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk menjalankan kerja pemetaan perimeter dan kajian tanah dengan betul.

"Dana akan disediakan untuk menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sempadan tanah adat Anak Negeri dengan tepat dan menyelesaikan isu 'Hakmilik Tanah / Akta dengan segera.

"Kerajaan baharu juga akan bekerjasama dengan masyarakat setempat dan Majilis Adat Istiadat Sarawak. Survei NCR ini akan diselesaikan dalam jangka masa 5 tahun," katanya.

Pada masa sama, Larry berkata Tribunal Khas Tanah akan dibentuk untuk menimbangtara dan menyelesaikan perselisihan mengenai hak tanah dan batas tanah adat serta menyelesaian kes tertunggak.

"Pembangunan negeri mestilah sesuai dengan model lestari dan mesra alam, dengan mempertimbangkan faktor sosio-budaya masyarakat sekeliling, dan wajib merangkumi penglibatan anak jati Sarawak, orang asal yang kaya dengan keunikan sejarah menoa Sarawak.

"Kami akan mengkaji semua konsesi terutamanya konsesi yang telah mendapat aduan," katanya.

Larry juga mendedahkan bahawa Polisi Alam Sekitar dan Perhutanan yang lestari dan progresif melalui program penghutanan semula yang berpaksikan rakyat akan turut dilaksanakan.

"Ini sebagai usaha melindungi alam sekitar dan pada masa yang sama memperkasa ekonomi masyarakat tempatan melalui skema pengaturan karbon perubahan iklim antarabangsa.

"Kami akan membayar masyarakat untuk menjalankan penanaman semula hutan di tanah mereka dan melindungi alam sekitar untuk generasi yang akan datang.

"Dasar-dasar ini akan membolehkan kita mengembalikan kekayaan Sarawak kepada majoriti rakyat dan bukan hanya menumpukannya di tangan minoriti iaitu keluarga elit politik dan hartawan kayu balak.

"Semua matlamat ini dapat dicapai dengan mantap kerana hak tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak memerlukan campur tangan kerajaan persekutuan," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/prn-sarawak-keadilan-akan-selesaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selesaikan Isu Tanah Majukan Potensi Komoditi Durian Keadilan

Selesaikan Isu Tanah Majukan Potensi Komoditi Durian Keadilan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 389 hits
Pertikaian tanah antara pekebun durian Musang King dan Kerajaan Negeri Pahang tidak wajar dipanjangkan sehingga menjejaskan sektor peladangan durian Bagi pemimpin KEADILAN sektor perladangan durian yang telah menghasilkan gred premium Musan...
Prn Sabah Umno Akan Ditolak Rakyat Km Penuh Kontroversi

Prn Sabah Umno Akan Ditolak Rakyat Km Penuh Kontroversi

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 467 hits
Umno telah mengumumkan senarai calonnya untuk PRN Sabah Jelas dari senarai calonnya tiada nama besar dan berkarisma untuk dilantik menjadi Ketua Menteri Yang ada hanya Bung Mokhtar Radin yang sekarang ini penuh dengan kontroversi Tidak adak...
Biro Penerangan Keadilan Lancar Gasak Kumpul Sukarelawan Prn Sabah

Biro Penerangan Keadilan Lancar Gasak Kumpul Sukarelawan Prn Sabah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 395 hits
Inisiatif Grup Sebaran Informasi KEADILAN diwujudkan oleh Biro Penerangan KEADILAN untuk mengumpul tenaga kempen bagi membantu jentera penerangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Menurut jurucakap majlis pelancaran GASAK Ammar Akhtar Danish ...
Sprm Siasat Isu Sungai Gong Tanah Raub

Sprm Siasat Isu Sungai Gong Tanah Raub

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 404 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memulakan siasatan berhubung isu pencemaran Sungai Gong di Rawang SPRM dalam kenyataan berkata ia adalah bagi meneliti unsur unsur rasuah melibatkan mana mana pihak ter...
Prn Sabah Keadilan Lancar Jentera Dun Sook

Prn Sabah Keadilan Lancar Jentera Dun Sook

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 535 hits
KEADILAN melancarkan jentera parti di Dewan Undangan Negeri Sook menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Jentera itu bakal dikemudi oleh Ketua KEADILAN Cabang Pensiangan Raymond Ahuar yang juga merupakan Ketua Angkatan Mud...
Isu Pencemaran Nasib Rakyat Diperjuang Istana

Isu Pencemaran Nasib Rakyat Diperjuang Istana

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 346 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR BEKALAN air di Lembah Kelang telah kembali normal setelah dihentikan serta merta akibat pencemaran yang dikesan di Sg Gong Rawang yang merupakan salah satu punca air buat Loji Rawatan Air di Sg Selangor Akibat gang...
Azam Baki Sprm Sudah Buat Langkah Awal Siasat Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

Azam Baki Sprm Sudah Buat Langkah Awal Siasat Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 519 hits
MELAKA Langkah awal sudah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu pencerobohan tanah milik kerajaan Pahang di Raub oleh pekebun durian Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata antara tindakan itu termasuk per...
Jika Tiada Tindakan Putra Mahu Rakyat Malaysia Teroka Tanah Hutan

Jika Tiada Tindakan Putra Mahu Rakyat Malaysia Teroka Tanah Hutan

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 397 hits
Naib Presidan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Hamidah Osman bercakap kepada media sebelum membuat laporan SPRM berhubung Isu Pencorobohan Tanah Kerajaan Negeri Pahang Oleh 111 Pengusaha Tanaman Durian Musang King di hadapan Ibu Peja...
Buah Pear Korea

Easy Beef Tomato And Onion Recipe

Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Zaid Wants Jakim To Expand Its Halal Mission Beyond Plates To Graft Fight Declare Dirty Money Haram

Maritim Tahan Dua Bot Digunakan Untuk Penggambaran Di Laut

Don T Just Squeeze Petronas Build Buffers

Wanita Berpakaian Kostume Anime Maut Terjatuh Kondominium

Pn Pledges 40 Revenue Return To Sabah In Upcoming Manifesto


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vintage Style Meets Modern Safety 5 Vintage Inspired Motocross Helmets

Berkatnya Pagi Sebuah Permulaan Yang Baik

Bersatu Shrugs Off Surat Layang Focuses On People S Issues

Hair Oil Honey Melembapkan Dan Merawat Rambut

Hanat Punya Penjual Beras Sunflower 5kg Rm55 90

Ucapan Doa Ulang Tahun