Prn Sabah Memalukan Muhyiddin






 Ramai yang percaya PN tidak ada harapan untuk menang pada PRN Sabah, 26 September ini.
Walaupun PN bergabung dengan BN dan PBS untuk membentuk GRS bagi menumbangkan Warisan, parti pimpinan Shafie Apdal itu dilihat masih lagi berada di depan dari segi sokongan rakyat.
Dengan itu, Warisan diramalkan akan terus kekal mentadbir Sabah selepas ini.
Jika perkembangan semasa ini kekal dan Warisan terus mentadbir Sabah selepas 26 September nanti, kegagalan GRS merampas kerajaan negeri itu lebih merupakan kegagalan yang memalukan buat PN dan Muhyiddin Yassin.
Ini bermakna, Sabah merupakan satu-satunya negeri yang gagal dirampas oleh Muhyiddin sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.
Sejak Muhyiddin mengkhianati PH sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, beliau turut melakukan pengkhianatan seterusnya dengan menjatuhkan beberapa kerajaan negeri bermula dengan Johor, Melaka, Perak dan Kedah.
Beliau kemudian merestui gerakan yang dilakukan oleh bekas Ketua Menteri, Musa Aman untuk merampas kerajaan negeri Sabah melalui aktiviti lompat parti secara beramai-ramai dengan dua orang kanannya, Hamzah Zainuddin dan Nardin Awang dikatakan terlibat sama membuat perancangan, termasuk mengadakan pertemuan dengan TYT Sabah.
Bagaimanapun, gerakan itu berjaya dipatahkan oleh Shafie yang segera memohon agar Dun Sabah dibubarkan untuk pilihanraya semula diadakan dengan segera.
Dengan itu, berlakulah PRN Sabah yang sedang rancak sekarang ini.
Gagalnya Musa Aman mengambil alih kerajaan negeri Sabah adalah kegagalan pertama Muhyiddin di mana beliau tidak berjaya menukar kerajaan negeri sepertimana sebelum ini berjaya dilakukannya di Johor, Melaka, Perak dan juga Kedah.
Melalui PRN Sabah itu juga memperlihatkan hubungan yang semakin retak antara UMNO dengan Bersatu.
Usaha Bersatu untuk mendapat lebih kerusi untuk ditandingi telah menemui kegagalan di mana parti itu hanya memperolehi 19 kerusi berbanding UMNO sebanyak 31 kerusi.
Dari segi gabungan pula, PN bertanding sebanyak 29 kerusi berbanding 41 oleh BN.
Ini bermakna, Bersatu dan BN gagal mengatasi UMNO dan BN dari segi jumlah kerusi yang ditandingi.
Ini adalah kegagalan kedua buat Muhyiddin di mana kedudukan beliau dan partinya tidak dihormati oleh UMNO dan BN.
Berdasarkan perkembangan semasa setakat ini, Warisan bukan saja diyakini akan terus mendapat sokongan dan kekal memerintah Sabah, malah lebih ramai yang yakin dan percaya jumlah kerusi yang dimenangi UMNO dan BN bakal melebihi kerusi yang mampu dimenangi Bersatu dan PN.
Untuk seterusnya, ini adalah kegagalan ketiga buat Muhyiddin kerana PN adalah kerajaan di peringkat persekutuan dan beliau adalah pengerusi gabungan itu yang memegang jawatan Perdana Menteri.
Berbeza dengan UMNO dan BN, mereka hanya menumpang dalam
PN serta menolak untuk menyertai gabungan tersebut.
UMNO dan BN sebahagian besarnya bergantung kepada gerakan kempen Najib Razak yang nampaknya turut mendapat sambutan hangat ke mana-mana saja beliau berkunjung.
Sekaligus ini bermakna, Najib lebih disukai, disokong dan diterima oleh rakyat Sabah berbanding Muhyiddin yang poster dan gambarnya bersepah-sepah di seluruh Sabah.
Dengan gagal menumbangkan Warisan dan gagal juga memenangi lebih kerusi berbanding UMNO dan BN, bermakna usaha Muhyiddin untuk meletakkan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri turut menemui kegagalan.
Ini adalah kegagalan keempat Muhyiddin, malah ibarat suatu tamparan yang tepat tertepek dan melebamkan mukanya.
Menolak calon Ketua Menteri pilihan Perdana Menteri sendirinya bermakna penolakan terhadap Muhyiddin.
Berikutnya, kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRN Sabah ini adalah umpama beliau berjalan di atas duri serta api.
UMNO dan BN dipercayai akan terus mengasak dan menekannya dari segi pembahagian kerusi dan usaha Bersatu untuk memperolehi lebih daripada 13 kerusi untuk ditandingi dalam PRU15 pasti bertambah sukar.
Hakikatnya tiada asas untuk UMNO berkompromi dengan Bersatu dalam soal kerusi, khususnya memberi muka kepada Kumpulan Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali.
Akhirnya, sokongan pengundi kepada Warisan dalam PRN Sabah adalah detik penting bukan saja untuk Muhyiddin digambarkan sebagai gagal dan dimalukan, bahkan sebagai pembalasan atas pengkhianatan yang dilakukannya terhadap PH sebelum ini. (Shahbudindotcom 23/09/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/prn-sabah-memalukan-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menang Prn Sabah Bubar Parlimen Muhyiddin

Menang Prn Sabah Bubar Parlimen Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 375 hits
Menang PRN Sabah bubar parlimen MuhyiddinOleh September 19 2020Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya gabungan PN BN PBS menang dalam pilihan raya Sabah kali ini pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat Ini adalah per...
Enam Kegagalan Muhyiddin Di Hari Pertama Prn Sabah

Enam Kegagalan Muhyiddin Di Hari Pertama Prn Sabah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 423 hits
PRN Sabah yang hari penamaan calonnnya berlangsung semalam menyaksikan beberapa kegagalan ketara Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan peneraju PN yanf merupakan kerajaan di pusat Pertama Muhyiddin gagal untuk menunjukkan kepada umum ...
Muhyiddin Umum Pembentukan Gabungan Rakyat Sabah Hadapi Warisan Dalam Prn

Muhyiddin Umum Pembentukan Gabungan Rakyat Sabah Hadapi Warisan Dalam Prn

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 449 hits
September 12 2020 9 19 AMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Gabungan Rakyat Sabah akan memastikan kesemua parti dalam gabungam itu bekerjasama sebagai satu pasukan TUARAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti pem...
Prn Sabah Kenyataan Rasmi Pm Muhyiddin Selepas Menang

Prn Sabah Kenyataan Rasmi Pm Muhyiddin Selepas Menang

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 315 hits
358 total views 88 views today KENYATAAN MEDIA TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL Saya bersyukur ke hadrat Allah s w t di atas kemenangan Gabungan Rakyat Sabah dalam Pilihanra...
Prn Sabah Bn Bertembung Sekutu Di 17 Kerusi Prn

Prn Sabah Bn Bertembung Sekutu Di 17 Kerusi Prn

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 392 hits
KOTA KINABALU 12 Sept nbsp Dalam langkah mengejut Barisan Nasional akan bertembung dengan sekutunya Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah di 17 daripada jumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri PRN
Logo Yang Tak Laku Di Prn Sabah

Logo Yang Tak Laku Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 358 hits
Logo ini tak laku di Sabah ke sehinggakan tak mau diguna pakai di PRN Sabah Rakyat Sabah alergik dan jijik ke dengan logo ini Kalau tak silap kali terakhir digunakan ialah di PRK Tg Piai Boleh sesiapa berikan sedikit penjernihan demi kepast...
Prn Sabah Keadilan Berdepan Pertandingan 10 Penjuru Di Dun Inanam

Prn Sabah Keadilan Berdepan Pertandingan 10 Penjuru Di Dun Inanam

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 353 hits
Calon KEADILAN Peto Galim berdepan cabaran getir apabila beliau mengesahkan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam akan melibatkan pertandingan 10 penjuru Malah Peto akan bertanding buat pertama kali sebagai calon dan akan berdepan deng...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah