Prn Melaka Terburu Buru Mungkin Kembalikan Gelombang Covid 19



Pakatan Harapan (PH) menolak kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa hanya pengundi yang telah divaksinasi sahaja dibenar membuang undi pada hari pengundian.
Majlis Presiden PH, beranggapan tindakan tersebut melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana menghilangkan hak secara tidak sah golongan yang tidak mengambil vaksin Covid 19.
“Majlis Presiden kurang bersetuju dengan pengumuman SPR berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
“Kami turut kesal dengan kenyataan Pengerusi SPR seperti yang dilapor media hanya pengundi yang sudah lengkap dua dos vaksin boleh keluar mengundi, dan berpandangan tindakan tersebut berkemungkinan melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan pemilih.
“Sungguhpun PH menyokong penuh usaha pemberian vaksinasi kepada semua, ia tidak boleh dijadikan alasan tindakan diskriminasi ke atas mereka yang belum lengkap dua dos, dan tindakan menghalang ini berkemungkinan tidak sah dari segi undang-undang,” kata mereka dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Majlis Presiden PH menggesa pihak SPR untuk mengkaji semula pendirian berkenaan bagi memastikan semua warganegara yang layak menjadi pemilih berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dibenarkan membuang undi dalam PRN Melaka
Selain itu, Majlis Presiden juga menegur keputusan terburu buru untuk melaksanakan PRN tersebut sedangkan kes pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibawa ke mahkamah pada minggu ini dan satu injuksi akan diminta.
“Pada Rabu ini, Pakatan Harapan Melaka melalui (Pengerusi PH Melaka) Adly Zahari akan memfailkan satu injunksi mahkamah berhubung pembubaran DUN Melaka. Satu sijil perakuan segera (certificate of urgency) telah turut difailkan agar perkara ini dapat disegerakan, memandangkan Notis Pembubaran DUN Melaka hanya dikeluarkan pagi tadi.
“Majlis Presiden menyokong penuh tindakan mahkamah yang diambil PH Melaka.
“PH berpendirian pembubaran DUN Melaka telah dilakukan berdasarkan nasihat yang salah. Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka seharusnya mengikuti duluan di peringkat Persekutuan, di mana KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memanggil menghadap blok yang dipercayai mempunyai sokongan majoriti terlebih dahulu.
“Kami juga masih mengekalkan pendirian Datuk Seri Sulaiman Ali sepatutnya tidak dinamakan sebagai Ketua Menteri ‘caretaker’ memandangkan beliau jelas telah hilang sokongan majoriti sebelum tindakan pembubaran DUN Melaka berlaku,” kata mereka.
Majlis Presiden turut berpendapat waktu ini bukan masa paling sesuai untuk mengadakan PRN, memandangkan penularan wabak Covid-19 baru menunjukkan trend penurunan, sektor-sektor ekonomi baru dibuka semula dan kerisauan berlakunya gelombang ke-4 Covid.
“Kami turut risau jika PRN diteruskan, prosedur operasi standard (SOP) berkempen yang akan digunapakai mungkin mewujudkan keadaan yang tidak adil atau berat sebelah bagi sesetengah pihak.
“Bagaimanapun, buat masa ini PH akan meneruskan segala persiapan termasuk kemungkinan menghadapi PRN Melaka,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33311

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Tak Mahu Terburu Buru Menerima Empat Adun Melaka Sertai Mereka

Pakatan Harapan Tak Mahu Terburu Buru Menerima Empat Adun Melaka Sertai Mereka

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali belum menghantar permohonan rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan Sehubungan itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibr...
Melaka Memilih Bubar Dun Dibuat Secara Terburu Buru Adly

Melaka Memilih Bubar Dun Dibuat Secara Terburu Buru Adly

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 209 hits
Shuhada Abdul Kadir Fareez AzmanOktober 6 2021 Adly Zahari berkata tindakan membubarkan DUN adalah tindakan terburu buru sebelum mendengar pandangan wakil rakyat pembangkang Foto BERNAMAAYER KEROH Pakatan Harapan Negeri Melaka berpandangan ...
Prn Melaka Pm Bimbang Penularan Covid 19 Berulang

Prn Melaka Pm Bimbang Penularan Covid 19 Berulang

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 468 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan kebimbangan berhubung risiko penularan Covid 19 sekiranya Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan dalam masa terdekat Ismail S...
Umno Sedia Terima Keputusan Zahid Untuk Tanding Solo Prn Melaka

Umno Sedia Terima Keputusan Zahid Untuk Tanding Solo Prn Melaka

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 268 hits
agendaily com15 10 2021Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Keputusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri Melaka diterima den...
Prn Melaka Pas Tak Letak Calon Di Kerusi Umno Bersatu

Prn Melaka Pas Tak Letak Calon Di Kerusi Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 236 hits
AGENDA DAILY Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man PAS beri jaminan parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi UMNO dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri Melaka Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan...
Prn Melaka Mt Tiada Keputusan Umno Akan Mesyuarat Lagi

Prn Melaka Mt Tiada Keputusan Umno Akan Mesyuarat Lagi

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 250 hits
agendaily com15 10 2021Speaker Dewan Undangan Negeri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh UMNO tidak mencapai pendirian mengenai sama ada akan bekerjasama dengan PAS atau Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya ...
Kalau Percaya Tiada Kerjasama Mn Dalam Prn Melaka Tanggunglah Sendiri Akibatnya

Kalau Percaya Tiada Kerjasama Mn Dalam Prn Melaka Tanggunglah Sendiri Akibatnya

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 198 hits
BORHAN AHMADSemua pihak diberikan ingatan agar jangan percaya sangat dengan kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tidak akan ada Muafakat Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka Ahli Parlimen Sepang Mohamad Hanipa M...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025