Prn Melaka Bersih Adil Dan Bebas Rasuah Komitmen Pn Tegas Hadi


agendaily.com14/11/2021
Calon Perikatan Nasional (PN) bersama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini.

Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menegaskan rakyat Melaka perlu memilih parti itu untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang bersih, adil dan bebas rasuah.

Sambil mengingatkan pengundi Melaka supaya tidak tersalah pilih seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu komited menegakkan sebuah kerajaan bersih untuk berbakti kepada rakyat Melaka.

Berucap dalam pengisian bersama jentera PN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam malam tadi, beliau berharap rakyat tidak tersalah pilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

“Perikatan Nasional tegas dengan prinsip untuk komited untuk memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dilaksanakan secara bersih, adil dan bebas rasuah sekiranya terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Mudah-mudahan rakyat Negeri Melaka tidak tersalah pilih sebagai mana dalam PRU14. Selamatkan Melaka, Pilih Perikatan Nasional,” kata Presiden PAS itu.

Turut serta calon PN DUN Serkam, Haji Ahmad Bilal Rahudin.

Dalam kenyataannya beliau turut memberi dua rangkap pantun nasihat kepada pengundi Melaka:

Buah salak buah kedondong,
Kumpul semua dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Salah pangkah undi.

Di atas robohan Kota Melaka,
Papan cengal kita tegakkan,
Penipuan PH terhadap Melaka,
Perikatan Nasional kita tegakkan.

Untuk rekod, semua 28 calon kerusi DUN bagi PN menandatangani borang ‘aku janji calon pilihan raya negeri’ bagi melawan rasuah dan menolak sebarang penyelewengan.

Inisiatif tersebut diambil bagi memastikan semua calon tersebut dihalang daripada terlibat dalam sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa apabila mereka menang dalam PRN Melaka itu.

Dalam borang tersebut, dinyatakan:

“Saya akan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mencegah sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk kenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, sama ada langsung atau tidak langsung.

“Saya akan melaporkan kepada SPR. dengan segera sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan di bawah seliaan saya.”

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Selasa ini sebagai hari pengundian awal yang melibatkan 7,601 kertas undi pos, dengan kategori Borang 1A membabitkan 6,871 petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petugas media.

Sebanyak 511 kertas undi pos bagi kategori Borang 1B pula membabitkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan 113 kategori Borang 1C melibatkan sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan, dan 106 Pengundi Tidak Hadir luar negara.

Proses pengundian awal yang akan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di balai polis dan kem tentera akan membabitkan empat DUN iaitu DUN Tanjung Bidara; Pengkalan Batu; Duyong; dan Serkam.

SPR juga menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian biasa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-bersih-adil-dan-bebas-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Semua Ahli Penyokong Pas Undi Calon Pn Abdul Hadi

Prn Melaka Semua Ahli Penyokong Pas Undi Calon Pn Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 287 hits
Kita pegang amanat yang telah diberikan kepada akar umbi dan jentera KUALA TERENGGANU 1 Rabiulakhir 1443H Sabtu PAS akan mengarahkan semua ahli dan penyokongnya mengundi calon Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 Nov ...
Parti Pejuang Tiada Kaitan Dan Tidak Sokong Mana Mana Pun Calon Bebas Di Prn Melaka

Parti Pejuang Tiada Kaitan Dan Tidak Sokong Mana Mana Pun Calon Bebas Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 246 hits
MELAKA Parti Pejuang Tanah Air tidak menyokong sesiapa pun calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka jauh sekali meletakkan calon proksi Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya mendapat maklumat ada pihak yang bertanding sebagai c...
Prn Melaka Muhyiddin Minta Kerajaan Jamin Liputan Media Adil

Prn Melaka Muhyiddin Minta Kerajaan Jamin Liputan Media Adil

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 219 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa untuk menjamin liputan media arus perdana yang lebih adil kepada ...
Hadi Pantun Prn Melaka W Faudzin Balas Pantun Hadi

Hadi Pantun Prn Melaka W Faudzin Balas Pantun Hadi

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 241 hits
Mula mula kita dengar pantun Hadi Dia jual aku beli pantun dia Buah salak buah kedondong Kumpul semua dalam baldi Puak lebai kaki pembohong Jangan sekali diberi undi Di atas robohan kota melaka Papan cengal kita tegakkan Puak lebai memang c...
Prn Melaka Penduduk Persoal Komitmen Kerajaan Negeri Selesaikan Masalah Banjir

Prn Melaka Penduduk Persoal Komitmen Kerajaan Negeri Selesaikan Masalah Banjir

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 358 hits
Penduduk Taman Bukit Beruang Bestari Ayer Keroh Melaka sekali lagi mempersoal Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya kerana tiada langkah susulan berhubung masalah banjir di kawasan itu SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroaw
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Sireh Pinang Mudo