Prn Johor Kemenangan Milik Bn


 


JOHOR BAHRU – Sebaik sahaja disahkan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam, calon-calon mula bergerak mendekati pengundi dalam misi menemui seberapa ramai yang boleh sebelum 11.59 malam 11 Mac ini.
Tempat tumpuan ramai seperti pasar, restoran dan warung makan sudah pasti menjadi tumpuan bagi beramah mesra dengan para pengundi sepanjang 14 hari tempoh berkempen.
Aktiviti ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 tentunya akan dimanfaatkan sepenuhnya calon-calon bertanding. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta selepas meneliti syor daripada menteri kuartet.
Pimpinan tertinggi parti juga turun padang pada Ahad dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng antara yang berada di Batu Pahat dan Johor Bahru untuk memberikan sokongan kepada calon masing-masing.
Seramai 239 calon diumum layak bertanding pada PRN Johor melibatkan 202 calon lelaki dan 37 wanita selepas penamaan calon pada Sabtu.
Namun, sejauh manakah gerak kerja calon-calon ini dapat menambat hati pengundi, lebih-lebih lagi kepada parti yang pertama kali bertanding seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Parti Warisan (Warisan) yang membuat penampilan sulung di Semenanjung Malaysia?
Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Madya Dr Khairunesa Isa berpandangan masyarakat kini lebih matang dan realistik dalam memilih calon yang dirasakan boleh memimpin mereka.
“Rakyat akan memilih calon yang boleh mendekati mereka dan mampu bersama-sama mereka untuk meneruskan kehidupan terutama dalam fasa pemulihan negara, serta bagaimana calon itu faham dengan kehendak dan keperluan rakyat hari ini,” katanya dalam program Suara Johor yang disiarkan Bernama TV.
Beliau berkata, meskipun terdapat calon tidak berpengalaman dalam bidang politik, namun mereka boleh menggunakan pengalaman dalam bidang profesional diceburi sebelum ini untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul di kawasan masing-masing.
Menurutnya, pada masa ini, pengundi bukan sekadar memilih calon yang pengalaman dan popular, namun melihat bagaimana mereka menggunakan kedua-dua aspek itu dalam membantu rakyat.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed pula berpendapat selain faktor calon, pengundi juga melihat kepada parti politik yang mampu mentadbir negeri dengan baik.
Menurutnya, ini menjadikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berpengalaman luas dalam pentadbiran di Johor berada di kedudukan hadapan pada PRN Johor berbanding parti-parti lain.
Malah, katanya BN telah membuat perubahan dengan menampilkan calon yang memberikan refleksi kepada demografi pengundi susulan pendaftaran automatik Undi18 berbanding mengikut hierarki parti sebelum ini.
Bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi, BN menampilkan lebih 80 peratus calon yang terdiri daripada mereka berusia 55 tahun ke bawah serta 72 peratus muka baharu.
SPR menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor dengan pengundian awal pada 8 Mac. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/prn-johor-kemenangan-milik-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Dijangka Mampu Ulangi Kemenangan Seperti Di Melaka Pada Prn Johor Penganalisis

Bn Dijangka Mampu Ulangi Kemenangan Seperti Di Melaka Pada Prn Johor Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 191 hits
BN Dijangka Mampu Ulangi Kemenangan Seperti Di Melaka Pada PRN Johor Penganalisis Barisan Nasional dijangka mampu mengulangi kemenangan besarnya dalam Pilihan Raya Negeri Melaka 20 Nov tahun lalu pada PRN Johor yang dijadualkan 12 Mac depan...
Prn Johor Luar Biasa Kemenangan Luar Biasa Najib

Prn Johor Luar Biasa Kemenangan Luar Biasa Najib

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 225 hits
PRN Johor Luar Biasa Kemenangan Luar Biasa Najib Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kejayaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor sebagai kemenangan luar biasa dan bukan sekadar isyarat atau mesej rakyat Pengerusi Lembaga Penasih...
Perikatan Nasional Tawarkan Air Percuma Jika Menang Prn Johor Pada 12 Mac Ini

Perikatan Nasional Tawarkan Air Percuma Jika Menang Prn Johor Pada 12 Mac Ini

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 365 hits
JOHOR BAHRU Perikatan Nasional membuat tawaran air percuma sebanyak 20 meter padu kepada isi rumah berpendapatan rendah di Johor sekiranya menang dalam pilihan raya negeri itu pada 12 Mac ini Pemberian air percuma berkenaan merupakan antara...
Muhyiddin Mahathir Saling Bercakaran Dalam Kempen Prn Johor

Muhyiddin Mahathir Saling Bercakaran Dalam Kempen Prn Johor

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 225 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menafikan bahawa dirinya bertanggungjawab menggagalkan kemaraan bekas perdana menteri Najib Razak selepas kekalahan BN dalam PRU14 Muhyiddin yang juga presiden Bersatu sebaliknya berkata dia ada...
Ceramah Mega Ph Di Prn Johor Dikenakan 3 Kompaun

Ceramah Mega Ph Di Prn Johor Dikenakan 3 Kompaun

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 238 hits
Ceramah Mega PH Di PRN Johor Dikenakan 3 Kompaun Tiga kompaun bernilai RM3 000 yang dikenakan terhadap penganjur ceramah mega pertama anjuran Pakatan Harapan malam tadi dilihat gabungan itu sebagai tidak adil dan berat sebelah Timbalan Peng...
Mahathir Tak Sepopular Najib Di Prn Johor Tak Perlu Bimbang

Mahathir Tak Sepopular Najib Di Prn Johor Tak Perlu Bimbang

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 538 hits
Tidak ada dendam peribadi di pihak saya terhadap Najib Perlu diingatkan ketika skandal 1Malaysia Development Berhad memuncak adik Najib Tan Sri Nazir sendiri telah datang menemui saya meminta saya lakukan sesuatu kerana wang berbilion telah...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi