Prn Johor Bukan Suatu Eksperimen


 
Ini bukan satu pilihanraya kecil di mana hanya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi pertaruhan.
Ini satu pilihanraya umum di peringkat seluruh negeri Johor yang melibatkan 56 DUN. Ini pilihanraya untuk membentuk sebuah kerajaan negeri Johor bagi tempoh lima tahun dari 2022 hingga 2027.
Tiga gabungan parti politik yang besar terlibat dalam PRN Johor kali ini iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Ketiga-tiga gabungan politik ini mempunyai pengalaman dalam mentadbir kerajaan Negeri Johor. BN paling lama memerintah di Johor sehingga ia ditumbangkan pada tahun 2018 dalam Pilihanraya Umum ke-14.
Manakala PH mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan Johor selama 22 bulan sehingga ia ditumbangkan angkara pengkhianatan melalui Langkah Sheraton pada bulan Februari tahun 2020.
PN yang terdiri daripada Parti Bersatu juga ada pengalaman mentadbir di Johor ketika berada di dalam gabungan PH dan kemudian dalam kerajaan campuran BN-PN selepas Langkah Sheraton.
Jadi tiga buah gabungan politik ini, BN, PH dan PN merupakan pencabar utama dalam Pilihanraya Negeri Johor kali ini.
PH ketika mentadbir Johor selama 22 bulan ada kelemahan dan kegagalan juga. Fakta ini tidak dinafikan malah perlu diakui. Tetapi PH berjaya dalam banyak perkara ketika mentadbir Johor kurang dua bulan selama dua tahun.
Satu perkara yang menjadi kejayaan utama kerajaan PH di Johor ialah dari segi menarik pelaburan asing (FDI).
Kerajaan PH telah mengadakan lawatan menarik pelaburan asing secara agresif dalam tempoh 22 bulan ia berkuasa. Hampir setiap bulan Exco Kerajaan Negeri Johor yang bertanggungjawab dalam Perusahaan Antarabangsa telah dihantar ke beberapa pusat ekonomi dunia untuk membawa pelaburan ke Johor.
Hasil dari usaha yang bersungguh-sungguh itu, maka negeri Johor telah muncul sebagai negeri yang paling banyak menarik modal asing dari pertengahan tahun 2018 sehingga awal tahun 2020 sebelum kerajaan PH Johor ditumbangkan angkara pengkhianatan politik.
Kejayaan ini adalah fakta, bukan retorik, bukan propaganda pilihanraya.
Jadi dalam Pilihanraya Negeri Johor sekarang ini, KEADILAN dan PH menawarkan diri supaya dipilih sekali lagi oleh rakyat Johor.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Sabtu 12 Februari 2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/prn-johor-bukan-suatu-eksperimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Pejuang Dijangka Kalah Besar Di Prn Johor

Parti Pejuang Dijangka Kalah Besar Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 264 hits
PETALING JAYA Dua penganalisis meramalkan parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad akan tewas pada pilihan raya negeri Johor terutamanya jika parti itu bertanding bersendirian di 42 kerusi Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangs...
Prn Johor Warisan Umum Bakal Bertanding

Prn Johor Warisan Umum Bakal Bertanding

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 309 hits
PONTIAN Parti Warisan Sabah dijangka akan membuat keputusan untuk turut bertanding sama dalam Pilihan Raya Negeri Johor dalam tempoh beberapa hari akan datang Naib Presidennya Datuk Junz Wong berkata pihaknya telah siap melakukan kajian lap...
Ngo Rayu Agong Isytihar Darurat Tangguh Prn Johor

Ngo Rayu Agong Isytihar Darurat Tangguh Prn Johor

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 196 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Mazlan Aliman merayu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan darurat di Johor bagi menangguhkan Pilihan Raya ...
Ini Bukan Konspirasi Kj Nak Menafikan Hari Raya Kj Tampil Nafi Dakwaan Rakyat Juga Beri Lampu Hijau Untuk Prn Johor

Ini Bukan Konspirasi Kj Nak Menafikan Hari Raya Kj Tampil Nafi Dakwaan Rakyat Juga Beri Lampu Hijau Untuk Prn Johor

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 261 hits
Peningkatan jumlah kes Covid 19 mendadak sejak beberapa hari lalu ternyata mengusarkan banyak pihak terutama orang awam yang telah menyimpan untuk menyambut perayaan Hari Raya pada Mei akan datang Sehingga ada yang mendakwa ini semua adalah...
Prn Johor Amk Jangan Ikut Rentak Politik Lawan

Prn Johor Amk Jangan Ikut Rentak Politik Lawan

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 257 hits
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir menegaskan pergerakan itu tidak akan mengikut rentak politik BN atau PN dalam Pilihan Raya Negeri Johor Bila sebut lawan jangan kita terikut rentak politik sebelah sana AMK memilih untuk men...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique

Syi Ir Tawassul Al Rifa Ie Doa Santri Dan Cahaya Ilmu

5 Game Penghasil Uang Langsung Ke Rekening Terbaik Legit

10 Pekerjaan Online Yang Ideal Untuk Ibu Rumah Tangga Fleksibel Dan Ringan Modal

Miso Ramen Recipe