Prkrantau Ukuran Agenda Politik Cina


oleh Ab Jalil Backer
PILIHAN Raya Kecil (PRK) DUN Rantau pasti tidak perlu diadakan jika calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram mematuhi peraturan kecil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar calon dan wakil calon mendapatkan pas masuk ke tempat penamaan calon pada pilihan raya umum lalu.
Pegawai Pilihan Raya DUN Rantau, Amino Agos Suyub ketika itu memutuskan Streram, pencadang dan penyokong beliau tidak boleh masuk ke pusat pencalonan kerana kesemua mereka tidak mempunyai pas SPR yang sepatutnya ditunjukkan oleh calon.
Apabila Streram membawa kes itu ke mahkamah, Hakim Datuk Azimah Omar menyatakan tindakan menghalang calon masuk ke pusat penamaan kerana tiada pas masuk adalah tidak sah.
Menurut Azimah, berdasarkan keterangan bertulis SPR, “tidak wujud sebarang undang-undang dan peraturan pilihan raya yang menyatakan ‘tag’ nama atau pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk masuk ke dalam dewan penamaan calon bagi mengemukakan borang penamaan.”
PRK DUN Rantau kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, R Malar (Bebas), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan Streram daripada PKR.
Persoalan utama ialah apakah Mohammad atau lebih popular dengan panggilan Tok Mat, dapat mempertahankan kerusi DUN Rantau yang telah beliau sandang sejak 2004 lalu? Jika berlaku pertandingan pada PRU lalu, Tok Mat pasti menang mudah namun PRK kali ini memberi dimensi berbeza kerana BN bukan lagi kerajaan dan Tok Mat bukan lagi Menteri Besar Negeri Sembilan.
Walaupun PRK Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih membuktikan lambang BN belum padam seperti yang cuba digambarkan pihak lawan, suasana di Rantau berbeza.
Kemenangan BN di Cameron Highlands dan Semenyih tertumpu kepada agenda Bumiputera dan Islam, dan ia sukar diterjemahkan sepenuhnya dalam DUN Rantau.
Ini kerana berdasarkan komposisi kaum 20,472 pengundi di Rantau, pengundi Bumiputera hanya 54.18 peratus (Melayu 53.43 peratus dan orang asli 0.75 peratus). Pengundi India kedua teramai dengan 27.01 peratus dan Cina 18.81 peratus.
Jika berdasarkan keputusan enam PRK sebelum ini, hampir 95 peratus pengundi Cina terlalu taksub kepada DAP. Justeru, tidak banyak harapan boleh BN letakkan kepada pengundi Cina.
Aura Tok Mat
Di bawah pentadbiran Tok Mat, bukan sahaja masjid dinaik taraf malah kuil Hindu Sendayan dan SJKT Ladang Sagga, Ladang Bukit Bertam dan Ladang Shanghai turut dipermodenkan.
Masyarakat Cina paling banyak meraih untung daripada pembangunan yang dibawa oleh Tok Mat termasuklah pemodenan bandar Sendayan.
Seperti tulisan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan, Ramis Balakrishnan, “Masyarakat India tidak dapat menafikan sumbangan Mohamad dalam pelbagai perkara termasuk pemberian tanah kepada kuil, pemberian tanah kepada sekolah Tamil dan juga isu kebajikan. Kerajaan di bawah kerajaan BN dulu yang diketuai Mohamad tidak meminggirkan kaum India dan juga kaum lain, malah membantu menyelesaikan setiap masalah mereka dengan sedaya upaya.
Boleh dikatakan semua kaum di Rantau menerima tempias pembangunan yang dibawa oleh Tok Mat. Berdasarkan komposisi kaum, Tok Mat sendiri meletakkan peluang beliau untuk menang hanya 50 peratus. Namun melihat dokongan pengundi masyarakat Bumiputera di beberapa PRK lepas, tidak mustahil kemenangan untuk BN.
Ini kerana dalam setiap PRK, jumlah keluar mengundi hanya di bawah 75 peratus. Jika jumlah pengundi Bumiputera yang keluar mengundi jauh lebih ramai daripada masyarakat Cina dan India, Tok Mat berpeluang untuk menang.
Masyarakat Cina sering melaungkan bahawa mereka bersatu mengundi PH pada PRU lalu kerana mahu membanteras rasuah bukannya untuk menghakis kedudukan Bumiputera dan Islam di negara ini.
Jika itu alasan yang sebenar maka tiada sebab untuk mereka tidak mengundi Tok Mat. BN telah tumbang, Datuk Seri Najib Razak sedang didakwa dan PH sudah menjadi parti memerintah.
Kemenangan Tok Mat tidak akan mengubah kerajaan pun tetapi ia akan memperkukuhkan agenda semak dan imbang (check and balance) dalam pentadbiran kerajaan baharu.
DUN Rantau ini bukan sekadar pemilihan wakil rakyat tetapi juga ukuran sejauh mana ideologi dan fahaman pengundi Cina yang sebenarnya.
Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)
Sinar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/08/prkrantau-ukuran-agenda-politik-cina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahy Ingatkan Jaga Perdamaian Dan Kerukunan Di Tahun Politik

Ahy Ingatkan Jaga Perdamaian Dan Kerukunan Di Tahun Politik

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 202 hits
AHY mengatakan persatuan dalam keberagaman di atas segalanya Islam tentu sebagai agama mayoritas di negeri kita tapi Pancasila kita Ketuhanan Yang Maha Esa menjamin kehidupan yang toleran antarsesama manusia ungkap AHY
Hoaks Dan Politik Identitas Dianggap Tak Mempan Dipakai Di Pilpres

Hoaks Dan Politik Identitas Dianggap Tak Mempan Dipakai Di Pilpres

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 189 hits
Politik identitas itu hanya kasuistik Kalau melihat sebarannya di Indonesia politik identitas ini sangat kecil dimainkan sebagai isu kata Andi
Indikator Politik 12 Persen Orang Ragu Kpu Netral Di Pilpres 2019

Indikator Politik 12 Persen Orang Ragu Kpu Netral Di Pilpres 2019

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 282 hits
Burhan mengatakan berdasarkan hasil surveinya sekitar 20 persen masyarakat sangat yakin Komisi Pemilihan Umum mampu menyelenggarakan Pilpres 2019 secara jujur dan adil 64 Persen cukup yakin dan 12 persen tak yakin KPU bisa menjalankan tugas...
Diingatkan Bawaslu Sandi Batal Orasi Politik Di Acara Isra Mi Raj Ponpes Al Itqon

Diingatkan Bawaslu Sandi Batal Orasi Politik Di Acara Isra Mi Raj Ponpes Al Itqon

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 224 hits
Sandiaga menceritakan sebenarnya orasi atau rencana pidato telah dipersiapkan Kemudian Badan Pengawas Pemilu mengingatkannya agar tidak menyampaikan orasi Sandi akhirnya hanya bersalawat bersama jemaah dan santri yang hadir di acara itu sej...
Harap Dakwaan Sogok Tutup Kes Terowong Bukan Sandiwara Politik

Harap Dakwaan Sogok Tutup Kes Terowong Bukan Sandiwara Politik

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 356 hits
Pendakwaan ke atas seorang ahli perniagaan membabitkan kes penipuan berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan kes terowong dasar laut diharapkan bukan sandiwara politik semata mata Aktivis politik yang juga bekas ahli DAP Rahmad Isahak berk...
Tentera Thailand Beri Jaminan Terus Berkecuali Bebas Politik

Tentera Thailand Beri Jaminan Terus Berkecuali Bebas Politik

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 370 hits
Tentera Thailand beri jaminan terus berkecuali bebas politik Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 Apr 2019 7 08AM
Kemenlu Cek Info Wni Di Kamp Pengungsi Suriah Utara Untuk Dapatkan Hak Politik

Kemenlu Cek Info Wni Di Kamp Pengungsi Suriah Utara Untuk Dapatkan Hak Politik

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 201 hits
Pemerintah sedang melakukan pencarian data terhadap WNI yang tinggal di Suriah Utara Hal itu dilakukan agar mereka mendapatkan hak pilih politiknya pada Pemilu 17 April 2019 mendatang
Setiausaha Politik Ditahan Saya Tidak Akan Campur Tangan Siasatan Sprm Salahuddin

Setiausaha Politik Ditahan Saya Tidak Akan Campur Tangan Siasatan Sprm Salahuddin

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 358 hits
Datuk Salahuddin Ayub foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata beliau tidak akan campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap setiausaha politiknya ...
Politik Malaysia Tidak Jelas

Politik Malaysia Tidak Jelas

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 249 hits
Sesetengah pemimpin komponen PH masih terus mengkritik kepimpinan terutama Menteri PH yang dianggap tidak perform KRITIKAN dari dalam ini dianggap tidak mewarisi BN atau kerajaan lama malah dianggap PEMBAHARUAN Apakah is boleh diterima SEBA...
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala

Video Gelagat Syed Saddiq Mahu Bella Astillah Lepas Rambut Netizen Terhibur Kenapa Orang Tepi Tu Serius Sangat