Prk Tanjung Piai Ph Bn Dijangka Lancar Jentera Kempen Isnin


Lu Wei Hoong   
PRK TANJUNG PIAI | Pakatan Harapan (PH) dan BN dilihat telah bersiap sedia dengan jentera mereka menjelang kempen pilihan raya kecil Tanjung Piai yang bermula secara rasmi pada 2 Nov ini.

Kedua-dua gabungan parti itu dijadual akan melancarkan jentera kempen mereka pada Isnin ini dalam acara-acara berasingan.

PH juga dijangka mengumumkan calon bagi kawasan Parlimen itu dengan meletakkan calon dari Bersatu.

Bagaimanapun, BN dijangka melancarkan jentera kempen mereka tanpa mengumumkan calon kerana Umno dan MCA masih belum mencapai kata sepakat mengenai parti mana akan bertanding di kawasan itu.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin akan merasmikan jentera PH dan mengumumkan calon parti itu di Pontian pada pukul 2 petang.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Pontian terletak bersebelahan dalam daerah Pontian.

Setiausaha Bersatu Johor, Solihan Badri mengesahkan majlis itu dan menyatakan Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir juga akan hadir.
Bagaimanapun, katanya Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad yang juga perdana menteri, tidak akan berada pada majlis tersebut

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Mahathir akan melakukan lawatan rasmi ke Turkmenistan bermula hari ini dan Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedov akan menjadi tuan rumah dalam kunjungan perdana menteri di Istana Oguzkhan pada Isnin.

Dua jam selepas majlis itu, BN pula akan menganjurkan majlis mereka di ibu pejabat Umno Pontian di mana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Umno, Khaled Nordin kepada Malaysiakini.
Walaupun rundingan calon antara Umno dan MCA masih berlangsung, logo BN ​akan digunakan pada majlis pelancaran jentera pilihan raya tersebut.

Sumber BN mengesahkan Presiden MCA Wee Ka Siong juga akan hadir pada acara tersebut. Tidak jelas jika PAS juga akan hadir namun pengaruh parti itu tidak begitu kuat di Johor.

Tanjung Piai adalah kerusi tradisi milik MCA dan antara bekas anggota  parlimennya termasuk bekas Presiden MCA Ong Ka Ting.
Bagaimanapun, bekas penyandangnya, Wee Jeck Seng tewas kepada calon Bersatu Md Farid Md Rafik pada pilihan raya umum lepas dengan hanya 524 undi

Wee menyatakan beliau bersedia bertanding sekali lagi tetapi akar umbi Umno melobi untuk diberikan kerusi itu kepada mereka.

Muhyiddin berada di Pontian sejak semalam untuk bertemu akar umbi parti dan penduduk tempatan.
Kedua-dua parti mengambil kesempatan bertumpu di kawasan itu memandangkan Deepavali jatuh pada hari Ahad dengan cuti umum diganti pada Isnin.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Md Farid meninggal dunia akibat serangan jantung bulan lalu.
Pengundi Tanjung Piai akan keluar mengundi pada 16 Nov.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/prk-tanjung-piai-ph-bn-dijangka-lancar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Tanjung Piai Tiada Kompromi Terhadap Kempen Sentuh Sensitiviti

Prk Tanjung Piai Tiada Kompromi Terhadap Kempen Sentuh Sensitiviti

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 312 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Prk Parlimen Tanjung Piai Jentera Ph Siap Sedia Pastikan Kemenangan

Prk Parlimen Tanjung Piai Jentera Ph Siap Sedia Pastikan Kemenangan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 410 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Prk Tanjung Piai Anwar Dan Dap Tidak Bantu Calon Mahathir

Prk Tanjung Piai Anwar Dan Dap Tidak Bantu Calon Mahathir

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 576 hits
Kalau dibaca 5 perkara utama yang perlu ditumpukan oleh calon PPBM di PRK Tanjung Piai pengundi pengundi kawasan parlimen itu sebenarnya tidak susah untuk memilih ahli parlimen mereka yang baharu Mereka tidak perlukan seorang lagi ahli parl...
Untuk Apa Berbalah Berebut Jadi Calon Prk Tanjung Piai

Untuk Apa Berbalah Berebut Jadi Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 611 hits
Bagai menghela rambut dalam tepung rambut jangan putus tepung jangan berserak Mungkin itulah yang dihadapi Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai Johor Seluruh rakya...
Prk Tanjung Piai Teka Teki Siapa Calon Bn Terjawab Hari Ini

Prk Tanjung Piai Teka Teki Siapa Calon Bn Terjawab Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional akan mengumumkan calon pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai hari ini Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pengumuman akan dibuat di Pusat Gerakan BN selepas waktu solat Isyak baca sini PRK Tanjung P...
Calon Penyatuan Ummah Prk Tanjung Piai

Calon Penyatuan Ummah Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 402 hits
Calon Penyatuan Ummah PRK Tanjung Piai Seperti yang dijangka bekas ahli parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng dicalonkan oleh BN dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad pada malam...
Biodata Wee Jeck Seng Calon Prk Tanjung Piai

Biodata Wee Jeck Seng Calon Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 747 hits
Biodata Wee Jeck Seng calon PRK Tanjung Piai Selepas semua faktor diambil kira melalui perbincangan dan permesyuaratan akhir kepimpinan BN sebulat suara memilih Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon Ahli Parlimen Tanjung Piai Ini merupa...
Umno Prk Tanjung Piai Antara Paling Sukar Uji Muafakat Pembangkang

Umno Prk Tanjung Piai Antara Paling Sukar Uji Muafakat Pembangkang

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 342 hits
Seorang pemimpin Umno berkata pilihan raya kecil Tanjung Piai adalah antara pilihan raya yang paling sukar mencabar dan menguji semangat Barisan Nasional serta Muafakat Nasional Setiausaha Agungnya Annuar Musa berkata beliau bagaimanapun be...
Spr Gesa Bakal Calon Prk Tanjung Piai Isi Semak Borang Awal

Spr Gesa Bakal Calon Prk Tanjung Piai Isi Semak Borang Awal

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 350 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Expands Product Line In Malaysia With Launch Of Three Innovative Power Products

Apa Yang Allah Jauhkan Mungkin Itu Yang Terbaik Untukmu Saat Ini

Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal