Prk Slim Adakah Petunjuk Muafakat Nasional Dapat Sokongan Rakyat




KEPUTUSAN PRK Slim yang memihak kepada Muafakat Nasional (MN) dengan majoriti melebihi 10,000 undi adalah satu penanda aras perubahan politik Malaysia.

Rakyat sudah menolak kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik Malaysia.
Saban hari rakyat semakin muak dengan telatah Pakatan Harapan (PH) dalam memainkan isu yang tidak memberi manfaat.

Malahan janji PH untuk rakyat sehingga hari ini tidak menampakkan sesuatu yang positif dalam kawasan DUN mahupun Parlimen yang diwakili mereka.
Anggapan bahawa dengan adanya Tun Dr Mahathir dalam arena politik pasca 25 Februari boleh membantu kemenangan PH adalah ternyata meleset.

Malahan suara Dato Seri Anwar Ibrahim semakin lenyap dan tidak muncul dalam saat rakyat memerlukannya.

Ini menunjukkan bahawa PH kini hanya tahu berkata-kata tetapi tiada satu pun keprihatinan ke atas kesusahan hidup rakyat.

Apa yang jelas ialah faktor penolakan ke atas kepimpinan Tun Dr Mahathir turut memberi kesan ke atas Pejuang yang berlandaskan semangat kosong.

Amat menyedihkan apabila Tun Dr Mahathir bukan lagi dianggap sebagai pejuang yang membela nasib Melayu dan Bumiputera apatah lagi kedaulatan agama Islam.

Sepanjang 22 bulan pemerintahan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ketujuh boleh dikatakan telah memberi satu pengajaran dan peringatan bahawa kepimpinan Tun Dr Mahathir tidak lagi sama seperti sewaktu menjadi Perdana Menteri Keempat.

Malahan corak kepimpinan beliau dalam masa PH menjadi kerajaan adalah lebih memihak kepada mereka yang kurang suka kepada nilai-nilai Islam dan Melayu.

Ini menyebabkan rakyat terutama Melayu dan Bumiputera sedar bahawa Tun Dr Mahathir tidak boleh lagi diharapkan untuk membela Melayu dan Islam.

Nada beliau sering memperkecil dan memperlekeh Melayu dengan mengatakan Melayu pemalas dan sebagainya.

Malahan beliau kurang mampu menyelesaikan permasalahan Melayu dan Bumiputera apabila melibatkan kepentingan dan agenda lain.

Kelemahan beliau sendiri tidak pernah ditegur oleh kalangan komponen kepimpinan parti lain dalam PH.
Apa yang rakyat lihat ialah pertikaian terbuka antara komponen parti PH apabila berdepan dengan sesuatu isu.

Ada kalanya isu yang ditimbulkan boleh diselesaikan tetapi dibiarkan sehingga memberi kesan ke atas kehidupan rakyat.

Inilah pengajaran yang diterima dan akur oleh rakyat. Rakyat masih ingat bagaimana derita dan sengsara hidup dalam satu janji wacana Malaysia Baharu.

Tetapi apa yang berlaku ialah semakin teruk kehidupan rakyat. Malahan ketelusan dan keintegritian yang dijanjikan hanyalah semangat kosong sahaja.

Akibatnya Tun Dr Mahathir semakin hilang pengaruhnya dalam kalangan rakyat yang dulunya percaya akan beliau disebabkan janji bulan dan bintang.

Tetapi apa yang rakyat dapat adalah hampas dan habuk. Maka tidak hairan dalam penolakan rakyat ke atas PH dan kembali semula kepada MN yang dilihat lebih prihatin dalam PRK Slim.
Pengamatan trend penolakan ke atas Tun Dr Mahathir akan berterusan dan mampu memberikan impak kemungkinan Warisan akan kalah dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Apa yang berlaku di Semenanjung pasti akan berlaku di Sabah.

Bersediakah Tun Dr Mahathir menerima penolakan kedua jika Warisan kalah dalam Pilihan Raya Negeri Sabah nanti. Berundurlah sebelum diundurkan dalam arena politik hari ini.
DR ISKANDAR HASAN TAN ABDULLAH
Pensyarah Kanan UiTM Kelantan

#Sumber : – HARAKAHDAILY 30/8/2020
   
MR :   Adakah sokongan ini kekal sehingga PRU-15, itu perlu dibahaskan 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/prk-slim-adakah-petunjuk-muafakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Menang Besar Prk Slim Hasil Kerjasama Rapat Muafakat Nasional

Bn Menang Besar Prk Slim Hasil Kerjasama Rapat Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 310 hits
freemalaysiatoday August 29 2020 11 06 PMMohd Zaidi Aziz memenangi PRK Slim dengan majoriti 10 945 undi TANJUNG MALIM Calon Barisan Nasional Mohd Zaidi Aziz tidak terkejut dengan majoriti besar yang diperolehinya pada Pilihan Raya Kecil Sli...
Datuk Aziz Kaprawi Kemenangan Besar Bn Di Prk N58 Slim Membawa Tiga Petunjuk Penting

Datuk Aziz Kaprawi Kemenangan Besar Bn Di Prk N58 Slim Membawa Tiga Petunjuk Penting

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 386 hits
1 Tahniah diucapkan kepada Mohd Zaidi Aziz dan seluruh jentera Barisan Nasional kerana telah bertungkus lumus berkempen bagi memastikan kemenangan BN di PRK N58 Slim Ini merupakan satu kejayaan yang besar kerana memperoleh majoriti yang jau...
Ph Tidak Terlibat Secara Langsung Prk Slim Tidak Cerminkan Mood Sebenar Rakyat Dalam Pru

Ph Tidak Terlibat Secara Langsung Prk Slim Tidak Cerminkan Mood Sebenar Rakyat Dalam Pru

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 233 hits
Kemenangan besar calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Slim kelmarin bukankah cerminan sebenar sokongan rakyat kepada parti pro kleptokrasi itu dan tidak semestinya BN akan memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang...
Prk Slim Barisan Nasional Menang Bergaya Dengan Pertambahan Majoriti

Prk Slim Barisan Nasional Menang Bergaya Dengan Pertambahan Majoriti

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 396 hits
SEBELUM terlambat tahniah terlebih dahulu kerana berjaya mengekalkan kerusi Barisan Nasional di DUN Slim Sementara itu Mohd Zaidi Aziz Telah mendahului dua pencabarnya dengan memperolehi 241 undi bagi Undi Awal Pos BN yakin menang semua PDM...
Prk Dun Slim Undi Awal Bermula

Prk Dun Slim Undi Awal Bermula

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 248 hits
TANJUNG MALIM Seramai 267 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia mula menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim hari ini Proses pengundian awal berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daer...
Memperkasa Muafakat Nasional

Memperkasa Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 154 hits
MUAFAKAT Nasional yang dibentuk pada tahun 2019 kini menjadi tumpuan susulan pembentukan kerajaan Persekutuan yang baharu melalui gabungan beberapa parti politik termasuk UMNO dan Pas Perkembangan ini turut menjadikan MN semakin relevan seb...
Prk Slim Kempen Bn Masuk Quot Gear Lima Quot Zahid Hamidi

Prk Slim Kempen Bn Masuk Quot Gear Lima Quot Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 244 hits
TANJUNG MALIM Kempen Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Slim kini memasuki gear lima kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata calon BN Mohd Zaidi Aziz 43 telah diminta mempergiatkan
Prk Slim Adalah Pertandingan Antara Mentor Dan Protege

Prk Slim Adalah Pertandingan Antara Mentor Dan Protege

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 247 hits
Sepanjang 5 hari mengikuti pergerakan calon BN Saudara Mohd Zaidi Aziz bolehlah saya katakan ia adalah pertandingan adik abang Mohd Zaidi Aziz adalah abang dan mentor kepada calon bebas lambang pokok no 1 yang boleh disebut sebagai protege ...
Barisan Nasional Retains Slim With Landslide Victory In By Election

Barisan Nasional Retains Slim With Landslide Victory In By Election

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 309 hits
Barisan Nasional has retained the Slim state seat in Perak with a landslide victory in the by election on Saturday BN s candidate Mohd Zaidi Aziz won 13 060 votes to beat two independent candidates Lawyer Amir Khusyairi Mohamad Tanusi garne...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta