Prk Semenyih Situasi Masih 50 50



PRK Semenyih: Situasi masih 50:50Posted By: Pentadbiron: February 25, 2019 Print EmailMasih tidak jelas siapa bakal pemenang ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih berbaki kurang enam hari, dengan kedua-dua parti bekerja lebih masa memastikan sebanyak mungkin penyokong mereka keluar mengundi.Satu kajian oleh badan pemikir Institute Darul Ehsan (IDE) mendapati Pakatan Harapan (PH) sedikit mendahului sebelum kempen bermula tetapi ia tercabar apabila pengundi merungut tentang kos sara hidup yang tinggi, termasuk kenaikan 10 sen harga petrol.Aktivis PH dan Barisan Nasional (BN), dua gabungan terbesar dalam PRK itu berkata kebimbangan utama mereka ialah jumlah pengundi kerana PRK itu dilihat tidak signifikan memandangkan ia tidak akan mengubah kuasa di Selangor, dan kerajaan persekutuan.Penganalisis kanan IDE Dr Kamarul Bahrin Zahid berkata kurangnya keterujaan pada PRK itu terlihat pada perang bendera dan kumpulan kecil yang datang pada acara dan program kempen.Gabungan pembangkang berharap untuk mendapatkan lebih 14,400 undi yang diterima pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menerusi undi daripada PAS, yang berjaya memperoleh kira-kira 6,900 undi.Aktivis BN memberitahu The Malaysian Insight mereka berharap protes senyap terhadap PH daripada kalangan penjawat awam dan pengundi muda berhubung janji pilihan raya yang tidak dipenuhi dan tekanan kos sara hidup, akan memberikan lebihan 2,000 undi yang diperlukan untuk menang.Pada PRU14, PH berjaya menerima 23,428 daripada empat partinya. Jika PAS dan BN mengekalkan tahap sokongan dan undi, mereka masih memerlukan lebihan 2,000 untuk menewaskan PH.Sementara itu, gabungan pemerintah mempertaruhkan rekod perkhidmatan cemerlang dalam kerajaan negeri Selangor dan sokongan berterusan pengundi kelas pertengahan terhadap pentadbiran persekutuan yang masih baru untuk terus berkhidmat.“Ia masih PRK yang sukar dan tidak jelas siapa yang akan menang walaupun PH bermula dengan sedikit mendahului.“Tetapi PH berdepan kritikan kerana kos sara hidup, terutama selepas harga petrol naik 10 sen pada hujung minggu ini. Ini menyebabkan kemarahan di media sosial,” kata Kamarul Bahrin kepada The Malaysian Insight.“Demam kempen kedua-dua pihak juga kurang. Tetapi ia kekal pada dasarnya sebagai pertandingan PH-BN walaupun dengan kehadiran calon PSM (Parti Sosialis Malaysia) dan bebas.”Kerusi DUN itu yang hampir dengan sempadan Negeri Sembilan di tenggara Selangor mempunyai 53,257 pengundi berdaftar. Melayu membentuk 68% pengundi, diikuti Cina (17%) dan Indian (14%). Terdapat juga masyarakat Orang Asli mewakili 1% pengundi.Calon PH, Aiman Zanali berdepan calon BN, Zakaria Hanapi, Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan calon bebas Kuan Chee Heng.Pemimpin akar umbi Umno Hulu Langat Shamsul Zainuddin yakin BN dapat menewaskan PH dengan sokongan PAS selagi mereka dapat menarik semua penyokong untuk keluar mengundi pada 2 Mac.“Itu isu utama,” kata Shamsul kepada The Malaysian Insight ketika ditanya apa cabaran utama berkempen di pusat daerah mengundi (PDM) Kantan Permai, iaitu kawasan ketiga terbesar pengundi daripada 23 kawasan di Semenyih.“Kami ada isu yang boleh dimainkan, ahli PAS dan Umno bekerjasama dengan baik, tapi apa yang kami perlukan ialah semua penyokong keluar mengundi.” 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/02/prk-semenyih-situasi-masih-5050.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Janji Biar Lebih Munasabah

Prk Semenyih Janji Biar Lebih Munasabah

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 381 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan perlu mengambil kira beberapa faktor termasuk keperluan dan kepadatan penduduk sebelum merancang untuk membina hospital di Semenyih Selangor kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Beliau berkata...
Prk Semenyih Ph Makin Terdesak Risalah Memburukkan Ds Najib Di Edar

Prk Semenyih Ph Makin Terdesak Risalah Memburukkan Ds Najib Di Edar

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 361 hits
Kempen PRK DUN Semenyih makin hangat Terkini di kesan risalah2 fitnah yang memburukkan Datuk Seri Najib dan isteri beliau Datin Seri Rosmah di edarkan untuk mencantas fenomena BossKu yang semakin hebat di Semenyih Risalah 2 mukasurat tu mem...
Rasuah Rm100 Diumum Untuk Anak Muda Menjelang Prk Semenyih Dan Rantau Tapi 6 Minit Kemudian Lim Guan Eng Buat U Turn

Rasuah Rm100 Diumum Untuk Anak Muda Menjelang Prk Semenyih Dan Rantau Tapi 6 Minit Kemudian Lim Guan Eng Buat U Turn

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 569 hits
Sekali lagi nampaknya Menteri Kewangan Malaysia buat lawak Bantuan Sara Hidup Bujang 2019 diumumkan pada jam 4 10 petang Jumlahnya adalah RM100 berbanding RM450 yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional menerusi BR1M untuk golongan buja...
Prk Semenyih Pakatan Harapan Dilanda Tsunami Mahathir Bakal Berdepan Undi Tidak Percaya

Prk Semenyih Pakatan Harapan Dilanda Tsunami Mahathir Bakal Berdepan Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 541 hits
Adakah ini siri balas dendam DAP terhadap PPBM kerana kekalahan calon mereka di Prk Cameron Highlands tempohari Bermula dengan kecaman Ronnie Liu kini Boo Cheng Hau pula mendesak agar Mahathir meletakkan jawatan kerana tidak berpegang pada ...
Prk Semenyih Aiman Tak Malu Menteri Kkm Nafi Cadang Bina Hospital Semenyih

Prk Semenyih Aiman Tak Malu Menteri Kkm Nafi Cadang Bina Hospital Semenyih

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 681 hits
Aiman Zainali KANTOI apabila hasrat beliau mahu membina sebuah Hospital di Semenyih dinafikan oleh Menteri Kesihatan Terbukti calon PPBM ini bercakap seperti Manifesto PH tanpa berfikir panjang hanya kerana mengejar populariti dikalangan pe...
Terkini Perkasa Tolak Sokong Calon Ph Prk Semenyih

Terkini Perkasa Tolak Sokong Calon Ph Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 364 hits
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia hari ini membuat pendirian secara terbuka untuk menyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata dengan keputusan itu Perk...
Prk Semenyih Aiman Tak Kisah Tol Tidak Dihapuskan Sibuk Janjikan Hospital

Prk Semenyih Aiman Tak Kisah Tol Tidak Dihapuskan Sibuk Janjikan Hospital

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 489 hits
Calon Pakatan Harapan Aiman Zainali mahu fokus pembinaan sebuah Hospital di Semenyih sedangkan jalan masuk ke tempat berkenaan dilingkari TOL Mengapa beliau tidak mahu memperjuangkan penghapusan TOL di Semenyih sebaliknya mahu Hospital Adak...
Undi Tidak Percaya Terhadap Mahathir Kaitan Dengan Umno Pas Prk Semenyih

Undi Tidak Percaya Terhadap Mahathir Kaitan Dengan Umno Pas Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 448 hits
Sebenarnya isu mudah UMNO dan PAS telah membuktikan ketulinan kerjasama di antara mereka Jika pada awalnya hanya kepimpinan sahaja tetapi kini turut melibatkan akar umbi dari segi gerak kerja pilihanraya dan undi Maka untuk memastikan undi ...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Elaun Bulanan Guru Tadika Islam Pulau Pinang Naik Rm400 Ditawar Lanjut Pengajian Secara Percuma

Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Labubu Craze The Plush Toy Phenomenon Redefining Pop Culture Collectibles

Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar