Prk Semenyih Saya Boleh Tentukan Tarikhnya Azhar Harun


KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun berkuasa untuk menentukan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih yang bakal diadakan, walaupun tanpa kehadiran ahli-ahli suruhanjaya yang lain.

Azhar, ketika mendedahkan perkara itu berkata, SPR juga tidak perlu mengadakan mesyuarat untuk memutuskan tarikh pilihan raya dan tarikh-tarikh penting lain yang berkaitan dengan pilihan raya kecil berkenaan.

“Tidak perlu mengadakan mesyuarat. Hanya perlu membuat keputusan. Sekiranya ada ahli-ahli yang lain, maka sudah tentulah majoriti ahli suruhanjaya mesti bersetuju (dengan penetapan tarikh pilihan raya itu).

“Tetapi jika hanya ada saya seorang, saya akan buat keputusan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program siaran langsung bual bicara “The Nation” menerusi saluran BNC di Wisma Bernama, di sini hari ini.

SPR terdiri daripada tujuh ahli termasuk pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli suruhanjaya.

Pelantikan mereka diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Azhar berkata, fungsi suruhanjaya itu tidak terjejas dengan peletakan jawatan mana-mana ahli suruhanjaya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi SPR itu yang mengesahkan bahawa SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Undangan Negeri Selangor mengenai kekosongan kerusi Semenyih itu hari ini berkata keputusan mengenai PRK itu akan dibuat menjelang minggu depan.

“Kami akan buat keputusan tidak kurang dari empat hari mulai hari ini dan tidak lebih 10 hari dari hari ini," kata beliau.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian mengejut penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor kerana serangan jantung pada Jumaat lepas.

PRK itu adalah yang keenam diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Azhar berkata, kekosongan jawatan enam ahli suruhanjaya termasuk timbalan pengerusinya yang meletak jawatan pada 1 Januari, akan diisi segera.

“Saya tidak terlibat dalam proses pelantikan mereka, jadi saya tidak tahu apa statusnya. Tapi saya fikir (cadangan nama-nama calon) sedang diteliti, saya yakin mereka akan dilantik segera," katanya.

Terdahulu, dalam program bual bicara itu, Azhar berkata, SPR sedang meneliti cadangan untuk memperkenalkan sistem e-undi di Malaysia, yang disifatkannya sebagai lebih efektif dari segi kos, lebih efisien dan sukar ditipu.

Bagaimanapun, katanya cadangan itu memerlukan lebih banyak kajian termasuk dari aspek perundangan lain dan ia mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Tidak pada pilihan raya umum akan datang mahupun pada PRU16," kata beliau. - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beruangbiru1.blogspot.com/2019/01/prk-semenyihsaya-boleh-tentukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Dun Semenyih Pas Tidak Letak Calon

Prk Dun Semenyih Pas Tidak Letak Calon

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 343 hits
Satu strategi PAS iaitu satu lawan satu Kita nantikan PRK Dun Semenyih pula
Dap Tentukan Masa Depan Anwar Walau Pun Nak Hadapi Prk Cameron Highland Dap Dah Menggelabah

Dap Tentukan Masa Depan Anwar Walau Pun Nak Hadapi Prk Cameron Highland Dap Dah Menggelabah

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 502 hits
Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku sekadar boneka selepas mengatakan jawatan Perdana Menteri di sandangnya di tentukan oleh parti DAP sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaako...
Spr Tetapkan 2 Mac Tarikh Pengundian Prk Dun Semenyih

Spr Tetapkan 2 Mac Tarikh Pengundian Prk Dun Semenyih

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 394 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 2 Mac sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon adalah 16 Februari sementara hari mengundi awal ad...
Prk Semenyih Undi 2 Mac Penamaan Calon 16 Feb

Prk Semenyih Undi 2 Mac Penamaan Calon 16 Feb

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 367 hits
MALAYSIAKINI Suruhanjaya Piihan Raya hari ini menetapkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih akan diadakan pada 2 Mac 2019 Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon pula akan diadakan pada 16 Febuari manakal...
Dimana Tempat Boleh Hantar Al Quran Rosak Dan Buku Agama Untuk Dilupuskan

Dimana Tempat Boleh Hantar Al Quran Rosak Dan Buku Agama Untuk Dilupuskan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1336 hits
Sebelum ni saya ada tulis tentang cara untuk Caranya memang rumit sikit sebab kita tak boleh sebarang je bakar Semuanya kena diasingkan Tambah pulak bila kita ni duduk kawasan taman mana boleh sebarangan bakar Nanti marah la jiran jiran Mem...
Hanya Dengan 2 Bahan Ini Sudah Boleh Buat Biskut Susu Yang Simple Rangup

Hanya Dengan 2 Bahan Ini Sudah Boleh Buat Biskut Susu Yang Simple Rangup

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1268 hits
Percaya tak anda boleh membuat biskut susu yang sedap dengan hanya menggunakan2 bahan Mungkin ada yang tak perasan biskut ini kerap juga menjadi viralterutamanya ketika menjelang hari perayaan Biskut susu 2 bahan yang dimaksudkan ini memang...
Calon Bn Di Cameron Highlands Adalah Calon Yang Boleh Beri Kemenangan Parti Mohamad

Calon Bn Di Cameron Highlands Adalah Calon Yang Boleh Beri Kemenangan Parti Mohamad

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 335 hits
nbsp KUALA LUMPUR 10 Jan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti berkenaan akan berusaha keras dalam usaha membantu Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26
Siapa Sebenar Yang Boleh Melihat Status Whatsapp Kita

Siapa Sebenar Yang Boleh Melihat Status Whatsapp Kita

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 327 hits
Boleh di katakan semua rangkaian media sosial sekarang ni membolehkan kita update status atau story buat friends atau followers Kalau di Facebook Messenger atau Instagram pastilah status atau story kita boleh di lihat oleh followers dan fri...
Tuala Wanita Ajaib Dakwa Boleh Rawat Sakit Dalaman Wanita

Tuala Wanita Ajaib Dakwa Boleh Rawat Sakit Dalaman Wanita

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 413 hits
Media sosial dikejutkan dengan ciptaan baru lagi canggih berasaskan tuala wanita yang didakwa boleh menguatkan otot pelvis wanita serta mampu merawat lemah kawalan kencing Hal ini membuatkan orang ramai mula mempersoalkan kelebihan produk t...
Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post

Rompak Cari Duit Raya

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Ktmb Extends Its Ets Train Service To Segamat From Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Di Mana Keberkatan Sahur

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

Farisha Iris Feat Dahlia Rizal Tradisi Raya Chord

Perbezaan Antara Beras Perang Dan Beras Merah Manakah Lebih Baik Antara 2

Bab 3 Mac 2025