Prk Selesai Ada Lagi Yang Belum



Sabtu tanggal 9 Sept 2023 adalah hari yang bukan “happy” untuk Muhyiddin Yassin, pengerusi Perikatan Nasional (PN). Pada hari itu disiar laporan berita menyatakan polis telah membuka dua kertas siasatan terhadapnya berhubung kenyataannya semasa berkempen PRK Pulai dan Simpang Jeram di Johor yang dikatakan menyentuh isu 3R yakni mengenai kaum, agama dan raja. Saya tidak bercadang huraikan kerana ramai sudah maklum apa yang didakwa telah disuara dan dilakukan Muhyiddin.
Pada sebelah malamnya pula Muhyiddin menerima berita calon gabungannya di kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kalah PRK kedua-dua kawasan berkenaan.
Di Pulai calon PN datangnya daripada Bersatu, parti beliau sendiri. Walaupun sejak awal PN menghadapapi laluan sukar di Pulai dan Muhyiddin sedar kemungkinan tewas memang besar, kekalahan orang parti sendiri tetap pedih.
Di Simpang Jeram PN dikatakan berpeluang menang. Namun keadaan lebih memedihkan walaupun bukan Bersatu yang mewakili PN tetapi sekutunya PAS. Kekalahan amat dirasai Muhyiddin kerana keterampilannya sebagai bekas perdana menteri dan Ahli Parlimen Pagoh, kawasan yang berjiran dengan Simpang Jeram tidak dapat membawa kemenangan PN. Mungkin ramai tahu perjalanan dari Pagoh ke Simpang Jeram mengambil masa kira-kira hanya 17 minit.
Pertama kali Muhyiddin menang di Pagoh ialah pada 1978. Kekal hingga 1982 untuk memberi tumpuan terhadap politik negeri sebelum dilantik menteri besar Johor bermula 1986. Pada 1995 beliau kembali ke Pagoh dan menang. Beliau terus menang di situ sehingga PRU15 tahun lalu. “Credential” yang “impressive” pada pandangan saya. Begitu juga hakikat beliau kelahiran Johor, anak seorang guru agama, bekas menteri besar, bekas timbalan perdana menteri dan bekas perdana menteri. Tentunya PN bergantung harap “aura” Muhyiddin akan membawa kemenangan. Namun ciri-cirinya tidak membantu. Saya kira berbanding Pulai, kekalahan PN di Simpang Jeram memberi kesan ke atas Muhyiddin secara peribadi. Mungkin beliau boleh “menyedapkan hati” kerana PAS sejak dahulu tidak kuat di Johor.
Namun, beliau boleh menarik nafas lega kerana PN dilihat dapat menambah undi yang diterima di Simpang Jeram juga di Pulai. Meskipun ditewaskan Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti yang boleh dikatakan besar.
Di Simpang Jeram PN dikatakan mencatat peningkatan 62.7% berbanding apa yang diperoleh pada PRN Johor Mac 2022. Manakala di Pulai peningkatan 43.4% berbanding PRU15 November lalu. Bila bercakap mengenai sokongan untuk PN ertinya sokongan orang Melayu. Jelas isu bangsa dan agama yang dicanang PN menyumbang ke arah sokongan Melayu yang diterima.
Namun, perlu diingat peratusan keluar mengundi untuk PRK Pulai dan Simpang Jeram amat rendah. Antara faktor utama cuaca. Hujan lebat menghalang rakyat keluar mengundi. Bercakap mengenai pengundi Melayu persoalan yang menyusul ialah secara am siapa mereka undi?
“Yang mengundi PH dalam PRU15 dan PRN Johor dulu kekal undi PH. Yang undi PN kekal undi PN. Pengundi tegar Umno yang keluar mengundi, sebahagan undi PH, sebahagian undi PN peratusan hampir seimbang,” kata Yusri Ibrahim ketua penyelidik Ilham Centre.
Bagi PH kejayaan di Pulai dan Simpang Jeram kata mereka bukti politik membenci dan sentimen bangsa dan agama ditolak majoriti rakyat. Malah soal Presiden Umno Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan berhubung kes mahkamahnya tidak membawa padah.
Sehari sebelum PRK 9 Sept lalu. Yusri ditanya menerusi laman Facebook beliau sama ada keputusan kes Zahid akan membawa kesan ke atas pengundian. Jawab beliau pengundi sudah buat keputusan mahu undi siapa sejak awal.
Kata penganalisis politik Sivamurugan Pandian, kemenangan di Pulai dan Simpang Jeram memberi PH-BN “morale legitimacy”. PN kata beliau masih gagal menembusi Johor yang kekal kubu PH-BN. Saya menyimpulkan itu sebagai gelombang hijau tersekat. Dalam konteks Johor beberapa pemerhati politik berkata Umno masih relevan di negeri itu.
Bagaimanapun, kejayaan PH mempertahankan Pulai tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen yang dipegang selama ini. Sebabnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, presiden Muda tarik sokongan. Tanpa sokongan beliau yang merupakan Ahli Parlimen Muar (kerusi tunggal Muda di Parlimen), PH dan sekutunya dalam kerajaan perpaduan mempunyai 146 kerusi – kurang satu untuk majoriti dua pertiga.
Majoriti dua pertiga kita tahu diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dan untuk mencapai beberapa pembaharuan yang mahu dilaksanakan kerajaan.
Syed Saddiq menarik sokongan berikutan keputusan kes Zahid Hamidi. Beliau mahu Jabatan Peguam Negara menjelaskan perkara itu. Jabatan berkenaan ada membuat penjelasan. Jelas ia tidak memuaskan hati Syed Saddiq.
Pun begitu bermula hari ini mesyuarat khas Dewan Rakyat akan berlangsung selama enam hari tertumpu kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 atau KSP RMK12 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga menteri kewangan dalam perkongsian di Facebook menyatakan mesyuarat khas itu untuk membincangkan hala tuju baharu bagi memastikan ekonomi negara “kekal kukuh dan berada di landasan yang tepat ke arah mencapai agenda Malaysia Madani”.
Berbalik kepada PRK Pulai dan Simpang Jeram. Yang boleh dirumuskan pada hemat saya ialah walaupun menang selesa PH-BN tidak boleh “take for granted” sokongan rakyat di samping perlu mendapat sokongan padu orang Melayu. “Doable?” mungkin. PN pula perlu mendapatkan sokongan orang bukan Melayu. Sukar? Ya memang sukar akibat tingkah laku sendiri. Dalam usaha meraih sokongan Melayu mereka berjaya melukakan perasaan dan menakutkan orang bukan Melayu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/aa_16.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nota Serah Tugas Untuk Status Tugas Yang Masih Belum Selesai Dan Skop Kerja

Nota Serah Tugas Untuk Status Tugas Yang Masih Belum Selesai Dan Skop Kerja

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 364 hits
Cerita masa hari last di KKR Jumaat lepas k fiezz siapkan Nota Serah Tugas untuk PA yang akan bertukar tempat dengan k fiezz Format nota serah tugas udah tersalah pula Aiihh dah nak balik baru bos pegawai lain tegur Sabor je lah So tak apa ...
Selepas 22 Tahun Serangan 9 11 Lebih 1 000 Mangsa Belum Dikenalpasti

Selepas 22 Tahun Serangan 9 11 Lebih 1 000 Mangsa Belum Dikenalpasti

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 171 hits
BernamaNEW YORK Lebih 1 000 mangsa masih gagal dikenal pasti ketika Amerika Syarikat memperingati ulang tahun ke 22 serangan 9 11 pada Isnin lapor Xinhua Satu upacara memperingati diadakan pada Isnin di Memorial dan Muzium 11 September Keba...
Kata Kemenkes Soal Dokter Mogok Layani Pasien Gara Gara Insentif 6 Bulan Belum Dibayar

Kata Kemenkes Soal Dokter Mogok Layani Pasien Gara Gara Insentif 6 Bulan Belum Dibayar

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 101 hits
Dokter di RSUD Soe menolak melayani pasien karena insentifnya selama enam bulan belum dibayar
Cara Cek Apakah Sudah Terdaftar Peserta Bpjs Atau Belum

Cara Cek Apakah Sudah Terdaftar Peserta Bpjs Atau Belum

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 215 hits
Selamat Datang di Blog Orang IT BPJS Kesehatan merupakan badan hukum publik yang menyelenggarakan program jaminan kesehatan bagi seluruh rakyat Indonesia Tujuannya untuk memenuhi kebutuhan masyarakat akan kesehatan khususnya bagi masyarakat...
Update Kebakaran Gunung Bromo Berikut Titik Api Yang Belum Padam

Update Kebakaran Gunung Bromo Berikut Titik Api Yang Belum Padam

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 286 hits
pihak Balai Besar TNBTS menutup kawasan taman nasional secara total sejak 10 September 2023 pukul 19 00 Wib
Teka Teki Yang Belum Terpecahkan Dalam Kasus Penemuan Mayat Ibu Dan Anak Di Depok

Teka Teki Yang Belum Terpecahkan Dalam Kasus Penemuan Mayat Ibu Dan Anak Di Depok

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 294 hits
Sejumlah bukti perkara ditemukan oleh Polisi menjadi jejak untuk mengungkap di balik kematian tragis keduanya
Kau Pondan Takde Anak Kau Belum Kena Buku Dengan Ruas Che Ta Sembur Azwan Ali Melampau Biadap

Kau Pondan Takde Anak Kau Belum Kena Buku Dengan Ruas Che Ta Sembur Azwan Ali Melampau Biadap

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 257 hits
Pelakon jelita Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta hilang sabar selepas pengacara sensasi Azwan Ali melampaui batas kerana melibatkan anak perempuannya Aaishah Dhia Rana baru baru ini
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu