Prk Rantau Nak Buat Kolej Buatlah Jangan Cakap Saja Tok Mat


Rahimah Abdullah, Astro Awani MOHAMAD: Baguslah idea tu. Jadi buatlah kolej jangan tak buat. Jangan cakap saja. -Astro AWANI 

SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mengalu-alukan hasrat lawannya daripada Pakatan Harapan (PH) yang mahu membuka institusi pengajian tinggi atau kolej di Rantau.

Beliau mahu Dr S. Streram membuktikannya dan tidak sekadar menabur janji semata-mata.

BACA: PRK Rantau - Streram cadang golongan muda libat industri pertanian

Bagaimanapun, katanya, jumlah penduduk di Rantau tidak begitu ramai menyebabkan penubuhan kolej bukan satu keperluan mendesak.

“Baguslah idea tu. Jadi buatlah kolej jangan tak buat. Jangan cakap saja. Sebab kadang-kadang PH ni dia cakap saja. Janji lama tak buat lagi, janji baharu nak ditaburkan.

"Ini kerana kalau di Rantau ini nak mewujudkan kolej, penduduk Rantau ini tak besar,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama BN, di sini, pada Isnin.

Ketika berkempen di Kampung Sawah, Dr Streram berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk membangunkan institusi pengajian tinggi di Rantau memandangkan IPT yang terdekat ialah di Pedas dan Seremban.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pelbagai usaha dilakukan beliau sebelum ini termasuk mewujudkan Malaysia Vision Valley bagi meluaskan kawasan negeri dan sekali gus membina lebih banyak institusi pengajian tinggi serta kawasan industri.

“Sebab itu saya nak besarkan Negeri Sembilan ini dijadikan ia sebagai sebahagian Lembah Klang yang besar. Seremban dan Port Dickson sudah dimasukkan dalam The Greater Klang Valley,” tambahnya.

Mengenai peluang pekerjaan kepada anak muda di Rantau, Mohamad berkata pewujudan Sendayan Tech Valley berjaya menyediakan pekerjaan kepada kira-kira 4,000 orang daripada golongan itu.

Malah, ia sekali gus mengurangkan penghijrahan orang muda ke negeri lain terutama Kuala Lumpur.

“Sendayan Tech Valley ini banyak peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dan ramai anak tempatan telah berjaya balik bekerja di tempat sendiri seperti STV itu 3,000 ke 4,000 pekerjaan telah diwujudkan dan banyak lagi industri akan diadakan.

“Rantau ini adalah sebahagian Malaysia Vision Valley yang kita cadangkan dulu. Kalau kita teruskan maka Rantau akan masuk dan adalah sebahagian daripada rangka rancangan besar untuk membangunkan Negeri Sembilan,” kata beliau lagi.

Namun sebagai parti pembangkang, BN tidak dapat membuat dasar-dasar melibatkan pekerjaan, tetapi cukup untuk menjadi parti yang mendesak kerajaan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/prk-rantau-nak-buat-kolej-buatlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Menang Di Prk Rantau Tak Berubah Apa Apa

Tok Mat Menang Di Prk Rantau Tak Berubah Apa Apa

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 547 hits
Tok Mat Menang Di PRK Rantau Tak Berubah Apa Apa Calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Rantau Mohamad Hasan percaya karier politiknya tidak akan berakhir meskipun jika beliau tewas pada PRK berkenaan Andai kata saya tak berjaya dalam PRK ni ...
Najib Tok Mat Kempen Undi Masyarakat India Prk Rantau

Najib Tok Mat Kempen Undi Masyarakat India Prk Rantau

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 757 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan ketika hadir pada ceramah umum bossku bersama masyarakat India sempena kempen Pilihan Raya Kecil N 27 Rantau di Bandar Ekar Rantau Negeri S...
Peluang Menang Prk Rantau Ada Tapi Rumit Tok Mat

Peluang Menang Prk Rantau Ada Tapi Rumit Tok Mat

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 388 hits
SEREMBAN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan tidak mahu pengundi Dun Rantau terlalu awal yakin yang beliau akan memenangi PRK DUN Rantau pada 13 April ini Menurutnya yang mesra disapa Tok Mat keyakinan sebegitu berbahaya kerana ...
Tok Mat Takut Sangat Kalah Di Prk Rantau Ini Petandanya

Tok Mat Takut Sangat Kalah Di Prk Rantau Ini Petandanya

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 406 hits
Tok Mat Takut Sangat Kalah Di PRK Rantau Ini Petandanya Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa pengumuman penamaan calon yang lewat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk Pilihan Raya Kecil Rantau adalah bagi mengurangkan momentum kemen...
Prk Rantau Silaplah Kata 14 Tahun Saya Tak Buat Apa Apa Tok Mat

Prk Rantau Silaplah Kata 14 Tahun Saya Tak Buat Apa Apa Tok Mat

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 398 hits
Astro Awani MOHAMAD Tak ada ada isu apa pun Sendayan berada di dalam Rantau jadi silaplah siapa yang pernah kata 14 tahun saya tak buat apa apa Gambar fail SEREMBAN Penyandang kerusi DUN Rantau Datuk Seri Mohamad Hassan menafikan wujud tida...
Prk Rantau Tok Mat Makin Gelabah Dan Mula Main Kotor

Prk Rantau Tok Mat Makin Gelabah Dan Mula Main Kotor

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 430 hits
Gelabah Semakin panik Masyarakat Rantau telah mula kenal siapa Tok Mat calon Bn sebenarnya Indah khabar dari rupa Akhirnya sampai ke tahap ini kempen mereka
Prk N27 Jangan Kita Terganggu Konsentrasi Dengan Provokasi Provokasi Tok Mat

Prk N27 Jangan Kita Terganggu Konsentrasi Dengan Provokasi Provokasi Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 231 hits
Berhubung dengan PRK DUN Rantau Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berharap jentera terus bersama sama menggiatkan usaha untuk menemui seramai mungkin pengundi serta menolak segala tohmahan liar yang bertujuan mahu melemahkan kekuatan ...
Prkrantau Tok Mat Orang Sini Senang Nak Jumpa Penduduk Rantau

Prkrantau Tok Mat Orang Sini Senang Nak Jumpa Penduduk Rantau

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 436 hits
Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan disifatkan oleh penduduk sebagai individu yang paling layak mewakili mereka Berlatarbelakangkan anak tempatan serta telah banyak membantu d...
Mat Hasan Sah Tanding Prk Rantau

Mat Hasan Sah Tanding Prk Rantau

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 383 hits
Mat Hasan sah tanding PRK Rantau Dikemas kini 55 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 23 Mar 2019 8 08AM middot
Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Anda Saksikan Sendiri Sikap Peniaga Di Jalan Tar

Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Tip Char Kue Tiau Sedap Masukkan Satu Bahan Ni Masa Menumis Bahan Bahan 2 Ge

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Bumiputera Company Ousted Chinese Company Installed The Story Behind Kl Tower