Prk Kkb Kuala Kubu Baru






PRK antara paling sukar pernah saya hadapi sejak bergiat dengan politik tanah air bermula tahun 1988 ialah di KKB. Sukar sungguh. 


KKB, Kiri Kanan Bukit, kata penduduk tempatan, bukit-bukit cabaran perjalanan perjuangan. Namun digagahi juga untuk pergi balik dalam tempoh 12 hari, 12 kali ke sana.


Tugas untuk menawan hati pengundi Melayu agar mengundi calon DAP Sdri Pang Sock Tao daripada Pakatan Harapan bukannya mudah. Kami gunakan istilah calon Perpaduan sejak mula berkempen.


Saya diminta berucap oleh DW Megat Zulkarnain Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Setiausaha Politik kepada YAB TPM1 untuk mewakili UMNO/BN pada hari memperkenalkan calon. Formula ABCDE saya kongsikan untuk menang iaitu Aktiviti, Berpadu, Calon, Data & Emosi. 


Ketika berucap dalam siri kempen seterusnya, saya bertanya kepada yang hadir samada ingin jadikan KKB kawasan pembangkang atau kawasan kerajaan? Mereka menjawab dengan lidah yang fasih “kerajaan”❗️dan tentu lega hati semua bila mendengar jawapan itu.


Seterusnya diceritakan Kerajaan tergantung 5 hari selepas PRU15 yang akhirnya UMNO/BN menjunjung Titah SPB YDP Agong agar diwujudkan Kerajaan Perpaduan.


Ditambah sudah ada 3 orang YB Pembangkang di Hulu Selangor, Hulu Bernam dan Batang Kali. Cukuplah jumlah itu. Berilah calon Perpaduan di KKB untuk menjadi jambatan bagi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang tentunya lebih adil serta berusaha secara berterusan untuk membangunkan KKB.


Dalam siri ceramah kelompok, berdepan orang UMNO, saya minta YB Steven Sim, Setiausaha Organisasi DAP agar mengakui bahawa DAP menyokong kedudukan Islam, hak istimewa Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Dan beliau telah mengesahkannya. Dalam Ceramah Grand Finale, YB Anthony Loke, Setiausaha Agong DAP juga menyebut yang DAP menyokong 4 perkara utama itu.


Di pentas itu juga saya menitipkan pantun ini:


Jika tuan, pergi memancing,
Dalam baldi, berisi umpan;
Kami sekarang, sudah kamceng,
Demi generasi, masa hadapan.


Banyak yang terlibat dalam meraih kemenangan di KKB. Bermula dengan Presiden UMNO DS Dr Ahmad Zahid, YB Timbalan, 3 Naib, ramai Ahli MKT, Wanita, Pemuda, Puteri, Veteran dan tentunya juga atas jawatan parti, PMX DS Anwar, MB Selangor DS Amirudin, beberapa orang MB, Menteri, Timbalan, Exco serta pimpinan parti Amanah, DAP, PKR, MIC, Friends of BN dan banyak NGOs, UMNO Hulu Selangor Dato Isa, Dato Rosni dan UMNO Negeri Selangor 5 peringkat, 4 negeri serta 21 bahagian angkat serta ramai lagi. Terima kasih banyak kepada mereka semua.


Kepada YB baru, YB Puan Pang Shock Tao, ada banyak surat-surat permohonan rakyat diberi kepada saya ketika di sana. Salinannya akan saya beri kepada YB, selain saya juga akan turut membantu. YB akan menerima banyak lagi surat. Jadilah YB yang tekun dan gigih dalam memberi khidmat terbaik untuk rakyat. 


Pantun orang dulu ada menyebut;


Jika mencari,
tempat mandi, 
Pertama telok, kedua landai;
Jika mencari, pemimpin negeri,
Pertama elok, kedua pandai.


Maka jadilah YB yang elok dan pandai. Saya yakin Saudari boleh melakukannya.


Sekian, 
Salam Perjuangan,
Salam Perpaduan,
Salam Malaysia Madani,
Salam Hari UMNO 11 Mei.


*Ahmad b Maslan*
Ketua Sekretariat War Room, Ahli MKT UMNO.
12 Mei 2024.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/prk-kkb-kuala-kubu-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Kuala Kubu Baru Soal Jawab Calon Dap Dengan Rakyat

Prk Kuala Kubu Baru Soal Jawab Calon Dap Dengan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 276 hits
Tergagap juga nampak nak jawab Dan yang menarik pakai songkok Calon DAP Gagap nak jawab persoalan orang tempatan Hahaha BN tak join sekali ker kempen BANkami TV
Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 440 hits
SUASANA PRK Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor dilihat kurang meriah dengan amat kurangnya kehadiran dalam ceramah ceramah anjuran Perikatan Nasional Dengar dengar daripada kalangan ahli PAS di Hulu Selangor khususnya di Kuala Kubu Baharu b...
Penggiat Media Sosial Pro Kerajaan Perpaduan Turun Bertempur Di Prk Kuala Kubu Baru Minggu Ini

Penggiat Media Sosial Pro Kerajaan Perpaduan Turun Bertempur Di Prk Kuala Kubu Baru Minggu Ini

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 175 hits
Pertubuhan Sekretariat Komunikasi Media Madani mempunyai ramai pendukung dan aktivis media sosial samada di Tik Tok Youtube FB Space X blog dan lain lain yang bukan sahaja secara sukarela bertempur di media sosial bahkan sanggup turun ke me...
Akmal Bidas Calon Dap Jangan Pilih Calon Hipokrit Prk Kuala Kubu Bharu

Akmal Bidas Calon Dap Jangan Pilih Calon Hipokrit Prk Kuala Kubu Bharu

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 154 hits
Pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu dinasihatkan tidak memilih calon pemimpin hipokrit Ketua Pergerakan pemuda UMNO Dr Akmal Saleh berkata keputusan pilihan raya tersebut akan memberikan mesej yang jelas...
Prk Kuala Kubu Bharu Sock Tao Garis Lima Teras Dalam Manifesto

Prk Kuala Kubu Bharu Sock Tao Garis Lima Teras Dalam Manifesto

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 153 hits
HULU SELANGOR Kerajaan Perpaduan menggariskan lima teras utama dalam manifesto yang ditawarkan kepada pengundi pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu Lima teras tersebut merangkumi ekonomi kemudahan awam alam sekitar dan rekreasi warisan ...
Kedudukan Terkini Prk Kuala Kubu Baharu

Kedudukan Terkini Prk Kuala Kubu Baharu

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 142 hits
Kuala Kubu Baharu 2024PN 6895PH 10 245Bebas 143PRM 112
Kkb Polls Kuala Kubu Baharu Voters Go To The Polls Tomorrow

Kkb Polls Kuala Kubu Baharu Voters Go To The Polls Tomorrow

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 211 hits
HULU SELANGOR A total of 39 362 voters will cast their ballots in the Kuala Kubu Baharu state by election on Saturday All 18 voting centres comprising 74 streams will be open from 8am to 6pm except for the polling station at SJKC Bukit Fras...
Kenyataan Wan Rosdy Bakar Semangat Penyokong Pakatan Harapan Di Prk Dun Kuala Kubu Bharu

Kenyataan Wan Rosdy Bakar Semangat Penyokong Pakatan Harapan Di Prk Dun Kuala Kubu Bharu

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 226 hits
HULU SELANGOR Bahang Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu semakin panas Kesemua calon yang bertanding kini sedang giat menjalankan kempen masing masing untuk menambat hati pengundi PRK kali ini akan menyaksikan pertembungan empat penjuru...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi