Prk Kimanis Kilang Kopi Jadi Markas Jentera Prk


Mohd Izham Unnip Abdullah   
DEMAM Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis tidak mengganggu kegiatan harian penduduk kawasan itu, malah bagi seorang pengusaha kopi, operasi tetap diteruskan walaupun pekarangan kilangnya dijadikan markas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpangan, Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Pengusahanya, Wong Fui Ann, 50, tetap sibuk memasak biji kopi ketika orang ramai berkumpul untuk mendengar ceramah pemimpin WARISAN, termasuk Ketua Menteri yang juga Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman.

Kepulan asap hingga ke khemah PDM WARISAN, turut menarik perhatian Mohd Shafie ketika beliau berceramah yang kemudian bertanya punca asap keputihan berkenaan yang berbau hangit sebelum dijawab ‘kopi’ oleh orang ramai yang hadir.

Bercerita mengenai perusahaannya, Fui Ann menjelaskan ia adalah sumber pendapatan keluarganya sejak kira-kira 30 tahun lalu yang diusahakan bersama adik-beradik dan bapa saudaranya di Kampung Ulu Kimanis itu.

Uniknya, kilang yang menggunakan konsep terbuka itu masih menggunakan kayu api untuk membakar biji kopi dalam kawah bagi mengekalkan keenakan rasa kopi tradisi keluaran syarikat milik keluarganya.

Fui Ann berkata, setiap minggu mereka menghasilkan kira-kira 300 kilogram kopi yang sudah dibakar.

“Ia kemudiannya diproses menjadi serbuk dan dijual di tamu sekitar Papar, Kimanis, Bongawan dan Beaufort selain Kota Kinabalu.

“Keluaran kami sendiri menggunakan jenama Bintang Emas tapi ada juga kopi yang sudah siap dimasak dijual secara borong kepada pengedar kopi yang lain sebelum dibungkus menggunakan jenama mereka sendiri,” katanya.

Beliau dibantu bapa saudaranya, Patrick Wong, 70, membakar biji kopi pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

Bercerita lanjut, Fui Ann, berkata penghasilan kopi yang berkualiti bergantung kepada kuantiti campuran seperti garam, mentega dan gula setiap kali membakar biji kopi dalam kawah.

“Kalau tidak betul campurannya, rasa kopi jadi lain, ada yang masam tetapi kopi yang kami hasilkan ini dijamin sedap, ramai yang mencarinya,” katanya.

Lagi berita berkaitan PRK Kimanis  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/prk-kimanis-kilang-kopi-jadi-markas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Kimanis Mohamad Alamin Dipilih Calon Bn

Prk Kimanis Mohamad Alamin Dipilih Calon Bn

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 585 hits
BERNAMA KIMANIS Ketua UMNO Kimanis Datuk Mohamad Alamin dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin membuat pengumuman calon BN i...
Prkkimanis Jadikan Prk Kimanis Satu Lagi Referendum Rakyat Nyatakan Tak Puas Hati Annuar

Prkkimanis Jadikan Prk Kimanis Satu Lagi Referendum Rakyat Nyatakan Tak Puas Hati Annuar

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 913 hits
Pengarah Operasi Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Kimanis Tan Sri Annuar Musa berkata PRK Kimanis adalah satu lagi referendum untuk rakyat menyatakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan Jelas beliau rakyat khususnya pengundi di Kimanis...
Prk Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang

Prk Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 734 hits
PRK Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang Ketua Bahagian Kimanis Parti Warisan Sabah Karim Bujang diumumkan sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal membuat pengumuma...
Prk Kimanis Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Bn Warisan

Prk Kimanis Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Bn Warisan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 595 hits
Diterbitkan Hari ini 9 54 pagiBERITAPRK KIMANIS Pilihan Raya Kecil Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Karim Bujang dan calon BN Mohamad Alamin Ini selepas tiada calon bebas hadir di pusat penamaan calon di...
Prk Kimanis Zuraida Janjikan 8 Balai Bomba Baru Di Sabah

Prk Kimanis Zuraida Janjikan 8 Balai Bomba Baru Di Sabah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 507 hits
KIMANIS Lapan lagi balai bomba dan penyelamat baharu akan dibina di Sabah tahun ini kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin Beliau berkata BBP baharu berkenaan akan dibina di Putatan Kudat Merotai Nabawan Lahad Datu ...
Ph Saman Dan Menang Kes Dengan Kerajaan Ph Jadilah Prk Kimanis

Ph Saman Dan Menang Kes Dengan Kerajaan Ph Jadilah Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 486 hits
KITA perlu ingat bahawa PRK Kimanis ini hanya berlaku kerana PH telah saman dan menang kes dengan kerajaan PH Ini ialah setelah PH gagal membuktikan bahawa Ahli Parlimen BN rasuah pengundi sehingga PH diperintah oleh Mahkamah untuk membayar...
Bekas Adun Pilihan Umno Sabah Untuk Prk Kimanis

Bekas Adun Pilihan Umno Sabah Untuk Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 651 hits
Bung Moktar Radin umum calon Umno Sabah di pejabat parti itu di Kimanis hari ini KIMANIS Umno hari ini mengesahkan bekas Adun Bongawan Mohamad Alamin calonnya untuk pilihan raya kecil Kimanis 18 Jan ini Ketua Umno Kimanis itu disebut sebut ...
Calon Bn Prk Kimanis

Calon Bn Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 633 hits
Calon BN PRK Kimanis BN akan mengumumkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis pada awal tahun baru 2020 Pengerusi Umno Sabah Bung Mokhtar Radin berkata pihaknya sudah memiliki senarai calon berpotensi bagi me...
Prkkimanis Gerak Jentera Semaksima Di Kimanis Jadi Cybertrooper Lawan Ph

Prkkimanis Gerak Jentera Semaksima Di Kimanis Jadi Cybertrooper Lawan Ph

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 414 hits
Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengajak rakyat Malaysia yang menyokong Barisan Nasional dan Muafakat Nasional untuk bersama sama menjadi cybertrooper dan melawan kerajaan Pakatan Harapan yang ternyata gagal Beliau yaki...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram