Prk Ayer Kuning Petanda Rakyat Makin Matang Tolak Politik Perkauman Pn


 
Pengundi di DUN Ayer Kuning kini jelas memberi isyarat bahawa mereka mahukan kestabilan politik, mendepani agenda pembangunan rakyat dan melaksanakan amanah yang diberikan pada PRK kali ini. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
PENDAPAT, 27 Apr – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir memberi petanda jelas bahawa rakyat semakin matang dalam membuat pilihan, sekali gus menolak politik perkauman dan fitnah yang dimainkan pembangkang, khususnya Perikatan Nasional (PN).
Keputusan ini membuktikan bahawa rakyat lebih mahukan kestabilan politik, keharmonian antara kaum dan menjuarai agenda pembangunan berbanding retorik sempit yang memecah-belahkan perpaduan dan naratif jahat termasuk memainkan isu babi kononnya merekalah ‘juara’ alam sekitar.
Walaupun berdepan pelbagai serangan fitnah dan sentimen perkauman sepanjang tempoh kempen, BN tetap berjaya meraih kepercayaan majoriti pengundi berdasarkan rekod perkhidmatan bekas ADUN terdahulu, pendekatan inklusif calon Dr Mohamad Yusri Bakir serta hasrat membela semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
Kemenangan Ustaz Yusri ini juga membuktikan manifestasi penolakan rakyat yang tidak mudah terpedaya dengan dakyah politik kebencian yang dimainkan pembangkang. Foto Facebook Saifuddin Nasution IsmailKemenangan ini juga membuktikan manifestasi penolakan rakyat yang tidak mudah terpedaya dengan dakyah politik kebencian yang dimainkan pembangkang, sebaliknya lebih bijak menilai prestasi dan keikhlasan calon serta parti dalam membawa perubahan positif.
Kemenangan di DUN Ayer Kuning wajar menjadi pembakar semangat untuk terus memperkukuhkan usaha memperjuangkan agenda perpaduan nasional antara BN dan Pakatan Harapan (PH) serta menolak sebarang cubaan memecah-belahkan masyarakat demi kepentingan politik sempit yang disuburkan PN pasca PRU-15.
Kematangan pengundi DUN Ayer Kuning tidak wajar diperkotak-katikkan PN yang semakin lemas dalam ‘dunia mimpi’ berangan mahu merampas Putrajaya dari tangan Kerajaan Perpaduan pada PRU-16.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi foto kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimIni juga membutirkan satu lagi isyarat jelas, politik kebencian dan memainkan isu sensitif seperti 3R kini tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat yang mahukan pembangunan ekonomi, menangani kos sara hidup dan pendidikan berkualiti menjadi keutamaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/prk-ayer-kuning-petanda-rakyat-makin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudut Pandang Di Prk Ayer Kuning Pn Berisiko Hilang 32 Kerusi Dalam Pru16 Jika Ph Bn Terus Bersama

Sudut Pandang Di Prk Ayer Kuning Pn Berisiko Hilang 32 Kerusi Dalam Pru16 Jika Ph Bn Terus Bersama

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 152 hits
Dalam Wacana Sinar Selasa lepas saya sentuh bahawa PRK Ayer Kuning ini akan dijadikan medan penilaian oleh parti2 politik untuk menentukan kerjasama menjelang PRU16 bukan oleh UMNO sahaja bahkan PAS juga PAS parti politik lama dan berpengal...
Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 198 hits
Hmmmmm Pengundi PN sudah bersedia untuk PRU PRU15 Jumlah pengundi berdaftar 31 000Kadar keluar mengundi 70 21 700 pengundi keluarUndi BN PH BN 9 088PH 6 875Jumlah BN PH 15 963Dominasi gabungan 15 963 21 700 73 6 undi popularPRK Jumlah pengu...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa