Prinsip Prinsip Biomekanik Dalam Acara Lompat Tinggi
PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI
Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan termasuk olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang dengan ringkas :-
a) Pergerakan
Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :-
i) Pergerakan Mendatar (Linear Motion)
ii) Pergerakan Menegak (Vertical Motion)
Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak.
A – Pergerakan Mendatar
B – Pergerakan Menegak
C – Vektor Resultant
1) Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.
2) Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.
3) Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola C.
b) Momentum
Halaju dan momentun adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan. Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju iaitu kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad itu akan bertambah.
Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat menghasilkan momentun yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.
c) Daya Sentrifugal
v Daya Sentrifugal
v Daya Sentripetal
v Daya Ikut Tangan
Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal. Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk suatu bulatan, pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-dua daya ini dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan.
Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sedang bertindak kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.
Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal .
d) Putaran
Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah dua jenis iaitu ‘direct’ dan ‘inderect’. Putaran ‘direct’ dicapai semasa atlit ada kontrak dengan bumi manakala putaran ‘indirect’ semasa atlit tidak mempunyai kontrak dengan bumi.
Putaran ‘indirect’ dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.
e) Graviti dan Pusat Graviti
Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya.
Ketinggian yang boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walau bagaimanapun gaya-gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan.
Jasad-jasad A dan B yang kedudukannya menegak didapati pusat graviti masing-masing agak jauh di atas palang. Manakala dalam jasad C, terdapat kedudukannya yang leper membolehkan pusat gravity adalah sangat hampir pada palang.
PRINSIP AKSI – REAKSI
Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segmen tertentu dalam badan secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikut itu di angkat.
Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian badan yang lain.
Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan akan turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi palang. Ketika bahagian pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan. Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah.
Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat, reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. Prinsip-prinsip tersebut penting untuk acara lompat tinggi.
HUKUM-HUKUM NEWTON
Prinsip-prinsip biomekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :-
1) Hukum Inertia (Hukum Pertama)
Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah keadaannya.
2) Hukum Pecutan (Hukum Kedua)
Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.
3) Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)
Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitudnya tetapi pada arah yang bertentangan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://raimi-90.blogspot.com/2019/08/prinsip-prinsip-biomekanik-dalam-acara.html