President Lebi Is Increasingly Disappointed About Pas Using Religion To




Tindakan pemimpin Pas membawa naratif mengaitkan agenda reformasi dengan sekularisme dan kerosakan moral negara hanyalah percubaan politik untuk menutup kegagalan pentadbiran dan ketidakjujuran kuasa, demikian menurut Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu. Setiausahanya Ahmad Nadhir Yob berkata, kenyataan Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang yang menyerang reformasi sebagai agenda Barat dan punca keruntuhan sosial adalah mengelirukan rakyat. Reformasi yang diperjuangkan kerajaan, katanya, tidak menyentuh akidah atau prinsip Islam sebaliknya menumpukan pembaikan sistem pentadbiran termasuk membanteras rasuah, menutup kebocoran wang rakyat, memperkukuh institusi kehakiman dan memulihkan integriti kerajaan. "Semua tuntutan reformasi ini selari dengan maqasid syariah khususnya dalam menjaga harta, nyawa dan maruah. "Melabelkannya sebagai sekular adalah satu penyelewengan fakta," kata beliau dalam satu kenyataan. Ahmad Nadhir menegaskan percubaan membezakan istilah reformasi sebagai jahat dan islah sebagai baik hanyalah permainan bahasa yang bersifat manipulatif. "Islah bermaksud pembaikan, reformasi juga pembaikan. Bezanya bukan pada istilah tetapi kejujuran melaksanakannya. "Jika benar memperjuangkan islah, mengapa isu rasuah, projek gagal dan ketirisan hasil negeri masih berulang di negeri yang ditadbir Pas?" soalnya. Beliau turut membidas dakwaan bahawa masalah sosial seperti jenayah, buli dan keruntuhan institusi keluarga berpunca daripada reformasi dan sekularisme. Menurutnya masalah sosial berlaku di semua negeri termasuk yang ditadbir Pas dan berpunca daripada faktor sebenar seperti tekanan ekonomi, kemiskinan, ketidaksamaan sosial serta kegagalan dasar awam. "Menyalahkan satu ideologi tanpa data hanyalah retorik politik, bukan kepimpinan bertanggungjawab," ujarnya. Ahmad Nadhir juga menyifatkan pendirian Pas yang lantang mengecam Barat sebagai hipokrit memandangkan parti itu sendiri bergantung kepada sistem demokrasi, perlembagaan dan institusi pentadbiran moden yang dibentuk melalui sejarah kolonial dan tidak pun mengubahnya semasa 33 bulan berada dalam Kerajaan Persekutuan pada 2020 - 2022. Beliau turut menolak dakwaan bahawa Islam terancam di bawah kerajaan yang mendukung reformasi, sambil menegaskan bahawa Islam kekal sebagai agama Persekutuan, institusi Mahkamah Syariah terus berfungsi, masjid terus dibina dan pendidikan Islam berjalan seperti biasa. "Yang terancam bukan Islam, tetapi monopoli emosi politik yang dibina melalui ketakutan," katanya. Mengulas dakwaan ‘penjajahan baharu’, Ahmad Nadhir berkata penjajahan sebenar hari ini ialah rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa yang merugikan rakyat. "Rasuah ialah penjajah paling kejam dan ia tidak datang dari Barat, tetapi lahir daripada kerakusan manusia serta kegagalan tadbir urus," katanya. Beliau menegaskan bahawa Islam tidak menolak reformasi sebaliknya menuntut keadilan, akauntabiliti dan amanah dalam pemerintahan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/president-lebi-is-increasingly.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Wary About Joining Pn Unless Pas Reforms

Mca Wary About Joining Pn Unless Pas Reforms

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 128 hits
MCA president Wee Ka Siong says PAS must become more moderate and acceptable to non Muslim voters if PN wants to woo the support of these communities MCA president Wee Ka Siong said Chinese voters were opposed to Perikatan Nasional because ...
Pas Dan Bersatu Makin Pening

Pas Dan Bersatu Makin Pening

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 134 hits
Che Ibrahim ADUN Karambunai Kelmarin Muhyidin umum kekal sebagai pembangkang Hari ni Pas umum sokong Hajiji PRK Kinabatangan LamagKelmarin Pas umum tidak bertanding Bekali esok Muhyidin umum akan bertanding
Kerajaan Pas Terengganu Dulu Halau Kemas Kini Halau Fgv

Kerajaan Pas Terengganu Dulu Halau Kemas Kini Halau Fgv

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 144 hits
HarapandailyAHMAD MURSITrauma rakyat Terengganu belum hilang ketika pelajar Tadika KEMAS dihalau sewaktu Pas mentadbir Terengganu pada tahun 1999 Kini sejarah berulang Pas menghalau dan menyita pula ladang FGV dan Felda Sama ada tindakan ke...
Yoursay Pas Mca Dialogue Clearing Air Or Clouding Truth

Yoursay Pas Mca Dialogue Clearing Air Or Clouding Truth

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 202 hits
YOURSAY What dialogue does PAS expect after years of putting down the Chinese race Mazhilamani PAS Youth chief Ahmad Fadhli Shaari must not call MCA for a clear the air dialogue MCA s biggest fault was giving in and remaining silent when it...
Pas Dah Tak Menghiraukan Muhyiddin Yassin

Pas Dah Tak Menghiraukan Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 107 hits
Aliakbar akan sokong Hajiji di DUN Sabah kata PASFaiz ZainudinKenyataan PAS itu bercanggah dengan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang berkata Adun Karambunai akan berada dalam blok pembangkang nbsp Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man...
Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel

Cabaran Pekerjaan Menjelang Tahun 2026

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Trump Umum Serangan Besar Besaran Terhadap Isil Di Syria


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Easy Achari Beef Recipe Bangladeshi

Ziell Ferdian Egomu Egoku Chord

Penutup Bahagian 21

Makan Kenduri Putu Mayam Station Bubur Nasi No 1

G Dragon Sapu 7 Anugerah Di Mma 2025 Aura Raja K Pop Undang Perhatian