Presiden Peka Di Dakwa Di Mahkamah Sesyen Raub Duduki Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran


 

RAUB – Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil didakwa di Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini atas tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahya.
Menurut kertas pertuduhan pertama, tertuduh yang juga Pengasas Rangkaian Tanah Aina Resort dan Restoran didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 26148, GM4135 Mukim Bentong iaitu kawasan Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong pada pukul 2 petang, 11 Jun 2021.
Pertuduhan kedua pula tertuduh didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 1053, PM0053 Mukim Ulu Dong iaitu kawasan Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Raub, Pahang pada pukul 2 petang 10 Jun 2021.
Manakala bagi pertuduhan ketiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 10061, GM1572 Mukim Tras iaitu kawasan yang ketika ini didiami Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort di Raub, Pahang.
Bagi ketiga-tiga kesalahan tersebut tertuduh didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965 iaitu menduduki atau membina apa-apa bangunan di atas mana-mana tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.
Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan untuk satu tempoh yang tidak melebihi lima tahun bagi setiap pertuduhan.
Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Izzat Ikhwan manakala tertuduh diwakili lima peguam diketuai Mohd. Arif Mohan.
Terdahulu Izzat meminta mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan bagi memastikan tertuduh hadir dalam perbicaraan seterusnya dan berdasarkan cubaan tertuduh yang didakwa cuba melengahkan kes sebelum ini.
Selain itu, beliau turut meminta mahkamah agar melarang tertuduh daripada mengeluarkan kenyataan di laman sosial dan kepada media massa mengenai kes ini sehingga mengganggu perjalanan kes.
Bagaimanapun peguam tertuduh memohon agar tiada wang jaminan ditetapkan dan jika ada jaminan hendaklah pada kadar mininum berdasarkan kerjasama diberikan tertuduh serta sumbangan tertuduh dalam eko pelancongan negeri dan negara yang terkenal di seluruh dunia.
Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan meminta agar tertuduh tidak secara amnya tidak mengeluarkan kenyataan mengenai kes ini di luar mahkamah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/03/presiden-peka-di-dakwa-di-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Premis Atas Tanah Sendiri Tuduhan Terhadap Presiden Peka Beri Gambaran Agak Songsang

Premis Atas Tanah Sendiri Tuduhan Terhadap Presiden Peka Beri Gambaran Agak Songsang

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 230 hits
RAUB Peguam Mohd Harris Abdullah pada Selasa mendakwa pertuduhan yang dibacakan terhadap Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil memberi gambaran agak songsang daripada perkara sebenar Beliau...
Siri Memperbodohkan Tuan Tuan Depa Boleh Hadiahkan Tanah Kita Rm76 Juta Kepada Presiden Parti Banyak Cantik

Siri Memperbodohkan Tuan Tuan Depa Boleh Hadiahkan Tanah Kita Rm76 Juta Kepada Presiden Parti Banyak Cantik

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 185 hits
DISCLAIMER Hello Malay Mail Yahoo News please check whether it is 155 290 square meters or 155 290 square feet which is only 3 56 acres govt disclosed Badawi received RM76m land gift Badawi only former PM to have been awarded landBased on P...
Aktivis Alam Sekitar Akan Di Dakwa 15 Mac Ini Pertuduhan Ceroboh Tanah Secara Haram

Aktivis Alam Sekitar Akan Di Dakwa 15 Mac Ini Pertuduhan Ceroboh Tanah Secara Haram

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 174 hits
KUANTAN Aktivis alam sekitar Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil akan didakwa pada 15 Mac ini atas pertuduhan menduduki tanah di negeri Pahang secara haram Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia itu akan berdepan tiga pertuduh...
Mahkamah Arahkan Kerajaan Beri Status Pegangan Bebas Kepada 24 Pemilik Rumah Di Kepong

Mahkamah Arahkan Kerajaan Beri Status Pegangan Bebas Kepada 24 Pemilik Rumah Di Kepong

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 285 hits
Mahkamah memutuskan syarat pajakan 99 tahun oleh Jabatan Tanah dan Galian itu sebagai tidak sah KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi memerintahkan Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Kuala Lumpur menukar status 24 rumah di Taman Bukit Maluri di...
Hutang Terkini Kerajaan Malaysia Rm979 8 Bilion Mof

Hutang Terkini Kerajaan Malaysia Rm979 8 Bilion Mof

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 201 hits
The ReporterTimbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah mendedahkan hutang keseluruhan kerajaan sehingga Disember 2021 adalah sebanyak RM979 8 bilion atau 63 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Walau bagamanapun katanya jumlah...
Ruu 355 Menteri Agama Gagal Nyatakan Janji Dan Apa Keputusan Kerajaan

Ruu 355 Menteri Agama Gagal Nyatakan Janji Dan Apa Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 241 hits
Bila ditanya soal RUU 355 Menteri Agama gagal nyatakan janji dan apa keputusan kerajaanMOHAMED HANIPA MAIDINBila ditanya soal RUU 355 Menteri Agama dilihat gagal menyatakan janji serta keputusan kerajaan bila rang undang undang itu akan dib...
Sprm Berkas Penolong Pengarah Disyaki Minta Rm10 000 Percepat Surat Tanah

Sprm Berkas Penolong Pengarah Disyaki Minta Rm10 000 Percepat Surat Tanah

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 422 hits
Willie JudeKOTA KINABALU Seorang penolong pengarah kanan sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki meminta suapan bagi mempercepatkan urusan pengeluaran surat tawaran tanah membabitkan peke...
Jokowi Ke Kepala Otorita Ikn Setop Penerbitan Dan Pengalihan Hak Atas Tanah

Jokowi Ke Kepala Otorita Ikn Setop Penerbitan Dan Pengalihan Hak Atas Tanah

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 267 hits
Jokowi juga meminta mereka memastikan pengadaan tanah di kawasan IKN hanya dapat dialihkan kepada instantsi yang memerlukan tanah untuk pembangunan IKN
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Aku Ayah Dan Muzik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Mengharap Pulangan Tinggi Bila Jual Nostalgia

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya