Presiden Patut Bertanggungjawab Bukan Poster Boy Atau Orang Lain


agendaily.com15/01/2023
Veteran UMNO dan bekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa ‘orang nombor satu’ perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lalu, bukan menyalahkan ‘poster boy’.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang yang mesra dengan panggilan ‘Ku Li’ itu berkata tiada apa-apa pada diri seorang ‘poster boy’, sebaliknya jika pemimpin itu seorang ikonik maka dia akan diterima baik oleh semua pihak.

“Barangkali dalam sebahagian masyarakat dia pun tidak diterima sepenuhnya. Ikonik ini orang yang disukai ramai macam Tunku Abdul Rahman atau Tun Abdul Razak. Mana-mana pergi pun orang sebut nama dia. Begitu juga Tun Dr Mahathir.

“Tapi dengan kekalahan UMNO dalam PRU-15 lalu. Biasanya, Presidenlah dipertanggungjawab. Orang nombor satu mesti bertanggungjawab. Kalau dia tidak bersalah pun dia mesti terima hakikat bahawa parti dia jatuh kerana dia di situ (mengetuai).

“Jika dia membiarkan keadaan jadi buruk maka dia tidak bertanggungjawab. Jadi dia mesti bertanggungjawab,” katanya menurut laporan Utusan hari ini (15 Januari 2023) merujuk kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, dalam temu bual bersama akhbar The Star, Zahid turut menyalahkan Ismail Sabri, beberapa pemimpin peringakt negeri serta bahagian, susulan kekalahan teruk UMNO pada PRU-15 lalu.

“Selepas PRU-15 tiada siapa yang mahu bertanggungjawab. Saya didesak meletak jawatan tetapi kenapa saya seorang? Bagaimana pula dengan poster boy kita (Ismail Sabri), ketua-ketua perhubungan negeri, beberapa ketua bahagian dan sayap? Ia adalah tanggungjawab semua orang,” kata Zahid.

Mengulas dua jawatan tertinggi parti yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan akan datang, Ku Li berkata “UMNO akan habis”.

“Dalam demokrasi jawatan tersebut perlu dipertandingkan supaya ada pilihan untuk orang ramai menerusi dua tiga kaedah. Ada sesetengah kumpulan sudah dibeli walaupun adanya pertandingan.

“Dia akan pilih orang sebab dapat sogokan atau bayaran. Tapi ada kumpulan yang berprinsip mahu lihat supaya parti disokong ini dipimpin orang yang betul-betul layak dan amanah,” kata beliau yang pernah dua kali dalam sejarah perjalanan politiknya bertanding merebut jawatan presiden tetapi kalah.

Tengku Razaleigh mengingatkan UMNO, walaupun Barisan Nasional (BN) memiliki 30 kerusi Parlimen, apa yang menjadi persoalan ialah ke mana arah perjuangan parti itu hendak membawa suara Melayu setelah kedudukan UMNO berada di bawah sekarang.

Apa lagi, katanya dengan lagak pemimpin UMNO sekarang yang tidak disenangi rakyat.

“Mungkin pemimpin UMNO tidak sedar lagi. Kita dengar pembongkaran duit berjuta-juta apabila kalah. Apa benda semua ini?,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/presiden-patut-bertanggungjawab-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Pertahan Atau Tidak Naib Presiden

Ismail Sabri Pertahan Atau Tidak Naib Presiden

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 284 hits
Oleh Bakhtiar Omar Tandatanya samada Ismail Sabri pertahankan jawatan Naib Presiden Umno atau tidak sudah mula kedengaran kalangan ahli Umno Ismail Sabri yang dikatakan berpotensi untuk pergi jauh ke hadapan dalam karier politik dikatakan s...
Nak Salahkan Poster Boy Pula Punca Kalah Tapi Siapa Desak Pru Segera

Nak Salahkan Poster Boy Pula Punca Kalah Tapi Siapa Desak Pru Segera

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 197 hits
agendaily com13 01 2023Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Foto kredit UMNO OnlineDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan isu berhubung beberapa punca yang menyumbang kekalahan teruk UMNO semasa Pilihan Raya Umum Ke 15 lalu Presiden UMNO itu ...
Ada Pemilihan Umno Atau Tidak Itu Urusan Umno Bukan Urusan Pihak Luar

Ada Pemilihan Umno Atau Tidak Itu Urusan Umno Bukan Urusan Pihak Luar

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 285 hits
Oleh Adam MalikSebagai parti yang sangat berpengaruh pemilihan kepimpinan UMNO tentu sekali akan cuba dicampurtangan oleh banyak pihak Ini kerana siapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO akan menjadi orang terpenting dalam hal negara Pemilih...
Bekerjasama Dengan Dap Atau Tersungkur Mca Diberitahu

Bekerjasama Dengan Dap Atau Tersungkur Mca Diberitahu

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 146 hits
freemalaysiatoday com January 6 2023 7 30 AMSeorang penganalisis berkata MCA mesti bekerjasama dengan DAP kerana ia tidak boleh terus bergantung kepada undi Melayu untuk memenangi kerusi seperti dahulu PETALING JAYA Seorang ahli akademik me...
Saya Rasa Hyunbin Dedah Wajah Anak Sulung Lebih Seirasnya Atau Son Yejin

Saya Rasa Hyunbin Dedah Wajah Anak Sulung Lebih Seirasnya Atau Son Yejin

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 288 hits
Sudah beberapa bulan dilahirkan pastinya ramai curious dengan kemas kini anak sulung pasangan Hyunbin dan Son Ye jin kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pelakon lelaki itu telah menyertai sebuah temubual bersama Hwang Jung min dan Kang Ki young d...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tukar Bateri Atau Tidak

Penuh Emosi Himpunan Justice For Zara Polis Pantau Ucapan

Menginap 2 Hari 1 Malam Di Duta Riang Villa Selandar Melaka

Kembara 8 Destinasi Ajaib Jawa Timur Indonesia

Meneman Anak2 Ke Lunar Mart Murray Street

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar