Premier Clinic Day And 5th Years Jubilee Anniversary
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini pada 6 Oktober 2019 yang lalu, aku telah ke majlis Premier Clinic Day yang berlangsung di Premier Clinic, Bangsar, Kuala Lumpur. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan 5th Year Jubilee Anniversary, ulang tahun ke 5 bagi Premier Clinic.
Antara aktiviti yang menarik sepanjang majlis ini adalah Real Live Makeover, Live Sharing Session, Weight Loss Contest dengan hadiah sebanyak RM 25,000. Selain itu, majlis ini turut melibatkan artis tempatan iaitu Along Cham dan juga Zalif Sidek.
Untuk pengetahuan anda, tiada sebarang bayaran untuk ke majlis ini, ia adalah PERCUMA! Pengasas bagi Premier Clinic juga pada hari tersebut telah melancarkan dua program baru iaitu PREMIERX (Premier Clinic reward programme) dan juga RESULT GUARANTEED POLICY.
PREMIERX (Premier Clinic Reward Programme)Program ini adalah program ganjaran terbaik yang ada dikalangan klinik aestetik yang terdapat di Malaysia. Premier Clinic menawarkan sehingga 30% pulangan tunai untuk rawatan berdasarkan perbelanjaan terkumpul anda. Dengan ini, para pelanggan boleh mendapat ganjaran dengan hanya kekal cantik dan menarik.
RESULT GUARANTEED POLICYProgram yang bertujuan untuk memberikan hasil yang menepati atau bertepatan dengan persetujuan bersama doktor ketika proses perundingan. Sekiranya hasil tidak memuaskan atau tidak mencapai apa yang dimahukan, pihak Premier Clinic akan terus melakukan rawatan secara percuma sehingga hasil yang diingini tercapai.
Result Guaranteed Programme terpakai untuk rawatan yang terpilih dimana hasilnya boleh dilihat secara ketara seperti rawatan fillers, botoc dan juga fat reduction.
REAL LIVE MAKEOVER
Untuk acara berikutnya, makeover akan dilakukan pada puan Michelle. Sebelum proses makeover dijalankan, Dr Kee menerangkan masalah pada puan Michelle dan apa yang boleh dilakukan untuk membantu. Kemudian, setelah beberapa jam, dan di akhir majlis, pendedahan wajah puan Michelle dilakukan dan ianya sangat berbeza! Lebih cantik dan kelihatan muda.
Dr Kee telah melakukan fillers di bahagian bawah mata untuk mengurangkan eyebag, filler juga dibahagian rahang untuk melihatkan struktur V pada wajah juga filler di bahagian dahi untuk memperlihatkan kecantikan puan Michelle.
Untuk pengetahuan anda, semua rawatan ini menggunakan Radiesse filler dan juga Belotero filler, yang datangnya dari Merz's Aesthetics, iaitu fillers yang terbaik dan paling selamat di pasaran. Radiesse filler mempunyai kesan jangka panjang iaitu selama 4 tahun.
LIVE SHARING SESSION
Acara berikutnya pula adalah Live Sharing Session bersama dengan selebriti tempatan iaitu Along Cham. Along berkongsi dengan semua tetamu tentang rawatan yang beliau pernah jalankan di Premier Clinic.
Antara rawatan yang pernah beliau jalani di Premier Clinic adalah beard transplant, mole removal dan juga laser treatment. Selain itu, di sesi ini juga terdapat soal jawab antara tetamu dan juga Dr Chen.
WEIGHT LOSS CONTEST
Seterusnya tiba di acara terakhir iaitu pengumuman pemenang bagi WEIGHT LOSS CONTEST. Pemenangnya adalah puan Vasanthi. Puan Vasanthi membawa pulang RM 20,000 baucer untuk rawatan dan juga hamper barangan kosmetik bernilai RM2000. Puan Vasanthi telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6.2kg dalam masa 1 bulan sahaja. Dr Chen turut berkongsi cara untuk menurunkan berat badan dengan kaedah yang berkesan dan efektif. Antara kaedah yang terdapat di Premier Clinic termasuklah Le Shape, CoolScuplting, Clatuu, HCG dan Duromine
Tahniah diucapkan buat Premier Clinic atas kejayaan selama 5 tahun dalam memberi rawatan aestetik terbaik untuk para pelanggannya. Semoga lebih banyak lagi cawangan dan juga lebih ramai yang sedar akan kepentingan kecantikan dan penjagaan wajah. Terima kasih Premier Clinic!
Sekian
#premierclinic #aestheticallyyours
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/10/premier-clinic-day-and-5th-years.html