Ppz Maiwp Amanahraya Tandatangani Mou Kolaborasi Ikonik Strategik Agensi Zakat Pengurusan Harta Pusaka


PPZ-MAIWP & AmanahRaya Tandatangani MoU – Kolaborasi Ikonik Strategik Agensi Zakat & Pengurusan Harta Pusaka Kuala Lumpur, 23 Ogos 2025 – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan AmanahRaya Berhad telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan zakat serta memperluas amalan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi umat Islam.
Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di ibu pejabat PPZ-MAIWP itu menjadi titik tolak kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif bersama, termasuklah:
Perkhidmatan rundingan zakat dan wakaf tunai secara fizikal dan digital.
Penyediaan kaunter zakat bergerak dan digital.
Tawaran Kad Setia Hospital Pusrawi kepada pelanggan AmanahRaya yang membayar zakat harta sekurang-kurangnya RM10,000 setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, MoU ini menandakan satu lembaran baharu dalam usaha memperluaskan dakwah zakat dan wakaf. “MoU ini bukan sekadar dokumen formal, sebaliknya mencerminkan kesungguhan kedua-dua pihak untuk mengembleng tenaga serta menyusun strategi dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih holistik dan mesra pengguna,” jelas beliau.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan menyifatkan kerjasama ini sebagai contoh terbaik kolaborasi strategik antara agensi zakat dan pengurusan harta pusaka di Malaysia.
“Ia bukan sahaja memudahkan urusan pembayaran zakat, tetapi turut membawa visi lebih besar dalam membina ekosistem ekonomi Islam yang kukuh, mampan dan progresif. Malah, model ini diyakini mampu menjadi rujukan kepada negara-negara Islam lain,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, AmanahRaya akan turut menyediakan perkhidmatan perancangan pewarisan dan peramanahan, termasuk produk Wasiat Asas dan Komprehensif untuk pelanggan PPZ-MAIWP.
The post PPZ-MAIWP & AmanahRaya Tandatangani MoU – Kolaborasi Ikonik Strategik Agensi Zakat & Pengurusan Harta Pusaka appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/23/ppz-maiwp-amanahraya-tandatangani-mou-kolaborasi-ikonik-strategik-agensi-zakat-pengurusan-harta-pusaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Artikel Pilihan Op Northern Star Datuk Seri Dua Datuk Antara Enam Tangkapan Baharu Rm97 69 Juta Harta Disita

Artikel Pilihan Op Northern Star Datuk Seri Dua Datuk Antara Enam Tangkapan Baharu Rm97 69 Juta Harta Disita

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1571 hits
Kuala Lumpur 22 Ogos 2025 Enam lagi ditahan termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri susulan skim penipuan pelaburan membabitkan MBI International Group menerusi Op Northern Star dengan lebih RM97 69 juta harta disita dan dibeku...
Pendaki Indonesia Kagum 5 Perkara Ini Dengan Pengurusan Gunung Malaysia

Pendaki Indonesia Kagum 5 Perkara Ini Dengan Pengurusan Gunung Malaysia

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1207 hits
Pendaki Indonesia Kagum 5 Perkara Ini Dengan Pengurusan Gunung Malaysia Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai keunikan bukan sahaja pada kepelbagaian kaum dan makanannya Malah keindahan gunung ganangnya juga terbentang luas di seluruh neg...
Seorang Wanita Mengaku Bunuh 11 Suami Demi Harta

Seorang Wanita Mengaku Bunuh 11 Suami Demi Harta

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 325 hits
KOSMO KOLSUM Akbari mengaku membunuh 11 suaminya Foto IRNATEHRAN Seorang wanita yang mengaku meracun dan membunuh 11 orang suaminya dalam tempoh 22 tahun kini berdepan hukuman mati di Iran lapor portal berita MailOnline semalam Kolsum Akbar...
Wang Tidak Dituntut Harta Kita Yang Kita Tak Sedar Kita Ada

Wang Tidak Dituntut Harta Kita Yang Kita Tak Sedar Kita Ada

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 1169 hits
Pernah tak terfikir kita mungkin ada duit yang tak pernah kita tuntut Mungkin RM20 mungkin juga ribuan ringgit Tapi yang pasti duit tu bukan milik orang lain ia milik kita Cuma ia terperangkap di satu tempat yang dinamakan Wang Tidak Ditunt...
Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 1258 hits
Graduan Pengurusan Pelancongan di Malaysia mempunyai peluang kerjaya yang pelbagai terutama dalam industri pelancongan hospitaliti dan perkhidmatan Berikut ialah senarai peluang kerjaya utama yang sesuai 1 Pegawai Pelancongan Bertugas di ag...
Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1601 hits
Penulis Dr Nurul Hidayah binti Samsulrizal Dr Muhammad Najmi bin Samsulrizal Pensyarah Kanan Jabatan Sains Tumbuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Pegawai Perubatan Jabatan Psikitari Sultan Ahmad Shah Medical Centre Kampus IIUM Paha...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia