Pprt Kini Dikenali Sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera




KOTA TINGGI: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penjenamaan semula itu bertujuan menukar persepsi masyarakat setempat dan minda penghuni program perumahan berkenaan.
Langkah itu juga katanya, turut melibatkan penambahbaikan spesifikasi rumah PPRS kepada 680 kaki persegi berbanding 600 kaki persegi sebelum ini dan pengenalan konsep rent-to-own atau sewa untuk beli bagi penghuni yang bercadang memiliki rumah yang didiami.
Ahmad Zahid yang ditemui pemberita selepas menyampaikan rumusan Program Pemukiman KKDW di sini hari ini berkata penambahbaikan keluasan rumah berkenaan dibuat berdasarkan standard dan piawaian dasar perumahan negara.
“Saya harap program ini akan diikuti oleh kementerian lain yang terlibat dalam penyediaan rumah untuk rakyat terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan negeri, jabatan perumahan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Konsep ini kita mesti lakukan perubahan dan bukan hanya ikut dasar perumahan negara, tetapi juga lebih menyeluruh dalam menukar minda dan citarasa kepada pihak berkepentingan yang terlibat terutama pembeli dan penghuni rumah-rumah kos rendah berkenaan,“ katanya.
Ahmad Zahid berkata bagi 2024, KKDW telah memperuntukkan RM460.4 juta untuk membina 3,000 unit PPRS baharu dan membaik pulih 12,600 unit sedia ada.
Kementerian juga katanya, merancang untuk membina lebih banyak PPRS di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
“Bagi RMK12, lebih 10,000 unit telah dibina. RMK13 kita sedang rancang lebih banyak kerana kita tahu kos boleh dikurangkan terutama kos pembelian tanah, kos untuk infrastruktur jalan atau lorong masuk ke kawasan perumahan dapat dikongsi bersama kerajaan negeri, PBT dan syarikat-syarikat kerajaan,“ katanya.


Source link
The post PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/pprt-kini-dikenali-sebagai-program-perumahan-rakyat-sejahtera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Permohonan Program Duta Guru Kohort 6 Kini Dibuka Sedang Mencari Peluang Untuk Menjadi Duta Guru

Kpm Permohonan Program Duta Guru Kohort 6 Kini Dibuka Sedang Mencari Peluang Untuk Menjadi Duta Guru

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 189 hits
INFO KPM Permohonan Program Duta Guru Kohort 6 Kini Dibuka Adakah anda Duta Guru seterusnya Permohonan PDG Kohort 6 kini dibuka Adakah anda seorang guru sekolah menengah yang mengajar subjek bidang STEM dan atau Geografi Jika ya anda kini b...
Contoh Laporan Program Format Penulisan Sebagai Panduan Anda

Contoh Laporan Program Format Penulisan Sebagai Panduan Anda

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 260 hits
Pada artikel kali ini kami akan terangkan kepada anda bagaimana untuk menulis laporan program yang baik Kami juga akan tunjukkan contoh laporan program yang mengikut format untuk anda jadikan panduan dalam penulisan anda Oleh itu untuk meng...
Tembus Pedalaman Sulteng Anwar Hafid Bawa Program Pro Rakyat Untuk Riopakava

Tembus Pedalaman Sulteng Anwar Hafid Bawa Program Pro Rakyat Untuk Riopakava

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 230 hits
Syaiful mengetahui sendiri bahwa program pendidikan gratis di Morowali dialami langsung oleh tetangganya
Ketua Mui Puji Presiden Yang Beri Makan Rakyat Itu Program Tuhan

Ketua Mui Puji Presiden Yang Beri Makan Rakyat Itu Program Tuhan

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 167 hits
KH Anwar Iskandar mengingatkan pemerintah tidak boleh membiarkan ada masyarakat yang kelaparan
Program Jerayawara Asas Pendidikan Digital Zon Tengah Akan Berlangsung Pada 17

Program Jerayawara Asas Pendidikan Digital Zon Tengah Akan Berlangsung Pada 17

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 155 hits
Program Jerayawara Dasar Pendidikan Digital Zon Tengah akan berlangsung pada 17 hingga 19 Julai 2024 Program Jerayawara Dasar Pendidikan Digital dilaksanakan di lima zon seluruh negara bertujuan untuk berkongsi dan memberikan pendedahan ter...
Jadi Wamentan Sudaryono Bakal Lanjutkan Program Food Estate

Jadi Wamentan Sudaryono Bakal Lanjutkan Program Food Estate

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 136 hits
sektor pertanian sangat penting karena menyangkut kedaulatan dan ketahanan pangan
Gibran Soal Program Makan Gratis Kita Terima Masukkan Orangtua Murid Dan Guru

Gibran Soal Program Makan Gratis Kita Terima Masukkan Orangtua Murid Dan Guru

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 140 hits
Pelaksanaan kegiatan makan bergizi gratis masih dimatangkan agar pelaksanaan di tiap daerah bisa tepat sasaran
Foto Mengenal Desa Angseri Desa Dengan Tata Kelola Terbaik Dalam Program Desa Brilian 2023

Foto Mengenal Desa Angseri Desa Dengan Tata Kelola Terbaik Dalam Program Desa Brilian 2023

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 182 hits
Selain unggul dalam tata kelola air dan pariwisata Desa Angseri juga memiliki potensi UMKM yang tidak kalah menarik
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai