Ppim Hantar Surat Kepada Pm Bantah Pindaan Akta 342 Mirip Isa Sinar Harian 08 11 2024


 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantah pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana didakwa menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Penasihatnya, Datuk Asri Yusoff berkata, surat bersama melibatkan 228 badan bukan kerajaan (NGO) merangkumi aktivis masyarakat, pengamal perubatan dan peguam serta rakyat itu diserahkan pada 30 Oktober lalu.
“Kami juga hantar kepada beberapa ahli Parlimen lain bagi menyatakan rasa amat kecewa dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan pindaan akta ini pada 14 Oktober 2024.
“Ketika Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, Akta 342 telah digantung akibat bantahan keras termasuk daripada rakyat kerana RUU ini dianggap bersifat drakonian.
“Kuasa penuh diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan. Malah Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Dzulkifly yang berada dalam pembangkang (ketika itu), turut membantah RUU ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.
Sebelum ini, Dewan Rakyat pada 14 Oktober meluluskan pindaan Akta 342 yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan menangani ancaman penyakit berjangkit.
RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Tambah Asri, terdapat lima seksyen baharu yang kritikal dan perlu diberi perhatian kerana terdedah kepada risiko penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran privasi selain kadar kompaun tinggi membebankan golongan kurang berkemampuan.
Menurutnya, salah satu seksyen baharu dalam akta itu memberi kuasa kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menahan seseorang yang dituduh bersalah tanpa perlu bicara di mahkamah.
“Pegawai diberi kuasa juga boleh memerintahkan supaya mana-mana orang dijangkiti untuk menjalani pengasingan serta dibenarkan menggunakan kekerasan.
“Malah boleh mengarahkan seseorang individu untuk memakai dan menggunakan suatu peranti pengesanan,” katanya.
Asri turut mendakwa, akta berkenaan mampu menjadi senjata politik, ekonomi, sosial dan agama apabila menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.
Artikel oleh: Sinar Harian
PPIM HANTAR SURAT KEPADA PM BANTAH PINDAAN AKTA 342 MIRIP ISA

https://www.sinarharian.com.my/article/695515/berita/semasa/ppim-hantar-surat-kepada-pm-bantah-pindaan-akta-342-mirip-isa?fbclid=IwY2xjawGbAvRleHRuA2FlbQIxMQABHX3x1_bZ_S6mOB9KgKSh0AhQ-l96Qn4Mp0aQKY2B-7pOTqH7zBRy4_IiHg_aem_hF24OkyIds_KpB1A_gHpcA&sfnsn=wa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/11/ppim-hantar-surat-kepada-pm-bantah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Adun Ayer Keroh Disiasat Di Bawah Akta Hasutan Sinar Harian 31 10 2024

Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Adun Ayer Keroh Disiasat Di Bawah Akta Hasutan Sinar Harian 31 10 2024

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 748 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa agar Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh Kerk Chee Yee bersama peserta lain dan penganjur yang terlibat dengan insiden mengibarkan bendera negara asing di tempat awam di Johor dan Perak...
Podcast Fail Aduan Ppim Akta 342 Bersama Dr Roland Tv Ppim 08 11 2024

Podcast Fail Aduan Ppim Akta 342 Bersama Dr Roland Tv Ppim 08 11 2024

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 386 hits
Podcast Fail Aduan PPIM AKTA 342 Bersama Dr RolandSejak Dewan Rakyat telah mengumumkan kelulusan Akta 342 pada 14 Oktober yang lalu PPIM dapati ramai masyarakat telah bersuara dan mengambil cakna terhadap isu tersebut Disebabkan itu PPIM ju...
Aktiviti Ppim Bertemu Ketua Pembangkang Bincang Isu Ruu 342 Ppim 11 11 2024

Aktiviti Ppim Bertemu Ketua Pembangkang Bincang Isu Ruu 342 Ppim 11 11 2024

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 321 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama wakil wakil PPIM mengadakan perjumpaan dengan Dato Seri Hamzah Zainudin pada hari Isnin 11 November 2024 untuk menyerahkan surat menyatakan kekecewaan terhadap kelulusan Akta 342 Perbincangan me...
Video Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Pada Pm Kait Pemimpin Tertinggi Negeri

Video Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Pada Pm Kait Pemimpin Tertinggi Negeri

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 232 hits
RK AnandPemberi maklumat yang memiliki bukti video berhubung skandal rasuah yang didakwa melibatkan beberapa ahli politik telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta diberi perlindungan sebelum membuat laporan ...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Usd Cad Pasangan Mata Wang Komoditi Isnin 11 November 2024

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Usd Cad Pasangan Mata Wang Komoditi Isnin 11 November 2024

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 479 hits
Walaupun keadaan USD CAD pada carta 4 jam dilihat bergerak dalam keadaan mendatar ini dapat dilihat dari pergerakan EMA 21 yang bergerak di antara badan Graflilin Namun kemunculan penyimpangan tersembunyi antara pergerakan harga dan penunju...
Viral Adun Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Kepada Pmx Khutbah B

Viral Adun Rasuah Pemberi Maklumat Hantar Surat Kepada Pmx Khutbah B

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 394 hits
Pemberi maklumat yang memiliki bukti video berhubung skandal rasuah yang didakwa melibatkan beberapa ahli politik telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta diberi perlindungan sebelum membuat laporan SPRM Sur...
Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Siasatan Telus Tindakan Tegas Sebelum Hilang Kawalan Malaysia Post 31 10 2024

Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Siasatan Telus Tindakan Tegas Sebelum Hilang Kawalan Malaysia Post 31 10 2024

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 488 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa tegas menangani isu kibar bendera asing di tempat awam yang tular baru baru ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya amat kesal perkara itu boleh berlaku di negara ...
Gie Juara Kilauan Emas 2024

Gie Juara Kilauan Emas 2024

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 494 hits
Kilauan Emas 2024 melabuhkan tirainya dengan kemenangan penuh inspirasi apabila Gie seorang pejuang kanser payudara tahap tiga dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan malam tadi Peserta berusia 47 tahun dari Mersing Johor itu berjay...
Bdmntn Xl 2024

Bdmntn Xl 2024

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 161 hits
BDMNTN XL event has come to an end Thank you all for making this week fun enjoyable Update pictures Live youtube Recap BDMNTNXL 4 teams Round robin format Top 2 teams are through to the final on Sunday Four sets The team with the most point...
Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

Perkhidmatan Line Clear Express Yang Mengecewakan

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga

Trust The Vision Ellaspede Delivers A Radical Honda Cbx750 Caf Racer

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Edisi Terhad Asean25 Dan Dosm75


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device