Ppim Bantu Pelancong Warga China Dianiaya Pihak Berkuasa Kenyataan Media Ppim 25 03 2024


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berjaya membantu seorang warganegara China untuk mendapatkan keadilan setelah dituduh mencuri dan menghina pihak berkuasa.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata pada pertengahan tahun lalu, warga China yang dikenali sebagai Laila tiba di Malaysia untuk bercuti.
"Ketika berada di sebuah Pusat Membeli Belah yang terkemuka di Bukit Bintang, dia dihampiri oleh seorang lelaki berpakaian awam yang menuntut paspotnya tanpa sebab munasabah.
"Pelancong itu tidak memahami Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, lalu meminta bantuan pengawal keselamatan berhampiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nadzim berkata ketika menggunakan telefon bimbit pengawal keselamatan tersebut, Laila dituduh mencuri peralatan tersebut daripada pengawal keselamatan yang meminjamkannya.
"Dalam usaha Laila menjelaskan dengan penguasaan bahasa yang terhad, dia dituduh pula memaki hamun pihak berkuasa," katanya.
Laila kemudian ditahan atas tuduhan mencuri dan menghina pegawai penguatkuasa, serta diminta untuk membayar jaminan sebanyak RM7000.
"Aktivis PPIM berjaya membuktikan kepada mahkamah tuduhan itu tidak berasas berdasarkan bukti rakaman video," katanya.
Nadzim menegaskan insiden ini adalah satu contoh jelas bagaimana pihak berkuasa menyalah gunakan kuasa dan membazir masa mahkamah.
"Tindakan ini adalah bentuk penganiayaan yang tidak boleh diterima, buang masa, bazir duit dan masa mahkamah," katanya.
Nadzim menyeru pihak berkuasa bertindak sewajarnya mengikut peraturan undang-undang dan memberi amaran bahawa tindakan mereka sentiasa dipantau oleh masyarakat.
"Walaupun warga China ini akhirnya dibebaskan daripada tuduhan yang tidak berasas, kes ini tetap menimbulkan persoalan tentang perlunya pihak berkuasa bertindak dengan penuh pertimbangan sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan hak asasi individu" katanya.
"Penyelidikan lanjut perlu dijalankan untuk menentukan sama ada tindakan yang diambil terhadap pelancong warga China ini adalah berdasarkan kepada prosedur undang-undang yang sewajarnya.
"PPIM akan terus memantau perkembangan kes ini dan memastikan keadilan dilakukan bagi semua individu tanpa mengira bangsa atau agama.
"Kita semua berharap agar insiden seperti ini tidak akan berulang dan pengajaran untuk memastikan kesalahan serupa tidak berlaku pada masa akan datang," katanya.
PPIM menganggap kes ini sebagai satu pengalaman yang memberi peringatan tentang pentingnya memastikan keadilan dan hak asasi individu sentiasa diutamakan dalam setiap tindakan pihak berkuasa.
Semoga setiap individu dilindungi dengan sewajarnya dan keadilan menjadi landasan utama dalam sistem kehakiman negara.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/03/ppim-bantu-pelancong-warga-china.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Status Halal Alagappas Kesan Kepada Pengguna Islam Kenyataan Media Ppim 26 03 2025

Status Halal Alagappas Kesan Kepada Pengguna Islam Kenyataan Media Ppim 26 03 2025

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 203 hits
Kuala Lumpur Keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengumumkan pihaknya telah menarik balik status halal syarikat pengeluar rempah Alagappas minggu lalu telah mencetuskan keresahan kepada pengguna khususnya pengguna Islam di Malaysia St...
Lg Presents An Upgraded Lifestyle With Its Latest Home Solutions At Awe 2024 In China

Lg Presents An Upgraded Lifestyle With Its Latest Home Solutions At Awe 2024 In China

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 294 hits
Under the Theme of Upgrade Your Lifestyle with LG the Company Showcases How LG ThinQ and Its Technologies Offer Enhanced Customer ExperienceLG Electronics is set to showcase its cutting edge home appliances and related core technologies at ...
Tular Foto Digari Pihak Berkuasa Datuk Seri Siti Nurhaliza Ambil Tindakan Jika Melampau Kelakar Pandai Mereka Edit

Tular Foto Digari Pihak Berkuasa Datuk Seri Siti Nurhaliza Ambil Tindakan Jika Melampau Kelakar Pandai Mereka Edit

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 225 hits
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberi respon setelah tular fotonya digari oleh pihak berkuasa Difahamkan gambar tersebut disunting individu tidak bertanggungjawab dan Siti memaklumkan dia tidak pernah melihatnya ...
Koleksi Ayat Menarik Pickup Line Kapsyen Hari Raya Aidilfitri 2024 Untuk Posting Media Sosial

Koleksi Ayat Menarik Pickup Line Kapsyen Hari Raya Aidilfitri 2024 Untuk Posting Media Sosial

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 295 hits
Hari Raya Aidilfitri tak lengkap kalau tak memberikan ucapan di media sosial berserta OOTD baju raya Selain ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri pengguna media sosial lebih suka membuat hantaran gambar raya dengan ayat menarik atau orang ...
Aktiviti Program Bubur Lambuk Bersama Akademi Tahfiz Al Hidayah Ppim 30 03 2024

Aktiviti Program Bubur Lambuk Bersama Akademi Tahfiz Al Hidayah Ppim 30 03 2024

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 311 hits
30 Mac 2024 Program bubur lambuk oleh Courts Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam dan Astro untuk diedarkan kepada orang ramai sempena bulan Ramadan di Courts Setapak Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Courts En Anuraj Srivasta...
Tinjau Banjir Di Semarang Utara Wali Kota Ita Ikut Bantu Evakuasi Warga

Tinjau Banjir Di Semarang Utara Wali Kota Ita Ikut Bantu Evakuasi Warga

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 128 hits
Mbak Ita membawa sejumlah logistik bantuan berupa air bersih sembako selimut yang akan dibagikan kepada warga terdampak
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra