Potluck Biar Jasa Jadi Kenangan


 Assalamualaikum WBT 




SEMALAM, berlangsung mesyuarat bulanan kolej dan macam biasa, setiap kali mesyuarat bulanan, kami akan buat potluck. Pada mulanya Sk bercadang nak beli Mee Goreng Kak Sab tapi Iman kata, dah hari-hari dorang makan Mee Goreng Kak Sab, bonda, hehehe. Jadi, ke sinilah Sk petang Selasa, cadangnya nak beli brownies




Tengok Kek Oren ni menarik pulak. Tak silap saiz 8" ni. 



Brownies beli jugak sebagaimana niat asal. Murah jer harga kek di Oh My Cakes, Kek Oren tu RM15, Brownies pun sama. Potluck sebelum ni Sk bawa Puding Kastard Berkuah Koktel




Selain mesyuarat, ada selitan Majlis Mengenang Jasa untuk staf yang akan meninggalkan kolej kerana mendapat tawaran yang lebih baik. Rezeki anak, Ali yang merupakan pengajar kursus automotif telah dipanggil untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan. Nampaknya Ali menurut jejak langkah Miza yang telah dipanggil berkhidmat bulan lepas. Orang lelaki kan, relaks jer bagi ucapan, setitik air mata pun tak keluar


        

Kalau orang perempuan, belum bercakap lagi, air mata dah keluar dulu, hehehe. Staf seterusnya, Ain yang baru mendirikan rumahtangga bulan lepas akan meninggalkan kolej kerana mengikut suami tercinta. Sebulan lebih jugak Ain melalui tempoh PJJ atau orang muda sebut LDR




Raikan juga hari lahir mereka yang lahir di bulan September, Nordin, Fazlin dan Faisal




Lontong dan Rendang Ayam. Yang ni Fidah bawa beli. Bukan beli sikit-sikit dah macam set katering dah penjualnya hantar. Fidah memang pemurah hati dan tak berkira orangnya. Depan mangkuk lontong tu, Laksa Johor, Nasi Lemak Daun Pisang, Pulut Panggang dan keropok lekor. 

         

Bergambar kenangan terakhir dengan Ain. Kebetulan pulak sama-sama pakai songket. Entah bila dapat berjumpa lagi sebab Ain ni orang Temerloh dan bertemu jodoh dengan orang Negeri Sembilan yang menetap di Selangor. Salah satu kenangan manis dengan Ain apabila kami dihantar berkursus di Kuala Selangor beberapa tahun lepas. 9 tahun Ain jadi perantau. Pengalaman jadi anak rantau bukan senang, Ain pernah cerita pengalamannya semasa intern di sebuah kolej, Ain diberi sebuah dorm yang menempatkan 8 buah katil dan Ain cuma tinggal seorang diri dalam dorm tu. Haaa.. cuba letakkan diri kita kat tempat Ain, tiap malam nak tidur mengadap 7 katil kosong selama 6 bulan, hahahaha. 



Tepek sini gambar dengan kakak admin, kata Ain




Tengahari, makan nasi lemak dan pulut panggang. Kisahnya daun pisang secoet aje atas nasi lemak, hehehe




Sebenarnya, semalam, berangan nak pergi makan Laksa Johor kat Pasir Gudang ajak Iman. Lepas tu, Iman cakap, bukan bonda ada potluck ke? Ya tak ya, baru teringat.. jadi tak jadi pergi. Tapi, rezeki memang tak salah alamat, masa nak capai nasi lemak ternampak Laksa Johor. Ya Allah, terima kasihlah Aida yang belanja LJ ni, memang marvelous ni LJ dari Ateh's Kitchen atau Rumah Tengah yang pernah Sk makan kat restoran dia tu. LJ, SK bawa balik, sampai rumah, suruh Iman panaskan kuah dia. Tahan la tak basi sebab Sk simpan dalam esbox. Iman kata, macam LJ nenek masak, sambal belacan pun sama macam nenek buat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/potluck-biar-jasa-jadi-kenangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jasa Top Up Paypal Terpercaya Hanya Di Saldopaypal Com

Jasa Top Up Paypal Terpercaya Hanya Di Saldopaypal Com

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 134 hits
BloggerBorneo com Jasa top up PayPal kini semakin dibutuhkan seiring meningkatnya transaksi online di berbagai platform Bagi pengguna yang ingin dengan cepat menambah saldo akun PayPal mereka SaldoPayPal com hadir sebagai solusi terpercaya ...
Tak Malu Tua Tua Pun Tummpang Lagi Jasa Mak Ayah

Tak Malu Tua Tua Pun Tummpang Lagi Jasa Mak Ayah

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 68 hits
Che ibrahimSebab tu mereka berpusu pusu ke Selangor Penang untuk cari kerja rumah yang ada milik mak ayah
Foto Kenangan Terindah Jpj

Foto Kenangan Terindah Jpj

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 81 hits
Foto Kenangan Terindah JPNOktober sahaja dan dibuat sekali setahun bulan 10 Harganya RM75 seorang Boleh buat untuk orang yang meninggal asalkan tahu nombor IC Bolehkan simpan untuk kenangan Rujukan
Saya Mahu Simpan Perjalanan Hijrah Dalam Kenangan Hidup

Saya Mahu Simpan Perjalanan Hijrah Dalam Kenangan Hidup

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 85 hits
Sejak berhijab pelakon Nora Danish akui seronok apabila tidak perlu lagi melakukan babak bersentuhan dengan aktor lelaki Artikel Berkaitan Nedim Nazri Tuju Lagu Dipaksa Berpisah Buat Nora Danish Doakan Kebahagiaan Bekas Isteri Kalau Dengan ...
Tip Melintasi Tempat Penuh Kenangan Pahit Kunci Ketahanan Diri

Tip Melintasi Tempat Penuh Kenangan Pahit Kunci Ketahanan Diri

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 117 hits
Ada tak orang yang trauma sampai tak boleh pegi ke sesuatu tempat nbsp Mungkin tempat tu ada momok nostalgia pahit yang buat mereka trigger Jika anda terpaksa melintasi tempat yang menyimpan kenangan pahit berikut beberapa cara untuk mengha...
Roma Kelapa Rai Para Ibu Sebagai Nadi Keluarga Bawa Lee Min Ho Cipta Kenangan Manis Bersama

Roma Kelapa Rai Para Ibu Sebagai Nadi Keluarga Bawa Lee Min Ho Cipta Kenangan Manis Bersama

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 106 hits
Biskut kegemaran ramai Roma Kelapa rai para ibu sebagai nadi keluarga dengan mempersembahkan kempen terbaharu mereka Mama Pilih Roma bersama selebriti terkenal Korea Selatan Lee Min Ho pada Sabtu lalu di Petaling Jaya Pengurus Negara Mayora...
Kenangan Indah Son Naeun Akui Sudah Tak Berhubung Dengan Ahli Apink Lagi

Kenangan Indah Son Naeun Akui Sudah Tak Berhubung Dengan Ahli Apink Lagi

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 113 hits
Bukan mudah untuk menyeimbangi karier antara lakonan dan nyanyian Artikel Berkaitan Terbaru Son Na eun yang merupakan bekas ahli APINK telah berkongsi perasaan mengenai keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu pada 2022 Walaupun menyertai ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah