Potensi Puisi Dalam Didik Hibur





APPLIKASI DAN POTENSI PUISI DALAM DIDIK HIBUR.

Sejak dahulu Puisi Melayu tradisional ialah wadah Pendidikan dan Hiburan. dilagukan semasa mendodoikan anak dan dinyanyikan  oleh anak2 semasa bermain. Irama lagu digunakan untuk tujuan PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN contohnya untuk memudahkan hafalan seperti menghafal nama-nama Allah (AsmulHusna) dan nama nabi-nabi

Syair juga digunakan untuk menyampai pengajaran.  

Syair ini dengarkan olehmu,
Sekalian orang mencari ilmu;
Di dalam kitab banyak yang jemu,
Dikarangkan syair baharu bertemu

PENGLIPUR LARA menguasai  teknik2 seni persembahan, lakonan dan gerak badan, seni bunyi, ritma, lagu dan alat muzik untuk bercerita. Contoh: Tok Selampit, dalang wayang kulit dan Awang Belanga. Contoh cerita penglipur lara ialah Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda, Terung Pipit. Begitu juga cerita binatang, cerita-cerita jenaka seperti Lebai Malang.

 
EVOLUSI PENYEBARAN DAN PERSEMBAHAN PUISIALAF BARU
Persembahan puisi telah berkembang dengan pelbagai cara dan gaya mementaskan puisi. Cara2 ini perlulah diketahui supaya guru-guru dapat mengaplikasinya di bilik darjah.
      Pentomen
·        Deklamasi (termasuk Sayembara)
·        Deklamasi Artistik 
·        Deklamasi dan Lakonan
·        Deklamasi dan Gerak Tari.
·        Lagu Puisi

PENTOMEN: Pentomen merupakan cara persembahan puisi yang terawal. Puisi yang kerap dipentaskan secara Pentomen ialah Ke Makam Bonda karya Usman Awang. Dalam Pentomen, sajak akan dibaca oleh seseorang, mungkin di belakang tabir sambil itu beberapa orang lain akan melakunkan aksi yang disuarakan dalam sajak.
DEKLAMASI PERSEMBAHAN DAN PERTANDINGAN . Puisi juga berkembang melalui deklamasi terutama pertandingan membaca sajak. Sebagai contoh ialah Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan yang telah diadakan di seluruh negara secara sistematis sejak 1982. Sayembara ini mewajibkan peserta membaca puisi yang bertemakan  kecintaan terhadap negara.Sehubungan dengan itu bengkel juga diadakan bagi meningkat. Pembacaan puisi. .
LAKON PUISI. Pertandingan persembahan puisi  atau dikenali dengan Manifestasi Puisi menjadi acara tahunan di beberapa IPT. Di dalam pertandingan ini peserta melakonkan puisi dengan cara masing-masing. Peserta biasanya menggunakan elemen lakon, tarian dan muzik bagi mengangkat maksud yang tersurat dan tersirat  dalam puisi yang dipilih untuk pertandingan.

 
PERSEMBAHAN PUISI ARTISTIK.Antara perkembangan yang penting dan menarik pada masa ini ialah Persembahan Peklamasi Artistik yang diterokai oleh Rahman Shaari. Persembahan Puisi Artistik (PPA) ialah  persembahan yang teaterikal. 
Sebagai mini Teater ia melibatkan:
·        Pemilihan Bahan: mengikut tema ,  boleh menjadi cerita
·        Pemilihan Deklamator/ Pelakon
·        Persediaan Pentas / Prop.
·        Tatacahaya
·        Kesan bunyi
·        Tatarias dan busana

Pemilihan bahan atau sajak-sajak hendaklah sajak-sajak deklamatori, iaitu yang mudah dideklamasikan dan mudah  difahami.    Jika sesebuah sajak itu membawa tema yang sesuai dengan maksud persembahan, tetapi penonton sukar memahaminya, maka persembahan akan gagal.
            Tema bermaksud persoalan utama.  Jika kita bersandarkan hari atau bulan tertentu yang disambutkan di Malaysia, kita boleh menyebutkan beberapa tema, iaitu:
a.      Tema kasih sayang  ibu untuk Hari ibu
b.     Tema  semangat patriotik untuk Hari Kemerdekaan
c.      Tema bakti pekerja untuk Hari Pekerja
d.     Tema sambutan hari raya untuk Hari Raya
e.      Tema ibadat puasa untuk Bulan Ramadzan
f.       Tema  martabat bahasa untuk Bulan Bahasa Kebangsaan
Selain itu, muncul pelbagai peristiwa yang menyebabkan satu-satu tema menjadi relevan. Apabila berlaku tragedi tsunami, misalnya, tema penderitaan mangsa tsunami sesuai dikemukakan. Demikian juga dengan peperangan dan penindasan yang berlaku di  sana sini. 
Tema juga boleh dibina tanpa kaitan dengan hari tertentu. Tema boleh dicetuskan atau dicadangkan untuk difikirkan dalam kumpulan.  Misalnya, setelah memikirkan pelbagai perkara, mungkin tema tertentu terpilih, misalnya tema kejujuran, keimanan, keberanian, kepahlawanan, alam sekitar, dan sebagainya. 
      Pemilihan Bahan:
Dalam usaha untuk melaksanakan persembahan sastera artistik,  dapatkan sejumlah karya yang membawa tema yang sama, dan berpotensi untuk disusun. Misalnya tema Hari Ibu. Sajak-sajak yang sesuai untuk tema  kasih sayang ibu ialah  “Kuali Hitam” karya Zurinah Hassan, “Sajak kepada Ibu Tunggal” karya Abdulhadi Muhamad, “Terima Kasih, Ibu” karya Mahaya Muhammad Yassin, “Ibuku Si Penoreh Getah” karya Hashim Yaacob dan banyak lagi.  Sajak-sajak itu  perlu disusun dengan rapi agar muncul pada tempat yang sesuai.  Penyusunannya hendaklah berupaya menjadi satu cerita.
Puisi Melayu klasik, iaitu pantun, syair, gurindam dan seloka,  yang bertema kasih sayang ibu, boleh disertakan.
Selain sajak, cerpen, skrip drama, dan puisi tradisional, lirik lagu juga akan dapat membantu memperteguh tema.  Lagu “Ibu” nyanyian P. Ramlee mungkin sesuai untuk dijadikan penutup persembahan.
Tatarias dan Busana
                        Tujuan utama tatarias dalam persembahan ialah ke arah kesesuaian  watak dengan tema.
   Sebagai contoh, dalam persembahan yang ada watak mitos atau lagenda yang tidak pasti wajahnya, tatarias tidak meniru wajah sesiapa, tetapi sekadar memikirkan kemungkinan bentuk wajah yang ada dalam mitos atau lagenda itu. Watak Badang atau Puteri Gunung Ledang boleh diimaginasikan dan dijelmakan dalam pelaksanaan tatarias.
   Dalam persembahan sastera, tatarias amat berguna untuk memastikan apresiasi dan pemahaman penonton tiba ke tahap yang tinggi.  Penonton akan mengingati persembahan kerana tatarias yang berkesan.
Busana selalu dibicarakan bersekali  dengan tatarias.  Seseorang deklamator perlu mengambil berat tentang pakaiannya.  Mendeklamasi sajak tentang penderitaan dan kemiskinan diri tentu tidak sesuai berbusana songket dengan barang kemas berkilauan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2019/04/potensi-puisi-dalam-didik-hibur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajar Anak Kutip Sampah Jaga Alam Sekitar Ini Cara Diana Danielle Didik Anak Pelihara Alam

Ajar Anak Kutip Sampah Jaga Alam Sekitar Ini Cara Diana Danielle Didik Anak Pelihara Alam

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 413 hits
Pelakon terkenal Diana Danielle menerusi instagramnya telah memuatnaik gambar bersama anak anak melakukan aktiviti membersih alam sekitar Mereka mengutip sampah sarap untuk dibuang ditempat yang betul Cara didikanya harus dipuji kerana bak ...
Saya Tak Pandai Didik Anak Macam Anda Ibu Mua 11 Tahun Luah Rasa Sedih Anak Dike Cam Netizen

Saya Tak Pandai Didik Anak Macam Anda Ibu Mua 11 Tahun Luah Rasa Sedih Anak Dike Cam Netizen

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 427 hits
Saya Tak pandai didik anak macam anda Ibu MUA 11 tahun luah rasa sedih anak dike cam netizen Sebelum ini telah tular kemahiran bersolek seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun ramai yang tidak percaya bahawa kanak kanak ini mampu mem...
Pusat Riadah Didik Masyarakat Jaga Kesihatan Diwujudkan

Pusat Riadah Didik Masyarakat Jaga Kesihatan Diwujudkan

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 291 hits
BATU RAKIT 8 April Pusat Sukan di Kampung Wakaf Cagak di sini akan dijadikan Pusat Riadah Keluarga bertujuan mendidik masyarakat setempat menjaga kesihatan dan memupuk semangat silaturahim Pegawai Penyelarasnya Ustaz Mohd Shafizi Ismail ber...
Spiderman Dan Thor Hibur Pemilih Pemilu 2019 Di Bali

Spiderman Dan Thor Hibur Pemilih Pemilu 2019 Di Bali

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 203 hits
Suasana Pemilu 2019 di Tempat Pemungutan Suara 10 di Banjar Ubung Kecamatan Sempidi Kabupaten Badung terlihat meriah dan penuh gelak tawa Sebab pemilih dihibur dengan kedatangan dua superhero The Avangers yakni Spiderman dan Thor
Nak Didik Anak Faham Ibu Sedang Berpantang Bukan Senang Lagi Lagi Ada Adik Baru

Nak Didik Anak Faham Ibu Sedang Berpantang Bukan Senang Lagi Lagi Ada Adik Baru

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 339 hits
Bagaimana didik anak agar faham ibunya sedang berpantang dalam masa yang sama bangunkan EQnya Bila anak mendapat adik baru dan nampak dia jealous serta mahu didukung seperti adiknya namun anda yang baru melahirkan adiknya dan sedang berpant...
Zaman Dulu Sekarang Didik Anak Lain Bebelan Tak Jadi Tekniknya Tunjuk Dengan Jelas

Zaman Dulu Sekarang Didik Anak Lain Bebelan Tak Jadi Tekniknya Tunjuk Dengan Jelas

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 337 hits
Kenapa anak anak kita tak sama zaman kita dulu Dulu jeling sekali terus bangun Sekarang jeling sekali umi sakit mata ke Dulu denda kena kunci luar rumah kalau balik lambat lepas tu jeran tak kan buat dah Sekarang denda macam tu taubat anak ...
Puisi Supernova Inteligensi Embun Pagi Oleh Fiersa Besari Karya Dee Lestari

Puisi Supernova Inteligensi Embun Pagi Oleh Fiersa Besari Karya Dee Lestari

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 300 hits
engkau lah getar pertamayang meruntuhkan gerbang tak berujungku mengenal hidupengkau tetes embun pertama yang menyesatkan dahagaku dalam cinta tak bermuaraengkaulah matahari Firdauskuyang menyinari kata pertama di cakrawala aksarakau hadir ...
Usd Jpy Menghampiri Tahap Rintangan Potensi Penurunan Harga

Usd Jpy Menghampiri Tahap Rintangan Potensi Penurunan Harga

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 432 hits
USDJPY menghampiri tahap rintangan pertama kami pada 112 16 di mana pergerakan penurunan harga yang kuat mungkin berlaku di bawah tahap ini menolak harga ke tahap sokongan utama kami di 111 38 Stochastic juga menghampiri tahap rintangan dan...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia