Portuguese Egg Tarts



    MEMANG selalu terliur tengok tetapi Kjee tak pernah buat. Beli pun sekali dua aje. Tetapi apabila jiran beri dua biji kelmarin sewaktu pulangkan pinggan, tetiba teruja nak buat.      Cek resipi-resipi kat internet. Ada yang buat sendiri puff pastry dan tak kurang jugak yang guna ready made. Dalam peti ais ada pastri jenama Kawan yang Kjee beli untuk buat Apple Puffs. Ok korban dulu.      So lepas lunch tadi, Kjee mula projek. Puff Pastri dikeluar. Kemudian proses the custard.      Kjee guna 6 biji kuning telor. Telor saiz A yang kuningnya kenit sangat. Kemudian Kjee pukul manja-manja dan campur satu cawan susu. Satu cawan itu, separuh susu cair (evaporated milk dan separuh lagi fresh milk). Masukkan juga setengah cawan gula halus dan sedikit esen vanilla. Kacau hingga sebati dan masukkan 1 sudu besar tepung jagung. Kacau dan tapis.      Kjee selongkar setor pagi tadi dan jumpa acuan Alluminium yang kecik2. Kecik yang boleh muat dalam muffins tray. 

     Sekeping puff pastri Kawan tu boleh jadi 2 biji. Gelek jangan nipis sangat. Kemudian letak acuan Alluminium tu secara terbalik atas pastri yang telah digelek. Potong lebihkan dalam setengah inci keliling. Kemudian dilekapkan pada acuan. Kumpul baki doh, gelek lagi dan buat untuk acuan kedua.      Aduan kastad tadi cukup2 untuk 10 biji tarts. Mungkin acuan Alluminium itu agak 'deep'. Kalau tidak cukup 12 biji. 


     Kjee cadangkan korang tuangkan kastad selepas setiap dua atau 3 biji tart. Ini untuk estimate kastad yang ada supaya kulit pastri tidak membazir. Tuang sehingga hampir penuh ya.     Oh lupa pulak. Sebelum mula tadi, Kjee telah panaskan oven suhu 250 darjah celcius. Tinggi kan? Tetapi itu suhu yang diperlukan untuk tarts itu cantik naiknya



    Bakar selama 30 hingga 40 minit ikut kesesuaian oven masing-masing. Dua puluh minit pertama, kastad itu akan mengelumbung. Jangan panik apa bahagian atasnya hangus sikit. Itulah trademark Portuguese Egg Tarts. Tak hangit kata orang, tak jadi betul lah.      Dah cantik masak lebih kurang 35-40 minit, boleh keluarkan dari oven. Dan kastad akan terus kecut. Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan. 
    Sedap makan suam. 


     

     

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dapurkakjee.com/2020/12/portuguese-egg-tarts.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Kuantan Pekan Rompin To See Very Heavy Rain Until Tomorrow

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Holiday Schedule

Teringin Tahu Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad Saw Ini Jawapannya

Flavorful Healthy Banana Bread Recipe Pinterest

Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Hari Hari

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari