Port Makan Steamboat Di Rotarium Buffet Steamboat Dan Grill Temerloh
Port Makan Steamboat di Rotarium Buffet Steamboat dan Grill Temerloh | Assalamualaikum dan hi korang..semoga sihat dan ceria selalu. Sebenarnya kan zaza dah lama gila tak datang ke Bandar Temerloh walaupun jarak dari rumah ke bandar Temerloh kira-kira 35 minit je. Tiga bulan lebih juga lah tak jalan-jalan situ. Maklumlah zaza belum ada keberanian nak drive kereta keluar bandar. Harapkan abang zaza je lah kalau dia cuti untuk berjalan mana-mana.
Baru-baru ni zaza ada lah ke Temerloh dengan abang dan kakak ipar. Saja nak jalan-jalan sambil cari port makan best. Perut pula mengidam nak makan steamboat. Biasa kalau keluar asyik makan menu macam abc dan mee goreng je. Kali ini saja nak ubah selera nak makan steamboat.
Dekat Temerloh ni, tak banyak restoran yang ada menyajikan hidangan steamboat ni.
Bila google je tempat makan steamboat Temerloh, keluarlah beberapa restoran dan salah satu adalah Rotarium Buffet Steamboat & Grill, Temerloh.
Rotarium Buffet Steamboat & Grill ni terletak dekat Dynaton, Bukit Angin. Tak susah pun nak cari. Restoran dia pun betul-betul tepi jalan. Lalu je dah nampak. So apa lagi kan, singgahlah situ sebab nak cuba steamboat dia.
Masa sampai ni restoran baru je di buka. Masuk je disambut oleh adik-adik yang jaga kaunter.
Rotarium Buffet Steamboat & Grill ni menghidangkan lebih 100 pilihan makanan seafood, bebola, sayuran dan mee. Memang rambang mata lah nak makan mana satu. Tapi zaza ambil semua jenis serba sedikit.
Ada kupang, pepahat, bebola ikan, bebola udang, bebola ketam, cendawan, sayur-sayuran dan bermacam lagi.
Untuk kuah pula ada dua pilihan iaitu kuah tomyam dan sup. Zaza pilih tomyam. First time rasa kuah tomyam dia tu, serius zaza cakap memang sedap. Kak ipar pun cakap memang sedap.
Untuk sos pula ada 6 jenis sos ( signature sauce ) yang wajib korang cuba!
Oh ya, sebenarnya kan, dekat sini ada tema makanan tau. Setiap bulan berbeza-beza dan untuk bulan ini, tema makanan adalah Korea + Thai.
Paling zaza suka makan adalah menu special Kambing Perap dia. Memang sedap gila tau! Sampai tengah menaip ni pun terbayang balik dia punya kambing perapan tu
Ada tiga jenis Kambing Perapan iaitu Spicy Beef Yakiniku, Beef Bulgogi, Lamb Blackpaper dan juga ada Korean Chicken.
Perapan Kambing
Sempat juga zaza grab sebungkus Kambing Perap Frozen untuk di bawa pulang. Ada dua jenis Kambing Perap Mohican dan Kambing Perap Blackpepper.
Harga untuk 500g cuma RM35 je. Korang yang minat makan kambing kena cuba okay kalau datang sini
Ada juga hidangan sampingan lain seperti nasi goreng, rojak buah, pau dan tak lupa sempat juga zaza rasa ice cream dia
Waktu Di Buka dan Harga Steamboat
Rotarium Buffet Steamboat & Grill dibuka setiap hari dari jam 4 petang sehingga 12 malam. Untuk harga pula, memang sangat berbaloi dan murah
DewasaHappy Hour ( 4 petang - 6 petang ) - RM28.05Normal Hour ( 6 petang - 12 malam ) - RM33.00Ladies Night ( Setiap Selasa ) - RM26.40
Kanak-Kanak 7-12 TahunHappy Hour ( 4 petang - 6 petang ) - RM17.00Normal Hour ( 6 petang - 12 malam ) - RM20.00
Warga Emas 60 Tahun ke AtasHappy Hour ( 4 petang - 6 petang ) - RM17.00Normal Hour ( 6 petang - 12 malam ) - RM20.00
Kanak-Kanak 6 Tahun ke BawahPERCUMA
HAPPY HOUR diskaun 15% bermula 4.00 petang - 6.00 petang setiap hari ( RM 28.05 )
Hari special untuk WANITA! Ada diskaun 20% bermula 6.00 petang - 12 malam setiap hari selasa ( RM 24.60 )
Kalau korang datang Temerloh kan, cubalah makan steamboat dekat sini. Memang sedap, berbaloi dan puas hati makan. Jangan lupa untuk cuba Kambing Perap sekali tau. Sekali makan mesti nak makan lagi.
Untuk info lanjut boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/rotarium
Instagram : https://www.instagram.com/rotarium_buffetsteamboat/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2021/11/port-makan-steamboat-di-rotarium-buffet.html