Port Healing Terbaik Di Bandung Indonesia Kepada Pencipta Alam
Assalamualaikum
Ramai yang tanya ,dah tak aktif blog ke?
Sebenarnya terlalu sibuk dengan urusan kerja hakiki sampai blog terabai . Tapi takpe hari ini acik nak share sedikit perjalanan acik healing di Bandung. Kumaha damang ?
Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia.
Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu
"Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran
tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah
menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai
banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi
pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota
pelajar di Indonesia.
Awalnya pening juga, mencari kenapalah tiada tiket ke Bandung daripada Malaysia.
Lah ternyata kena naik kereta cepat atau kereta api ke Bandung.
Jadi siapa nak ke Bandung kena menaiki kereta api , untuk kereta api perlu ke Stesen Halim, jadi ambil dari Airport atau bandara ke stesen halim.
Okey daripada stesen Halim kita kena beli tiket ke Pandalarang, untuk harga tiket mengikut waktu ada yang murah dan ada yang VIP macam acik beli yang 250 ribu atau RM 69 .
Perjalanan mengambil masa 45 minit sahaja, kalau naik kereta biasa mengambil masa 3 jam.
Paling unik adalah kereta api whoosh ini dengan kecepatan 345 km/h. Kita bolehlah lihat permandangan yang sepanjang perjalanan.
Setibanya di stesen kita harus naik satu lagi kereta api feeder untuk ke stesen Bandung. Untuk kereta api ini adalah percuma dan jangan hilangkan tiket sebab akan digunakan sampai ke stesen Bandung.
Sampai ke bandung, kami jalan-jalan ke mana ?
Pertama sekali, kami ke dusun bambu.
Direka sebagai taman kampung Sunda, Dusun Babu ialah kawasan cukup indah
untuk anda berehat sambil merasai suasana kampung tradisi yang diberi
nafas baru di Indonesia. Secara tidak langsung, kampung ini juga
berfungsi untuk mempromosi Indonesia sebagai penghasil bambu (buluh)
kedua terbesar selepas China.
Di Dusun bambu ini sangat sesuai untuk kamu pergi bersama keluarga kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menarik. Suka untuk diingatkan untuk masuk ke sini perlu membayar 50 ribu tetapi ianya cashless semua menggunakan kad. Nasihat acik, aktifkan kad atm antarabangsa. Beli makanan kat dalam pun sama kena pakai kad ye. Cashless.
Cuaca tak mengizinkan petang itu hujan lebat.
Seterusnya kami ke cewidey dengan perjalanan hampir 2 jam dan jem teruk. Memang mencabar dan tujuan kami adalah ke kawah putih.
Kawah Putih adalah sebuah tempat wisata di Jawa Barat yang
terletak di Desa Alam Endah, Kecamatan Rancabali, Kabupaten Bandung Jawa Barat
yang terletak di kaki Gunung Patuha. Kawah putih merupakan sebuah danau yang
terbentuk dari letusan Gunung Patuha. Tanah yang bercampur belerang di sekitar
kawah ini berwarna putih, lalu warna air yang berada di kawah ini berwarna
putih kehijauan, yang unik dari kawah ini adalah airnya kadang berubah warna.
Danau Kawah Putih sendiri berada pada ketinggian 2194 m tapi luas total Danau
Kawah Putih 25 ha yang dipakai wisata 5 ha dan lokasi kawah sendiri 3 ha.
Tapi perjuangan tidak sampai di sini, acik berkesempatan untuk ke sunan ibu. Sunan Ibu merupakan Sunrise Point Bandung adalah pemandangannya yang menakjubkan, terutama pada saat matahari terbit. Apalagi di bawah sunrise point ini ada kawah putih. tetapi acik pergi waktu petang. Walau bagaimana pemandangannya tetap cantik.
Kami pergi menaiki mobil atau kereta jadi kena bayar 162 ribu perseorang atau Rm 37.Jalannya sangat mencabar dan jalannya teruk dan naik ke sunan ibu kena bayar lagi 20 ribu.
Saksikan pemandangan yang memukau dan sangat sejuk.
Selepas ke sunan ibu barulah turun ke kawah putih.
Destinasi seterusnya ke The Lodge Maribaya.
Dari Dago ke tempat ini memang jauh, jalanya yang kecil dan rosak dan agak pendalaman. Tetapi apabila melangkat, tempatnya memang cantik.
Kita sambung next trip
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.akupenghibur.com/2024/08/Port-Healing-Terbaik-Di-Bandung-Indonesia-Kepada-Pencipta-Alam%20.html