Port G X30l J Dan Port G X40 J Dari Dynabook


Portégé X30L-J dan Portégé X40-J dari Dynabook | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Portégé X30L-J dan Portégé X40-J dari Dynabook.
Dynabook Singapore Pte. Ltd. memperkenalkan dua peranti perniagaan yang baharu dalam rangkaian premium Portégé – Portégé X30L-J dan Portégé X40-J. Kedua-dua peranti ini dikuasai oleh cip pemprosesan Intel® Core Generasi ke-11 dan menampilkan prestasi, grafik, kadar respons, dan hayat bateri yang hebat dalam rupabentuk yang ringan, mudah alih tetapi lasak. Apabila ilham datang menjelma, kedua-dua komputer riba ini adalah teman yang sempurna untuk merakam buah fikiran yang terlintas dengan kemampuannya yang boleh dihidupkan dengan serta-merta (instant-on).
“Kita hidup dalam keadaan dunia yang sentiasa bersedia untuk beraksi – ‘always on and always there’.  Tuntutan pekerjaan dan kehidupan yang sentiasa berubah menyebabkan para pengguna memerlukan sebuah peranti yang bukan sahaja mampu menandingi gerak pantas dalam kehidupan malahan dapat mempertingkatkannya,” kata Wong Wai Meng, Pengurus Besar, Dynabook Singapura. “Pasangan peranti baharu ini adalah selaras dengan wawasan Dynabook untuk terus berinovasi bagi memberikan para pengguna semua yang mereka perlukan untuk kelancaran produktiviti, kreativiti dan kolaborasi di mana sahaja mereka berada.”
Portégé X30L-J – Komputer riba luar biasaringan. Berprestasi tinggi Dengan kasis magnesium yang padat seberat 906g1, Portégé X30L-J adalah sangat ringan, mudah dibawa ke mana sahaja dan mempunyai ciri tahan lasak yang tiada tandingan. Untuk memberikan prestasi yang mantap, grafik yang jitu dan keselamatan bertahap perusahaan, Portégé X30L-J menggunakan cip pemprosesan Intel® Core generasi ke-11 yang terkini dan enjin grafik Intel® Iris® Xe.
Komputer Riba ini mempunyai ciri-ciri penjimatan tenaga yang efisien, paparan bezel nipis 13.3-inci Sharp IGZO FHD dengan kecerahan 470NIT untuk visual yang kelihatan hidup dan hayat bateri yang mantap. Dengan penarafan hayat bateri 14.9 jam2, Portégé X30L-J adalah pilihan yang terbaik untuk kegunaan golongan profesional yang sentiasa bergerak.
Portégé X40-J – Rekabentuk Anggun. Tahan lasak. Menampilkan warna biru mistik (mystic blue) dengan rekabentuk berasaskan aluminium, Portégé® X40-J adalah sebuah komputer riba premium 14-inci untuk golongan profesional yang memberikan gandingan bergaya tanpa kompromi, produktiviti sepanjang hari dan ciri-ciry moden.
Dikuasai oleh cip pemprosesan Intel® Core Generasi ke-11 dan enjin grafik Intel® Iris® Xe, Portégé® X40-J menawarkan prestasi yang mantap, grafik yang jitu dan keselamatan bertahap perusahaan. Paparan 14-inci dengan bezel nipis Portégé® X40-J boleh didapati sama ada dalam paparan FHD IPS untuk visual yang kaya, sebuah paparan multi-sentuhan untuk navigasi paparan moden atau Teknologi Paparan Privasi Dinamik (Dynamic Privacy Screen Technology) untuk tahap privasi yang lebih selamat. Dengan bateri baharu, lasak dan tahan lama, Portégé X40-J memberikan sehingga 13.8 jam2 dalam penarafan hayat bateri.
Kesalinghubungan termaju Dengan adanya pilihan rangkaian kesalinghubungan tanpa wayar dan berwayar, kedua-dua peranti ini mudah disesuaikan untuk apa sahaja persekitaran kerja. Setiap satunya dilengkapi dengan dua port USB-C baharu dengan kemampuan Thunderbolt 4 untuk kegunaan mengecas, memindah data dan menghubungkan semua secara serentak.
Kesalinghubungan persisian tambahan boleh diperolehi daripada satu port bersaiz penuh HDMI, dua port USB 3.1 Type-A ports dan satu bicu audio 3.5mm, sementara sisipan kad micro-SD memberikan storan tambahan jika diperlukan. Untuk kesalinghubungan tambahan, Portégé X30L-J juga dilengkapi dengan sisipan ethernet RJ45. Dari perspektif tanpa wayar, setiap peranti ini dilengkapi oleh Intel® 802.11ax (WiFi 6) + BT 5.1 modul yang terkini.
Rekabentuk Selamat dan Tahan lama Kedua-dua komputer riba Portégé X40-J 14-inci dan Portégé X30L-J 13-inci memenuhi keperluan ciri keselamatan, Windows 10 Secured-core PC3 Microsoft dan termasuk di dalam koleksi komputer riba Dynabook yang dilengkapi dengan ciri keselamatan yang tertinggi.
Kedua-dua kompiter riba ini dibina dengan kombinasi tahan lasak daripada BIOS proprietari Dynabook, perkakasan, perisian dan perlindungan pengenalan sebaik sahaja dikeluarkan daripada kotak – termasuk enkripsi gred perusahaan dan proses pengesahan menggunakan biometrik – untuk meningkatkan perlindungan daripada ancaman siber masa kini dan juga masa hadapan.
Kedua-duanya boleh menggunakan konfigurasi paparan privasi FHD agar kandungan yang dipaparkan dapat dilihat serta-merta oleh pengguna, dengan menggunakan satu arahan papan kekunci yang mudah. Kedua-dua komputer riba ini juga menampilkan Pengatup Privasi Kamera Sesawang (Webcam Privacy Shutter) berintegrasi untuk melindungi pengguna daripada akses tanpa kebenaran.
Tambahan lagi, pasangan ini turut dilengkapi dengan engsel 180-darjah yang kuat untuk membolehkannya dibuka dengan posisi mendatar di atas meja bagi tujuan perkongsian. Papan kekunci tanpa bingkai dengan pencahayaan backlit dan pad sesentuh, Precision TouchPad dengan rasa sentuhan umpama kaca dan pengimbas cap jari mempertingkatkan lagi ciri ergonomik untuk kepuasan pengguna.
Komputer riba premium perniagaan ini direkacipta dan diuji dengan terperinci bagi memberikan tahap kualiti dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dynabook telah merekacipta Portégé X30L-J dan Portégé X40-J untuk lulus ujian kekuatan dan daya tahan mengikut piawaian MIL-STD-810G.
Peneraju komputer riba ini juga melakukan ujian Highly Accelerated Life Test (HALT) dan ujian tekanan yang lain ke atas kasis, engsel, papan kekunci dan port komputer riba ini untuk memberikan gandingan ketegaran dan fleksibiliti yang mantap bagi rekabentuk yang ringan. Sebuah sistem pendinginan Airflow yang berasingan juga membolehkan kedua-dua peranti ini beroperasi pada suhu optimal, termasuk kaki getah baharu yang mengangkat komputer riba dari aras meja untuk memberikan pendinginan, stabiliti dan keselesaan tambahan.
Perbandingan spesifikasi untuk peranti-peranti Portégé baharu  Portégé X30L-JPortégé X40-JSaiz dan berat306mm x 210mm x 17.9mm; dari 906g323mm x 220mm x 17.9mm; dari 1.4kgCip pemprosesanIntel® Core i5/i7 Generasi ke-11Intel®Core i5/i7 Generasi ke-11MemoriPilihan modul 8GB/16GB sehingga maksimum 32GB DDR4 (3,200MHz)Pilihan modul 8GB/16GB sheingga maksimum 32GB DDR4 (3,200MHz)StoranPilihan 256GB, 513Gb, 1TB M.2 PCIe NVMe Pemacu keadaan pepejal (SSD)Pilihan 256GB, 513Gb, 1TB M.2 PCIe NVMe Pemacu keadaan pepejal (SSD)BateriBateri 4-sel dengan 53Wh dan Hayat Bateri sehingga 14.9 jam ¹Bateri 4-sel dengan 53Wh dan Hayat Bateri sehingga 13.8 jam¹Paparan13.3” FHD SHARP IGZO kuasa rendah, kecerahan tinggi 470 NIT 13.3” FHD 400 NIT dengan fungsi privasi 13.3” FHD SHARP IGZO 300 NIT dengan sesentuh In-Cell14.0” FHD 250 NIT   14.0” FHD 400 NIT dengan fungsi privasi 14.0” FHD 300 NIT dengan sesentuh In-CellKesalinghubungan persisian  2x USB Type-C w/ Thunderbolt 4, 2x USB 3.1 Type-A, 1x HDMI 2.0, 1xRJ452x USB Type-C w/ Thunderbolt 4, 2x USB 3.1 Type-A, 1x HDMI 1.4Kesalinghubungan Tanpa WayarIntel AX WiFi 6 dan Bluetooth 5.1  Intel AX WiFi 6 dan Bluetooth 5.1KameraKamera HD 0.9MP atau kamera FA dengan pengatup kameraKamera HD 0.9MP atau kamera FA dengan pengatup kamera     KasisAloi magnesium (MIL STD 810G)Aloi aluminum (MIL STD 810G)Engsel180 darjah180 darjah Ketersediaan Produk Komputer riba Portégé X30L-J dan Portégé X40-J akan di pasarkan di Malaysia mulai bulan Februari 2021. Untuk pertanyaan tentang produk, sila hubungi perunding perusahaan tempatan atau hantarkan e-mel ke [email protected]. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk dynabook, sila layari: http://asia.dynabook.com
The post Portégé X30L-J dan Portégé X40-J dari Dynabook appeared first on AMIRNAWAWI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amirnawawi.com/portege-x30l-j-dan-portege-x40-j-dari-dynabook/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Datang Cik Port

Selamat Datang Cik Port

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 223 hits
Sebenarnya dah lama sangat sangat dah Mama Yan cari mug baru Dah pandang pandang jeling jeling ke sana ke situ ke sini mencari mug tapi takde yang berkenan di mata Kat shopee tu ada yang berkenan tapi macam tak percaya pula dengan sistem ku...
Pengalaman Port Out Dari Digi Ke Maxis

Pengalaman Port Out Dari Digi Ke Maxis

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 614 hits
Assalamualaikum Pada bulan lepas abam kie teringin nak beralih ke telco baharu iaitu Hotlink Memang dulu2 pun pernah guna Maxis tapi lepas tu cinta beralih arah ke Celcom dan kemudiannya Digi Cuma sejak akhir ni line Digi memang teruk apabi...
5 Hotel Di Port Dickson Yang Ada Private Pool

5 Hotel Di Port Dickson Yang Ada Private Pool

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 222 hits
5 Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool l Assalamualaikum Bila lama sangat duduk rumah ni mula lah rasa rindu nak pergi bercuti Mujur last year Ana sempat bercuti di Melaka dan Port Dickson Lepas lah rasa nak pergi bercuti tu kan 5 Ho...
Anwar Dan Skim Siswazah Menganggur 80an Kini Ianya Diperkenalkan Di Port Dickson Untuk Petanian Moden

Anwar Dan Skim Siswazah Menganggur 80an Kini Ianya Diperkenalkan Di Port Dickson Untuk Petanian Moden

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 196 hits
Sekitar 1986 ketika beliau menjadi menteri pertanian beliau telah melancarkan siswazah tani Lebih kurang macam itu Masa tu banyak mahasiswa terutamanya dari UPM yang menganggur Sebagai jalan penyelesainnya Anwar melalui pusat pertanian dan ...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional