Pontianak Si Pemilik Batu Yang Di Jumpai Realiti Atau Mimpi


Assalamualaikum...


Bangun pagi ini,pening betul kepala.Janganlah berulang lagi migrain yea,bulan lepas dah berbekam.Huhuhu.. Okay,berbalik kepada apa yang Ina nak ceritakan ni baiklah korang fokus tang ni.Sebab apa Ina jadi sakit kepala pagi ini..Errmmm. Mestilah tak cukup tidur.Tidur malam pula terganggu akibat bermimpi seram.




Terjaga tidur

Apalah nasib malam tadi,walaupun kaki telah dibasuh dan wuduk telah pun diambil sebelum tidur.Mimpi seram tetap juga menghantui.Mungkin petua basuh kaki sebelum tidur hanya sekadar mitos sahaja.Iyerlah.. orang tua-tua dahulu kan? Penuh dengan segala petua.Tetapi bukanlah nak menidakkan..Dah kebetulan kan nak kena? Mungkin dari petua itu ada benda tersirat disebalik petua.Heeeee~


 Dan sebelum tidur juga Ina bersama anak-anak membaca doa-doa lazim iaitu 3 Qul dan bersama ayatul qursi serta mengucap dua kalimah.Ini antara amalan sebelum tidur kami anak beranak.




Bermimpi PONTIANAK!

  Uishhhh~ Bila nak ingatkan kembali cerita mimpi  Ina ni.Haihhh~ seram betul.Sangat seram,bagi diri sendiri lah.Korang tak tahu lah macam mana yea punya perasaan.


 Sebelum terjaga dari tidur, bermimpi pontianak berjaya menangkap Ina.Dan yang paling takut adalah,Pontianak tersebut mahu menghisap darah Ina.Puas dah melarikan diri.Tetapi pontianak tersebut berjaya menangkap juga.Dan dalam mimpi tersebut,Ina membaca surah yassin.Tapi tidak berjaya menghabiskan bacaan disebabkan belum habis menghafal.Adeii~~ pontianak tersebut sudah menghisap ibu jari kaki dan tangan ( seolah-olah seperti ia betul berlaku.. sakit sangat)



PONTIANAK Kepanasan

Pada masa itu juga Ina menukar bacaan seterusnya iaitu ayatul Qursi.Baru sahaja membaca kalimat:

a’udzu billahi minasy syaithonir rojim. Yang beerti, aku berlindung kepada Allah dari (godaan, kejahatan, bisikan) syaitan yang terkutuk.


Semasa ini pontianak tersebut sudah kepanasan,pontianak itu berkata "Panas..panasssss,, sambil menutup telinga" dengan kukunya yang panjang dan tajam.


Dalam mimpi ini,muka pontianak tu.Taklah buruk tapi menyeramkan sangat sebab dia menyeringai senyum.Alahhh,korang sendiri lah bayangkan macam mana rupa pontianak tersebut.
Betul-betul Pontianak 


 Diteruskan dengan surah ayatul qursi sambil ulang baca sehingga terjaga dari tidur pun masih lagi kumat kamit membaca ayat qursi.Dan banyak kali juga ulang baca ayat qursi itu sebenarnya.Dengan niat,pontianak tersebut takde lah menganggu sehingga ke dunia realiti dan bukan alam mimpi.


Entahlah,macam mana nak cerita kat korang semua.. wahai pembaca blog.Setelah banyak kali ulang baca ayat qursi.Semakin seram jer sekeliling.. macam pelik pun ada.Dan secara tiba-tiba tu juga ada something berbunyi macam ni .. "Huuuuuuuuuu.. " kedengaran begitu sayup dan menyeramkan.




SOLAT TAHAJUD

Dengan sepantas kilat,sambil mulut membaca ayat qursi tanpa henti dari tadi.Terus berlari ke tandas (ambil wuduk)..,dengat niat nak mengerjakan solat tahajud.


 Selesai mengambil wuduk tadi,perasaan seram itu masih ada.Tetapi Ina kuatkan juga hati , tanpa mengejutkan suami yang sedang enak dibuai mimpi.Kalau boleh, nak lawan sorang-sorang.. cabar diri.Tanpa bantuan suami..


 Solat tahajud yang didirikan Ina tadi adalah sebanyak 2 rakaat sahaja.Rakaat pertama hanya bacaan surah lazim dan rakaat kedua banyakkan membaca surah ayat qursi, al-kafirun dan 3 qul secara berulang.Alhamdulillah,dalam ketakutan habis juga solat tu.Setelah selesai menunaikan solat tahajud dan berdoa,sambung lagi dengan membaca surah yassin di al-quran.Ketika ini,suara memang tak keluar sangat.Hihihii.. 



Yang peliknya,selepas solat tahajud itu.Sambung lagi bermimpi pontianak!! Ahhh..mungkin perasaan jer kot.Terlalu banyak memikir..






 Lampu bilik tidak di Off kan.Iyerlah.. seram lagi kot.Ehehehe.. Jam menunjukkan 2.54 pagi ketika itu.Dalam kepala bermacam fikir,macam-macam hal dan tiba-tiba teringat ahad yang lepas.Aktiviti kami sekeluarga ketika berada di Pantai Sepat,kami seronok menikmati keindahan alam semulajadi disana.


Dan.. sebelum pulang ke rumah,Ina ada mengambil sesuatu.Terpesona akan kecantikan batu tersebut.Terus bawa pulang.. batu yang mungkin dengan berat 2kg.Berjaya dibawa pulang ke rumah.. gigih kutip tau Ina ni..


Sebelum ambil tu,suami ada memesan supaya jangan ambil batu tersebut.Risau ada benda yang mengikut (menumpang) pulang sekali.


Suami : Awak tak takut ke ambil batu tu bawa balik?

Ina : Insyallah,takde pape lah.

Suami : Jangan ada yang kacau malam-malam sudah lahh.



Batu tersebut Ina berkenan sebab cantik dan sesuai untuk dijadikan prop untuk product review..


3 hari yang Lepas..


Sebenarnya, suami pun dah rasa lain macam malam selepas membawa pulang batu tersebut.Katanya tak boleh tidur malam .. 

Malam itu juga,Furqan yang berusia 2 tahun meragam.Asyik menangis jer sebelum tidur.Ermm.. fikirku mungkin sebab hidung tersumbat selsema kan? Heee..so,biarkan sahaja.Tepuk-tepuk bagi dia lena..

Hari ini adalah hari ke-3 batu itu berada dirumah.Furqan masih meragam lagi..




Ingin pulangkan kembali..

Bangun pagi tadi,bagitahu pada suami bahawa ingin memulangkan kembali batu yang diambil tempoh hari.Suami? Awal-awal kata tak mahu pergi ke sana dah.Hurmmmm... tapi kan,memang rasa lain sangat.Perasaan seram tu lah,anak-anak pun jadi lemah semangat dah ni.Tak tahu lah kenapa,especially si Furqan tu.Ni dia duk berkepit jer atas riba.. 











 Kalau korang nak tau,pantai sepat ni adalah antara tempat yang terpencil dan agak seram.Redup jer tempatnya..terasa seperti memasuki alam lain pula bila ke sini.Eheheheh... dipenuhi pokok rhu dan di depan kawasan ni pula adalah pantai.Pantai yang dipenuhi oleh batu-batu yang cantik dan bergemerlapan.Kat sini,takde orang berkelah.Sebab sunyi sangat.. jika datang secara perseorangan agak merbahaya.Jika berkeluarga tak takut sangat pun.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ehbelogaku.com/2019/01/pontianak-si-pemilik-batu-yang-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perda Kota Pontianak Mengenai Aturan Minta Bantuan Atau Sumbangan Di Jalan

Perda Kota Pontianak Mengenai Aturan Minta Bantuan Atau Sumbangan Di Jalan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 247 hits
Dalam salah satu pemberitaan di portal berita online yang dipublikasikan pada hari Jum at mengenai Satuan Polisi Pamong Praja Kota Pontianak menertibkan sekelompok orang yang menamakan dirinya Ikatan Keluarga Besar Khatulistiwa Plaza ketika...
3 Meter Kita Atau Mereka Yang Perlu Diselamatkan

3 Meter Kita Atau Mereka Yang Perlu Diselamatkan

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 322 hits
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA ISLAMIC MEDICAL ASSOCIATION OF MALAYSIA BERSAMA GREEN CRESENT MALAYSIA 3 METER KITA ATAU MEREKA YANG PERLU DISELAMATKAN 2 Januari 2019Antara berita gembira yang dihadiahkan kepada rakyat M
Ini Ayat Serius Ayat Perli Atau Ayat Nak Melaga

Ini Ayat Serius Ayat Perli Atau Ayat Nak Melaga

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 690 hits
Tidak dipastikan apakah maksud dan tujuan Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis sedemikian rupa berkenaan dengan Azmin Ali di laman Twitternya Adakah beliau serius bermaksudkan Azmin bakal Timbalan Perdana Menteri Adakah ini berm...
Apa Maksud Duit Minyak Minyak Sawit Atau Minyak Wangi Wee Ka Siong

Apa Maksud Duit Minyak Minyak Sawit Atau Minyak Wangi Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 332 hits
TANAH RATA 14 Jan Apa yang dimaksudkan dengan bagi duit minyak 8230 minyak sawit 8230 minyak wangi atau minyak apa Sebab semasa hari penamaan saya difahamkan Orang Asli ini datang naik bas ramai yang nampak Apakah yang berjalan kaki untuk n...
Cara Cepat Mengetahui Windows 32 Bit Atau 64 Bit Pada Semua Versi Windows

Cara Cepat Mengetahui Windows 32 Bit Atau 64 Bit Pada Semua Versi Windows

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 593 hits
Berdasarkan arsitekturnya Sistem Operasi Windows tersedia dalam dua pilihan yaitu 32 bit dan 64 bit Kita perlu mengetahui sistem operasi yang kita gunakan ketika kita akan menginstla suatu aplikasi misalnya kita mendownload aplikasi dari in...
Adib Segerakan Keadilan Atau Hadapi Bantahan Besar

Adib Segerakan Keadilan Atau Hadapi Bantahan Besar

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 324 hits
IZWAN ABDUL HALIM KUALA LUMPUR Gerakan Pembela Ummah tidak teragak agak mengerah himpunan lebih besar sekiranya kes kematian Pegawai Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tidak diselesaikan segera Pengerusi UMMAH Aminuddin Yahya berkata usaha seb...
Beli Rumah Atau Sewa Rumah Mana Satu Pilihan Anda

Beli Rumah Atau Sewa Rumah Mana Satu Pilihan Anda

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 440 hits
BELI RUMAH ATAU SEWA RUMAH MANA SATU PILIHAN ANDA Berat rasa tajuk hari ni Tapi Ummi cuba juga kongsi mana termampu Masing masing ada pendapat tersendiri
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul