Pondok Kasih Buat Penonton Sedar Wajib Tengok
PKNS kembali semula dengan penerbitan video Hari Raya tahun ini. Selepas beberapa tahun mendiamkan diri, kali ini dengan tema mantap dan barisan pelakon yang hebat filem pendek bertajuk Pondok Kasih diyakini mampu meruntun jiwa penonton. Haaa...korang excited tak? Menurut Ishak Hashim, Pengurus Bahagian Korporat PKNS, tujuan mereka menerbitkan video Raya ini adalah kerana untuk menyampaikan mesej yang berlainan dan untuk merapatkan diri bersama masyarakat. Dan sempena sambutan ulangtahun ke 55 PKNS pada tahun ini, sudah pasti ini adalah hadiah istimewa buat semua menjelang Syawal nanti.
Untuk short film raya tahun ini, PKNS membawa pendekatan yang berbeza iaitu menerbitkan video yang berkonsepkan “soft sell”. Soft selling tu teknik menjual guna bahasa ‘gaya halus’. Gaya halus ni kata dalam omputih, “hint”. Ia juga bertujuan untuk orang mudah terima mesej yang nak disampaikan. Tetapi PKNS ini bukan untuk menjual produk ya. Mereka hanya untuk menyampaikan mesej kepada korang semua. Ala macam short film Raya yang lain tu. Korang boleh tengok video ni dekat bawah ni.
Short film raya ni boleh buat korang fokus dekat mesej yang diaorang nak sampaikan dekat korang tau sebab cerita ni memang bawa kelainan dari segi mesej dan cara penyampaian untuk buang tabiat buruk macam berprasangka buruk terhadap orang lain. Makcik pakcik bawang boleh tengok cerita ni. Wajib tengok! Tak rugi pun tengok sebab nak bagi kesedaran dekat korang bahawa kita janganlah sangka buruk dekat orang selalu. Takut tu menimbulkan fitnah. Fitnah itu kan lagi berdosa besar daripada membunuh orang. Betul tak?
Dan ada juga mesej yang diaorang nak sampaikan macam kita tak perlu nak tunjukkan kebaikan yang kita buat sebab benda tu boleh dianggap sebagai riak. Zaman sekarang rakyat Malaysia suka menunjuk dekat media sosial beli barang berjenama lah, makan tempat mewah lah dan lain-lain. Sentap tak apa admin cakap? Pelakon short film Raya ni dipilih adalah berdasarkan bakat dalam pembawakan watak.
Watak Iwan merupakan watak utama dalam short film Raya ini dibawa oleh pelakon remaja baru, Redzwan Adha yang sudah mula meraih sokongan peminat. Manakala, Azhan Rani yang kini popularitinya meletup, alaaa yang dia berlakon dalam cerita Nur 2 jadi Ustaz Madi tu, haaa dia membawa watak sebagai Cikgu Harun dan penjaga bagi Pondok Kasih. Pondok Kasih tu adalah rumah wakaf untuk remaja-remaja terbiar. Azman Hassan pula sebagai pelakon veteran negara yang juga bersetuju untuk menjayakan cerita pendek ini tau.
Untuk cerita pendek Pondok Kasih dari PKNS ini, kekuatan penceritaan dan penyampaian mesej adalah perkara yang amat dititikberatkan. Hiburan tanpa pengisian adalah perkara yang sia-sia. Cerita ini adalah idea asal oleh Hanif Mohamad Nor, Pengarah Urusan Agensi Kreatif Tribe Ads Sdn Bhd. dan juga pihak produksi Wave Art Sdn. Bhd. Ia diilhamkan dari budaya fitnah dan berprasangka buruk masyarakat hari ini yang dimangkinkan lagi dengan platform-platform digital yang menyemarakkan budaya fitnah dikalangan masyarakat. So cerita pendek ini admin mengharapkan akan memberi manfaat kepada korang semua selain daripada hiburan menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ni.
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/05/pondok-kasih-buat-penonton-sedar-wajib.html